fbpx

2 Benda Penting Anda Perlu Tahu Untuk Mengurus Harta Pusaka

0 134

Ramai orang terlepas pandang atau ambil mudah bab pengurusan harta pusaka sehinggakan terlupa menyediakan sebarang persiapan.

 

Berdasarkan Laporan Jabatan Tanah dan Galian Negara 2016, statistik harta beku melebihi RM60 bilion dan jumlahnya kian  meninggkat saban tahun. Sayanglah jika sudah berpenat lelah mengumpul harta sepanjang hidup, namun harta tersebut tidak mampu dimanfaatkan waris atau digunakan bagi tujuan sedekah.

 

Advertisement

Ramai yang menyerahkan urusan pusaka ini terus kepada waris tanpa merancang apa-apa ketika mereka hidup.

 

Antara masalah yang sering dihadapi bab pengurusan pusaka adalah:

 

1. Masalah kecairan

Pengurusan harta pusaka perlu dibuat mengikut prosedurnya, bukan dibahagikan sesuka hati. Perlu melalui proses di pejabat pusaka kecil atau mahkamah. Dan proses ini paling cepat boleh diselesaikan sekitar 4-6 bulan atau boleh mencecah sehingga bertahun lamanya.

 

Jika waris kita masih ada simpanan dan pendapatan, mampulah mereka hidup seperti biasa. Tetapi bagi waris yang tidak mempunyai apa-apa, bagaimana mereka nak tampung kos hidup mereka?

 

Di sini, hibah takaful mampu memberikan waris untuk menarik nafas lega seketika. Kalau si mati ada mencarum takaful hayat, waris boleh menuntut wang hibah ini dalam tempoh 1-20 hari sahaja. Hibah ini pula boleh diberikan kepada siapa sahaja yang kita mahu dan tidak perlu melalui proses faraid kerana ia tidak termasuk di bawah kategori harta pusaka.

 

Begitulah serba sedikit penjelasan bagaimana hibah takaful mampu membantu melancarkan proses pengurusan harta pusaka. Anda dinasihatkan untuk merancang harta pusaka anda sebaiknya.

 

Ada banyak lagi instrumen seperti wasiat dan hibah harta yang boleh dilakukan bagi tujuan pelancaran proses. Pelajarilah ilmu ini supaya mudah urusan waris kita kelak.

 

2. Kos pengurusan harta pusaka

Ramai juga yang tidak tahu bahawa nak urus harta pusaka ini, ada kos yang perlu ditanggung. Lebih banyak harta maka lebih mahal lah kosnya. Untuk harta di bawah RM2 juta, anda perlu ke pejabat pusaka kecil dan Amanah Raya, atas RM 2 juta perlu melalui Mahkamah Tinggi.

 

Berikut adalah anggaran kos:

i) Pejabat pusaka kecil:

Bagi RM1,000 pertama – RM10

Bagi RM1,001 hingga RM50,000 – RM30

Bagi RM50,001 ke atas – 0.2% dari nilai harta pusaka

ii) Fi Khidmat Amanah Raya Berhad

Bagi RM25,000.00 pertama – 5%

Bagi baki seterusnya sehingga RM225,000.00 – 4%

Bagi baki seterusnya sehingga RM250,000.00 – 3%

Bagi baki seterusnya sehingga RM500,000.00 – 2%

Bagi baki seterusnya – 1%

 

Contohnya arwah memiliki sebuah rumah bernilai RM300,000, berapakah kos pengurusannnya? Lebih kurang RM6,000. Jika waris ada simpanan tunai mencukupi, boleh la mereka membayarnya. Yang tiada bagaimana?

 

Di sini sekali lagi hibah takaful mampu membantu melancarkan proses pengurusan harta pusaka. Dengan hibah, waris ada kemampuan untuk membayar segala fi pengurusan harta pusaka. Anda juga boleh gandakan aset buat waris selepas pemergian anda.

 

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan hibah takaful anda hubungi Danial Asri yang cukup berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan atau boleh layari laman sesawang danialasr.com

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.