fbpx

2 Cara Analisa Saham

0 1,841

Untuk membuat keuntungan dalam pasaran saham kita perlulah bijak dalam menilai manakah saham-saham yang berpotensi memberikan keuntungan kepada pelabur, jika kita main labur sahaja dengan harapan harga akan naik, ia ibarat kita berjudi sahaja. Kita melabur sebab kita dah buat analisa terhadap satu-satu saham, bukan beli dengan teknik ‘harapan’

 

Secara asasnya, ada dua cara untuk kita menganalisa saham iaitu:

Advertisement

i) Analisa fundamental

ii) Analisa teknikal

 

Analisa Fundamental

Analisa fundamental memfokuskan kepada segala data berkaitan sesebuah syarikat termasuklah laporan kewangan tahunan, laporan ekonomi, kajian sektor, penyata aset dan pegangan pasaran.

Baca: Apa itu saham

Tujuan kita menganalisa semua ini adalah untuk melihat kesihatan kewangan syarikat, pertumbuhan keuntungan serta mengkaji sama ada perniagaan syarikat tersebut boleh berkembang atau tidak.

 

Antara dokumen penting dalam membuat analisa fundamental adalah:

i) Penyata imbangan (balance sheet)

ii) Penyata pendapatan (income statement)

iii) Penyata aliran tunai (cash flow statement)

penyata kewangan
Contoh penyata pendapatan bagi Takaful Malaysia

Laporan-laporan ini boleh dimuat turun di laman Malaysiastock.biz atau Bursa Malaysia.

 

Apabila melihat kepada laporan kewangan antara ukuran yang diambil kira adalah kadar keuntungan, kadar kecairan, kecekapan, jumlah hutang dan kadar pertumbuhan. Kebiasaannya pelabur akan menggunakan nisbah (ratio) untuk menilai perkara-perkara ini. Nisbah semasa (current ratio) misalnya digunakan untuk menilai kemampuan syarikat membayar hutang jangka masa pendek (hutang bawah 1 tahun).

 

Banyak lagi nisbah dan analisa yang boleh dijalankan berdasarkan penyata kewangan. Nisbah dan teknik ini akan diterangkan dalam artikel-artikel seterusnya.

 

Selain daripada melihat kepada angka semata-mata, pelabur juga perlu melihat kepada perniagaan itu sendiri. Perlu tahu siapakah pesaingnya, adakah model perniagaannya boleh bertahan lama, berapa pegangan pasaran dan adakah ahli lembaga pengarahnya bagus.

 

Analisa Teknikal

Analisa teknikal adalah analisa berdasarkan keadaan pasaran pada masa lalu untuk meramalkan pergerakan di masa hadapan. Teknik ini memfokuskan kepada carta, harga, volume dan permintaan dan bekalan.

carta takaful
Contoh carta candlestick bagi syarikat Takaful

Menggunakan carta, pelabur boleh menetapkan garisan sokongan (support) dan garisan halangan (resistance). Terdapat pelbagai jenis carta yang boleh digunakan seperti line chart, point and figure chart dan candlestick chart. Setiap carta ini ada kelebihan dan kekurangannya. Selain itu, pelabur juga boleh menggunakan indikator seperti moving average untuk membantu membuat penialian terhadap pergerakan harga.

 

Anda nak belajar cara analisa saham seperti daripada analyst professional? Nak cari saham berpotensi menggunakan analisa fundamental?

Ayuh sertai Webinar Amal: Peluang Ketika Krisis

Yuran: RM50

Tarikh: 2/5/2020

Link pendaftaran: store.theoutlook.asia/webinar-amal/

fundamental-saham

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.