fbpx

24 Momen Penting Dalam Dunia Internet

0 142

1. Seksyen 230 – Detik Permulaan Kepada Media Sosial

Pertama kali ia dibawa dalam undang-undang disamping Akta Telekomunikasi tahun 1996 (Amerika Syarikat), Seksyen 230 Akta Komunikasi mengatakan bahawa perkhidmatan dalam talian tidak dapat digugat kerana kandungan pengguna mereka.

 

Walaupun YouTube dan Facebook mendahului hampir satu dekad, ia seolah-olah membolehkan mereka berkembang dengan terlindung daripada aduan sivil seperti fitnah.

 

Tetapi mereka mungkin tidak menikmati kekebalan itu selama-lamanya. Terpesona oleh ideologi bias anti-konservatif, pentadbiran Trump kini berusaha untuk membongkar perlindungan Seksyen 230 melalui perintah eksekutif. Jika langkah ini berjaya, ianya boleh mempengaruhi bukan sahaja Facebook, Google, dan Twitter, tetapi apa sahaja platform di masa akan datang.

 

Advertisement

2. Kos Penggunaan Internet Yang Kini Telah Menjadi Satu Kemampuan

Pada hari-hari awal perkhidmatan dalam talian dan ISP, anda membayar beberapa dolar/ringgit sejam untuk mendapatkan akses, dan membuatkan anda perlu berkorban banyak masa di ruang siber yang menjadikannya semakin mahal. Perkara ini berlarutan sehiggalah 1996 (di Amerika).

 

Dimana AT&T mula memberikan perkhidmatan internet WorldNet barunya dengan kadar yang lebih murah secara tetap dengan berjumpah $20 sebulan ($25 jika anda bukan pelanggan AT&T). Langkah ini juga telah memaksa AOL tampil menyaingi harga yang telah ditawarkan.

 

3. China Membina Firewallnya

Pada tahun 1990-an, apabila dunia menemui kehebatan internet, rangkaian komputer paling terbuka yang pernah dirancang. Sifatnya yang tidak teratur itu dengan segera menggerunkan pemerintah China, yang percaya Internet dapat menekan perbezaan pendapat daripada mendorong ekspresi bebas.

 

Pada tahun 1997, China membuat undang-undang yang melarang orang menggunakan jaring internet untuk “mengancam kepentingan negara atau masyarakat.” Kemudian ia segera memulakan usaha selama puluhan tahun untuk mendirikan “Great Firewall of China,” yang menyaring akses kepada maklumat yang dianggap berbahaya oleh pemerintah untuk kepentingannya.

 

Hari ini, firewall China lebih berkesan daripada sebelumnya, dan segala-galanya dari Facebook hingga Wikipedia telah dilarang, menafikan akses negara paling ramai di dunia untuk menjanjikan internet yang terbuka.

 

Pemerintah China telah meningkatkan penguasaan aktiviti dalam talian melalui langkah-langkah seperti “sistem kredit sosial” di seluruh negara yang memantau pengguna dan menjatuhkan hukuman jika terdapat tingkah laku yang tidak dapat diterima.

 

4. GoTo.com – Yang Terawal Menetapkan Konsep Iklan Bayar per Klik

Enjin carian Google adalah satu kejayaan teknikal, tetapi itu bukan perniagaan yang berkesan sehingga syarikat itu menggunakan iklan bayar per klik. Dan atas inovasi itu, rata-rata pengguna internet hari ini kena mengucapkan terima kasih pada GoTo.com .

 

Seperti yang ditulis Will Oremus pada tahun 2013, pengasas GoTo.com, Bill Gross mengetengahkan idea agar pengiklan menawar penempatan teratas dalam hasil carian, dan kemudian mengecajnya ketika pengguna mengklik.

 

Google kemudian menggunakan pendekatan tersebut dalam enjin carian mereka sendiri dengan AdWords, yang menambahkan skor kualiti untuk mendorong iklan yang tidak relevan.

 

Google akhirnya membawa konsep penawaran ke laman web pihak ketiga dengan lahirnya AdSense. Walaupun GoTo (yang kemudian dikenal sebagai Overture) tidak bertahan, konsepnya masih merupakan mesin tunai untuk Google pada hari ini.

 

5. Napster – Memukau Dunia dengan Muzik Digital

Pada bulan Jun 1999, kira-kira dua tahun sebelum kedatangan iPod – muzik digital baru mula ditonton, dan kebanyakannya terdiri daripada MP3 yang dirakam oleh CD mereka sendiri.

 

Kemudian seorang remaja bernama Shawn Fanning membangunkan Napster, rangkaian peer-to-peer yang membolehkan pengguna berkongsi semua koleksi muzik mereka dengan setiap pengguna lain melalui internet.

 

Pada mulanya ia nampak seperti satu revolusi, tetapi bertukar menjadi aktiviti haram. Tuntutan undang-undang telah menutup Napster kira-kira dua tahun selepas ia dilancarkan.

 

Walaupun ada ketakutan bahawa pengguna tidak akan rela membayar muzik lagi, perkhidmatan untuk bayar kemudian muncul selepas itu, seperti iTunes dan Spotify.

 

6. Steve Jobs Pulang ke Rumah

Apakah pemerolehan terbaik dalam sejarah teknologi? Maaf, bukan Google yang membeli YouTube atau Facebook yang mengambil Instagram. Urus niaga itu sangat tipis berbanding perjanjian Apple pada Disember 1996 untuk memperoleh NeXT, syarikat yang ditubuhkan Steve Jobs setelah digulingkan dari Apple pada tahun 1985.

 

Pada masa perjanjian itu, Apple berada di ambang kegagalan, atau setidaknya menjadi tidak relevan. Jobs (yang menjadi CEO interim pada tahun 1997) dan menjadikan syarikat itu kembali ‘cool‘ dan dapat menyelesaikannya secara kewangan.

 

Dia juga menyediakan perisian sistem operasi NeXT, yang menjadi asas kepada OS X Mac pada hari ini dan kemudian, pada tahun 2007, perisian untuk iPhone. Tanpa harta intelek Jobs dan ciptaan NeXT, Apple mungkin tidak lebih dari sekadar kenangan.

 

7. Telefon bimbit menjadi Kamera Digital – Bagaimana Ianya Bermula

Ketika pengasas Borland dan Starfish Software – Philippe Kahn ingin berkongsi gambar anak perempuannya yang baru lahir pada bulan Jun 1997, tidak ada telefon bimbit ketika itu. Oleh itu, dia mencipta fotografi tanpa wayar sendiri, dengan menggunakan kamera digital Casio, telefon Motorola, dan komputer riba.

 

Penyediaan itu membolehkannya menghantar gambar dari hospital kepada rakan dan keluarga di seluruh dunia. Kemudian ia mendorong dia dan isterinya, Sonia Lee, untuk menemukan LightSurf, sebuah syarikat yang membantu syarikat seperti Sharp membina telefon bimbit terawal dengan kamera terbina dalam dan infrastruktur tanpa wayar untuk menghantar gambar.

 

Dua dekad kemudian, eksperimen perkongsian foto segera àla Kahn pada tahun 1997 telah menjadi kaedah asas komunikasi manusia sehingga sukar untuk diingat bahawa ia harus diciptakan.

 

8. Bug Y2K – Dystopia Yang Terawal

Pengaturcara (programming) dahulu tidak mempunyai banyak ruang simpanan untuk bekerja, jadi mereka menyimpan beberapa bait dengan meninggalkan tarikh “19” – “78”, misalnya, dan bukannya “1978.”

 

Ini bermaksud bahawa perisian tidak dapat dikendalikan pada tahun dari tahun 2000 dan seterusnya. Ketika abad baru menghampiri, ianya menjadi masalah – terutama untuk komputer kerangka utama yang digunakan untuk perbankan, utiliti, dan tugas lain yang penting untuk kehidupan seharian.

 

Ketakutan terhadap bencana pepijat Y2K menimbulkan kerisauan besar-besaran. Hinggakan pada waktu dahulu ada ramalan Nostradamus yang meramalkan ianya akan menjadi bencana terburuk, dari pemadaman bekalan elektrik selama beberapa minggu hingga kelaparan besar-besaran.

 

Tetapi pada saat kalendar dilancarkan hingga 1 Januari 2000, pemain industri IT telah berjaya menyelesaikannya dengan mengemas kini perisian komputer. Orang ramai kemudiannya kembali optimis terhadap teknologi. . . sekurang-kurangnya sehingga beberapa tahun kebelakangan ini.

 

9. Video Kanak-kanak Star Wars Menjadi Viral – Antara Video Viral Terawal yang muncul di YouTube

Ketika Ghyslain Raza mencatat dirinya memegang bola golf seperti pedang “light-saber” dalam filem star Wars pada tahun 2002, dia tidak menyangka videonya akan menjadi umum.

 

Rakan sekelas di sekolah menengahnya di Québec mempunyai rancangan lain, memuat naiknya ke internet dan mengubahnya menjadi salah satu video viral pertama di web (di samping video nyanyian “Numa Numa”).

 

Tetapi bagi Raza “Star Wars Kid”ini bukanlah satu pengalaman positif, yang kemudian mengatakan kepada MacLean bahawa dia mengalami banyak gangguan baik dalam talian maupun di luar, kehilangan rakan, dan terpaksa menukar sekolah. Kejadian itu menunjukkan sisi gelap dari kemasyhuran viral bahawa YouTube akan menjadi sesuatu yang agak besar.

 

10. Pets.com – Legasi Dot Com gergasi terawal

Nafsu untuk segala hal internet – keuntungan, pendapatan yang besar, atau bahkan model perniagaan yang kukuh menjadi trend pada sepanjang tahun 1999 dan awal tahun 2000, dan Pets.com nampaknya memiliki ciri-ciri tersebut.

 

Tetapi walaupun dengan penghantaran percuma untuk beg makanan anjing berharga 40 paun dan maskot boneka yang muncul di mana-mana sahaja dari Macy’s Thanksgiving Day Parade hinggalah ke Super Bowl, syarikat itu hanya mampu memperolehi USD5.8 juta dalam jualan bersih, dengan jumlah kerugian dalam operasi mencecah USD62 juta dalam 10 setengah bulan.

 

Ketika Pets.com menjadi syarikat senarai awam pada bulan Februari 2000, pasaran tidak dapat menjadikan Pets.com suatu kejayaan: Ia dibuka pada harga USD11 dan ditutup pada hari pertama perdagangan pada USD11.0625 (Sebagai perbandingan: Pada suku pertama tahun 2000, nilai IPO rata-rata hampir dua kali ganda semasa debutnya.)

 

Nasdaq memuncak beberapa minggu kemudian dan jatuh merudum pada bulan April.
Pets.com mengisytiharkan muflis pada November 2000 dan ditutup. Tetapi warisannya sebagai pelopor gelombang dot-com yang masih bertahan hingga hari ini.

 

11. Peristiwa 9/11 – Dimana Blog Menjadi Sumber Maklumat Utama

Pada mulanya, ianya dipanggil weblog, kemudian disingkatkan menjadi “blog”. Diterbitkan dalam feed kronologi mod terbalik dan selalunya bersifat berita dan sangat peribadi, laman web seperti jurnal mula membuat kehadiran di laman web pada tahun 1997.

 

Apabila peristiwa serangan 11 September 2011 tercetus, terdapat beberapa blogger yang melaporkan kejadian tersebut mula mendai perhatian (untuk laporan berita).
Blogger seperti Josh Marshall (Talking Points Memo), Glenn Reynolds (Instapundit), Andrew Sullivan (Daily Dish), dan Dave Winer (Scripting News), menambah pendapat dan (kadang-kadang) melaporkan, dan diposkan dengan sangat cepat, dan kelajuan ini jelas sama-sekali tidak dapat ditandingi oleh media tradisional.

 

Jika dilihat kembali, zaman kegemilangan blog itu singkat – tetapi itu adalah tanda awal bahawa individu, bukan media besar, akan menjadi pencipta kandungan dominan abad ke-21.

 

12. Kelahiran G-Mail yang mengatasi E-mel desktop

Semasa Google melancarkan Gmail pada 1 April 2004, banyak orang menyangka bahawa itu adalah satu kejadian ‘prank’ ‘April Fool’. Google hadir dan mereka mengaku mampu menawarkan saiz storan sehingga 1GB, merupakan 500 kali kapasiti Hotmail Microsoft, dan ketika itu ia kedengaran seperti tidak masuk akal.

 

Tetapi Google serius. Dengan kapasiti saiz raksasa, carian segera, dan antara muka yang mudah didekati, Gmail tidak hanya bersaing dengan perkhidmatan email percuma yang lain seperti Hotmail dan Yahoo Mail, tetapi juga Outlook dan aplikasi e-mel desktop lengkap yang lain. Ini adalah saat yang besar untuk dunia web.

 

Dan ini menandakan permulaan era ketika Google melangkaui dari sekadar enjin carian untuk memanfaatkan lebih banyak masa kita dengan pelbagai jenis perkhidmatan yang berguna.

 

13. Firefox – Memecah Monopoli Pelayar Internet (browser) Microsoft

Setelah berjaya mengalahkan Netscape dalam perang Pelayar Internet, Internet Explorer (IE) oleh Microsoft terus menguasai lebih dari 90% pasaran Pelayar Internet – bermaksud hampir semua orang menggunakan IE sama ada mereka menyukainya atau tidak.

 

Kemudian Mozilla’s Firefox – Pelayar Internet yang dibina di atas sumber terbuka yang menjadi asas kepada pelayar Netscape yang lama – muncul pada tahun 2004. Ia mudah, selamat, dan inovatif.

 

Firefox akhirnya berjaya menguasai sekitar sepertiga pasaran, memulakan perang Pelayar Internet 2.0 dan kemudiannya dengan pantas telah mengatur strategu untuk Google Chrome, yang menyelesaikan tugas menendang IE dengan kuat sehingga menjadi tidak relevan.

 

Sekiranya pengasas kepada Firefox Dave Hyatt, Joe Hewitt, dan Blake Ross tidak begitu berwawasan pada waktu itu, nescaya pengalaman melayari internet kita semua akan menjadi lebih buruk hari ini.

 

14. Y Combinator – Mengubah Bagaimana Syarikat “Start-Up” bermula

Paul Graham, yang menjual syarikat pemula perisian e-dagangnya kepada Yahoo, mula menulis blog mengenai syarikat pemula pada tahun 2001. Tetapi baru pada tahun 2005 dia mempraktikkan ideanya dengan memulakan Y.

 

Pada musim panas itu, dia dan kekasihnya, Jessica Livingston (sekarang isterinya), bersama dengan dua orang lain, melancarkan eksperimen. Mereka mengajak pengasas bersama untuk mengemukakan cadangan syarikat, memilih perniagaan yang paling menjanjikan, dan memberi mereka USD6,000 sebagai modal permulaan.

 

Terdapat 2,000 startup yang telah disokong oleh YC termasuk Reddit, Airbnb, Dropbox, Stripe, dan beberapa lagi yang agak berjaya. Ekosistem “angel-investor”, dana tahap awal, dan dana “pre-seed” mungkin tidak akan wujud jika tidak kerana Y Combinator yang telah memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencari jurang dalam dunia modal teroka dan mengisinya.

 

15. Perkhidmatan Amazon Web Services (AWS) yang Memperkasakan Web

Sejauh mana teknologi berkembang, Amazon dengan selamba membuat pelancaran Elastic Computer Cloud pada tahun 2006. Aplikasi awal itu menandakan titik perubahan untuk Amazon Web Services, yang pada awalnya dilancarkan pada tahun 2002 dengan segelintir alat berasaskan web.

 

AWS boleh dikatakan menjadi sama pentingnya dengan pengkomputeran moden seperti iPhone. Perkhidmatan seperti Dropbox, Netflix, Lyft, dan iCloud Apple mungkin tidak ada – atau, paling tidak, hampir tidak berfungsi – tanpa perkhidmatan pengkomputeran awan atas permintaan yang disediakan oleh Amazon.

 

Saingan seperti Microsoft Azure dan Google Cloud masih berusaha untuk mengejar AWS.
Dan AWS menjadi syarikat yang sangat menguntungkan yang membuktikan bahawa Amazon boleh menjadi sangat berjaya dalam perniagaan yang tampak jauh benar dari gedung serbaneka dalam talian.

 

16. Facebook Memperkenalkan Suapan Berita (News Feed)

Untuk Facebook, tidak ada pelancaran produk yang sama pentingnya dengan News Feed, yang tiba pada tahun 2006 sebagai pusat aktiviti rakan dan telah menjadi salah satu penyebar maklumat (termasuklah maklumat yang betul dan salah) di internet, dan mula memberi pengaruh pada banyak perkhidmatan lain.

 

Walaupun dalam bentuk yang paling awal, beberapa pengguna sangat membenci Suapan Berita kerana perubahan reka bentuknya yang drastik dan ramai pengguna menimbulkan rasa kerisauan dan tidak berpuas-hati (pada awalnya), kerana semua aktiviti mereka tiba-tiba dipamerkan sepenuhnya.

 

Tetapi tindak balas Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg terhadap reaksi itu menyerupai Facebook, dengan memberi simpati terhadap kebimbangan pengguna sambil menyindir bahawa syarikat itu tahu apa yang terbaik untuk mereka. “Ini mungkin terdengar seperti pendapat yang dangkal, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang telah menulis dan membuat kumpulan dan memprotes,” tulisnya.

 

“Dan saya juga gembira bahawa News Feed menyoroti semua kumpulan ini supaya orang dapat menemukannya dan juga berkongsi pendapat antara satu sama lain.”

 

17. Kelahiran Telefon Pintar terhebat

Seperti mana yang ditunjukkan oleh peminat BlackBerry, iPhone bukanlah telefon pintar pertama atau bahkan yang pertama mengubah banyak kehidupan. Tetapi pengenalannya – yang disifatkan sebagai acara ekstravaganza untuk peminat gajet IT, yang berlangsung selama enam bulan yang bermula dengan pembukaannya pada 9 Januari 2007, dan berlangsung sehingga ia mula dijual pada 29 Jun berikutnya – adalah acara tunggal yang paling gah.

 

iPhone pertama memasukkan begitu banyak inovasi ke dalam pakej yang boleh dipercayai sehingga sebahagian besarnya memenuhi hype di luar carta.

 

Bagi anda yang tertarik dengan IPhone pada masa itu, anda mungkin tidak meramalkan bahawa iPhone akan menjadi sangat penting 13 tahun kemudian. Tiada satupun alat elektronik pengguna yang dilancarkan sejak itu mempunyai kesan yang sama dengan iPhone.
Rujuk cerita mengenai kelahiran iPhone: https://www.fastcompany.com/…/the-iphone-turns-10-heres…

 

18. Apple Melancarkan App Store

Walaupun iPhone itu sendiri merupakan kejayaan dalam pengkomputeran peribadi ketika dilancarkan pada tahun 2007, revolusi sebenarnya tidak bermula sehinggalah Apple melancarkan App Store setahun kemudian.

 

Tiba-tiba, sumber perisian skrin sentuh yang selamat dan mudah digunakan telah muncul – dari permainan hingga utiliti hingga aplikasi bunyi kentut (iFart), dan pembangun berbaris untuk membuat aplikasi dengan harapan dapat menjadi hit berikutnya.

 

Pasaran aplikasi yang bersemangat tidak lama kemudiannya telah menjadi taruhan utama bagi mana-mana platform mudah alih; pemain yang tiba dengan lewat seperti BlackBerry 10 dan Microsoft Windows Phone 7 berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengejar Apple, tetapi mereka sudah jauh ketinggalan. Sehingga kini App Store masih lagi menguntungkan buat Apple.

 

19. ‘Angry Birds’ – Permainan Mudah Yang Menjana Untung Besar

Kartun melemparkan burung ke menara yang penuh dengan babi jahat mungkin kelihatan seperti usaha bodoh pada tahun 2009, tetapi dengan cepat membuktikan bahawa permainan telefon pintar adalah perniagaan besar.

 

Permainan Angry Birds asal yang dibangunkan oleh Ro II mendapat 10 juta muat turun berbayar dalam setahun – satu pencapaian mengagumkan untuk App Store Apple yang masih baru muncul.

 

Apa yang lebih penting lagi, ia menjadikan pencabar yang lain tidak puas hati dengan kejayaan Angry Birds yang diangkat sebagai satu ikon dari platform permainan hingga ke layar perak.

 

Angry Birds menunjukkan bagaimana permainan telefon dapat menjadi hits pada zaman telefon pintar, walaupun tanpa perbelanjaan yang besar dan melibatkan proses pembangunan yang mengambil masa bertahun-tahun.

 

20. ‘House of Cards’ pelopor dalam Streaming Originals

Selama empat tahun pertama sebagai perkhidmatan streaming video, Netflix bergantung kepada melesenkan pelbagai jenis filem dan rancangan TV yang sudah ada. Ianya berubah pada tahun 2011 ketika Netflix mula mengalahkan HBO untuk hak untuk pengedaran siri drama House of Cards.

 

Netflix pada mulanya memandang rendah langkah yang meraka ambil itu pada masa itu.
Namun, implikasinya jelas dari awal: daripada sekadar bergantung pada baki rancangan TV yang ditawarkan stesen TV sedia ada, Netflix akan menjadi tuan rumah rancangan hitnya sendiri yang tidak tersedia di tempat lain.

 

Setelah House of Cards mula dimainkan beberapa tahun kemudiannya, ianya secara tidak langsung telah mencetus perang dalam industri penstriman video rancangan TV.

 

21. Gamergate Menunjukkan Sisi Gelap Dunia Dalam Talian

Pada tahun 2014, kumpulan troll atas talian melancarkan siri kempen gangguan terhadap pembangun permainan wanita dan wartawan wanita.

 

Usaha yang mengambil masa selama berbulan-bulan, yang disebut Gamergate, secara terang-terangan menentang kewartawanan permainan yang tidak beretika, di bawah logik bahawa orang-orang yang diserangnya cuba melemahkan aspek budaya pemain lama.

 

Tetapi seperti yang ditulis oleh Kyle Wagner dari Deadspin pada waktu itu, keseluruhan cubaan itu menjadi seperti satu medan perang untuk rungutan konservatif seperti kebenaran politik dan keadilan sosial, terutama sekali tokoh sayap kanan seperti Christina Hoff Sommers dan Milo Yiannapolous bersemangat.

 

Bukan hanya gangguan yang dihasilkan yang menonjol. Penyokong Gamergate dan mereka yang menentangnya bahkan tidak dapat menyetujui sekumpulan fakta paling asas, seperti apa yang dimaksudkan dengan kempen, siapa yang dirugikan, dan apa yang dianggap sebagai tingkah laku yang tidak beretika.

 

Kegagalan untuk berkomunikasi itu telah mewarnai perbualan dalam talian dari pelbagai jenis yang wujud pada masa sekarang.
Boleh rujuk bual-bicara bersama Brianna Wu, untuk ikut pengalaman mangsa buli-siber terawal: https://www.fastcompany.com/…/i-unfortunately-have-the…

 

22. Alexa oleh Amazon yang menjangkaui GUI – Graphical User Interface

Pembesar suara Amazon Echo hadir pada tahun 2014. Ia muncul selepas Amazon melancarkan Amazon Fire Phone (Amazon Fire Phone dilancarkan selepas kejayaan Kindle), yang mempunyai fungsi-fungsi seperti gabungan muzik, berita, dan beberapa maklumat asas yang nampaknya tidak jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan Siri Apple di iPhone, dan apa Carian suara Google (Google Voice Search) yang disediakan di Android.

 

Projek Amazon Fire Phone ini merupakan satu kegagalan, dan menyebabkan Amazon mencatatkan kerugian berjumlah USD25.8 bilion.

 

Tetapi pengkomputeran suara-pertama (voice-first) mempunyai kelebihannya, dan dalam kira-kira lima tahun kemudiannya, lebih daripada 100 juta peranti telah terjual dengan pembantu suara Alexa Amazon yang dibina.

 

Sepanjang perjalanan itu, Amazon Alexa telah menjadikan rumah pintar yang kaku, telah menjadi konsep arus perdana sambil mendorong Apple dan Google untuk mengeluarkan pembesar suara pintar mereka sendiri. Ini juga membuktikan bahawa konsep “Komputer” Star Trek tidak begitu futuristik seperti dulu.

 

23. Lambang Skandal Facebook Dilahirkan

Dengan gabungan gelap pencerobohan privasi dan intrik politik, muncullah peristiwa skandal Cambridge Analytica – dibocorkan oleh pemberi maklumat Christopher Wylie dan diperincikan oleh The New York Times dan The Guardian pada Mac 2018 – mengubah #DeleteFacebook menjadi satu mantra bagi kebanyakan orang.

 

Syarikat perunding politik Britain itu didakwa telah memperoleh akses ke gudang data yang banyak mengumpulkan kuiz keperibadian Facebook yang kononnya dirancang untuk tujuan akademik; Facebook mengatakan lebih daripada 87 juta pengguna berisiko telah terlibat.

 

Cambridge Analytica, yang pelanggannya termasuk kempen presiden Ameria Syarikat, Donald Trump 2016 dan pasukan pro-Brexit, menggunakan khidmat Cambridge Analytica untuk menolong mereka dalam startegi iklan mikrotarget.

 

Sebilangan pakar mengatakan bahawa syarikat itu secara berlebihan membesar-besarkan kekuatan datanya dan bahawa tidak ada bukti bahawa ia memainkan peranan penting dalam kemenangan Brexit dan Trump.

 

Rentetan dari kejadian itu, Facebook dikatakan telah memperketat akses aplikasi dan perkhidmatan pihak ketiga terhadap data pengguna.

 

24. Pandemik Menghantar Sembang Video Melambung

Lebih dari setengah abad setelah Alexander Graham Bell memperkenalkan Picturephone di Pameran Dunia 1964, panggilan video yang pada akhirnya menjadi cara penting untuk menjalankan perniagaan.

 

Pada awal kemunculan konsep itu, ia tidak diterima pada awalnya. Dengan hanya memerlukan wabak global untuk orang merasa selesa dengan idea tersebut.

 

Zoom sendiri mengatakan bahawa ia kini mempunyai 300 juta peserta bermesyuarat setiap hari – meningkat daripada 10 juta sebelum wabak Coronavirus melanda – dan kejayaannya telah memaksa pesaing seperti Google, Microsoft, dan Facebook mula rasa menyesal kerana telah pengabaikan ciri sembang video selama bertahun-tahun.

 

Dengan kebanyakan perniagaan mula menggunapakai konsep pekerjaan secara jarak jauh sebagai pilihan tetap bagi pekerjaan, panggilan video mungkin akan berlaku walaupun selepas wabak ini berhenti.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.