fbpx

3 ‘Bullet’ Pelan Pemulihan Ekonomi Untuk Sektor Hartanah

0 468

Riuh bukan main hari ini sejurus selepas pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek oleh Perdana Menteri kita, TS Muhyiddin petang tadi.

Advertisement

3 kunci utama yang difokuskan dalam pelan kali ini iaitu:

  1. Memperkasakan rakyat
  2. Melonjakkan Perniagaan
  3. Merangsangkan Ekonomi

Dari 3 matlamat utama ini, dipecahkan kepada 40 inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat khususnya. Ini termasuklah sektor hartanah yang sebelum ini dipandang sepi.

 

3 Inisiatif Untuk Sektor Hartanah

1. Kempen Pemilikan Rumah

Pengecualian duti setem bagi transaksi jual beli rumah berharga RM300k – RM2.5 juta. Ini adalah terhad bagi pemilikan rumah RM1 juta pertama sahaja. Kalau dah ada rumah nilai lebih RM1 juta tak dapat lah maksudnya.

 

2. Pengecualian Cukai Keuntungan Jual Rumah (RPGT)

Bagi mereka yang sebelum ni tak jual rumah sebab tak nak kena cukai keuntungan, kini anda diberikan pengecualian bermula 1 Jun – 31 Disember 2021, terhad kepada hartanah kediaman & 3 unit sahaja.

Jadi, bolehlah cairkan rumah tu kepada tunai. Dengan harapan, tunai tu bolehlah meneruskan kitaran ekonomi hasil daripada perbelanjaan anda. Jangan boros pula.

Tapi, kalau boleh jual pun, ada ke yang nak membelinya waktu sekarang ni? Macam syok sendiri pun ada. Mungkin ini boleh jadi kelebihan utama bagi yang mampu nak beli rumah untuk minta diskaun daripada tuan rumah?

 

3. Had Pinjaman Dinaikkan Kepada 90% Untuk Hartanah Ketiga

Jika sebelum ni dihadkan maksimum 70% untuk hartanah ketiga, kali ni dinaikkan kepada 90%. Bagi pemain-pemain hartanah, ini mungkin jadi kelebihan untuk mereka yang suka beli hartanah lebih daripada 2.

Poin ketiga ni nampak macam pelengkap untuk poin kedua. Dah ada yang jual, yang pemain hartanah apa lagi, sambutlah.

Walaubagaimanapun, bagi yang hendak membeli hartanah, pastikan anda ikut kriteria-kriteria untuk melabur hartanah. Jangan disebabkan ada diskaun terhad ni, sanggup pusing sana sini untuk luluskan pembiayaan sehingga terjerat diri sendiri akhirnya.

Artikel dibawah ni ada dikongsikan tip dan garis panduan untuk beli rumah. Mungkin berguna dan boleh bantu anda untuk buat keputusan pembelian rumah.

Baca : 3 Risiko Beli Rumah ‘Multiple Submission’ Sehingga Tersontot

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.