fbpx

3 Intipati Yang Sungguh Menginspirasikan Untuk Bangkit Dalam Bisnes

0 148

Bagi penggiat bisnes, siapa saja yang tak terasa dengan tamparan wabak Covid-19. Bermula dengan terencatnya operasi bisnes sehinggalah terpaksa menanggung tanggungjawab membayar gaji pekerja-pekerja.

Mudah cerita, duit masuk sikit tapi duit belanja tetap sama. Sudah semestinya akan susut juga duit simpanan syarikat jika hal ini berterusan. Akhirnya, pekerja diberhentikan, syarikat lingkup.

Advertisement

Namun, sudah menjadi resam bagi penggiat bisnes. Pantang mengalah, jatuh 10 kali tetap bangkit kali ke sebelas. Itulah orang bisnes.

Bagi yang hilang arah dan tercari-cari hala tuju setelah jatuh tersungkur dalam bisnes, mungkin coretan Tuan Iffat Salleh ini dapat menunjukkan jalan keluar yang juga pernah jatuh dalam bisnes pada dulu kala.

Nukilan Khas Untuk Yang Baru Jatuh Rugi Dalam Bisnes & Nak Berdiri Semula

2016, Masa tu baru jatuh bisnes, rasa diri tak ada semangat nak teruskan hidup. Biasa la, proses tersadung ni memang menyakitkan.

Dalam tempoh kemurungan dan depress tu, saya dapat satu email dari Raja Kamil.

Masa tu dia cuma tulis ‘saya juga jatuh bisnes, dan buku ni bagi banyak ilmu untuk naik semula’

Jadi saya beli buku yang dipromosikan dalam email tu :- 5 Bucks A Day oleh Dennis Becker.

 

SIMPLE TRICK

Dalam buku ni memang simple je ilmunya, tapi dia garapkan dengan panjang lebar, cerita situasi dan sebagainya sampai jadi panjang berjela.

Saya baca dari awal sampai habis. Terus dapat idea untuk start buat apa yang dicadangkan dalam ebook tu.

Ebook tu hanya cadangkan seperti yang tertulis pada tajuknya
‘Buat la apa sahaja benda, asalkan dapat 5 buck setiap hari’

Masa tu saya jatuh dalam bisnes, jadi saya pun senaraikan apa yang saya boleh buat untuk dapatkan RM10 sehari (tukar sikit nilai)

👉 Dari situ saya buat kelas telegram caj RM10 seorang
👉 Dari situ saya buat ebook, jual RM10
👉 Saya buat apa sahaja benda yang boleh jana RM10 sehari

Kalau ikut kiraan ringkas formula tambah tahun 4 sekolah rendah:

RM10 x 30 hari = RM300 sebulan

Jika aktiviti-aktiviti itu dibuat secara harian, maka dapatlah minimum RM300 sebulan.

Tapi..

Selepas beberapa bulan buat aktiviti tu, baru la saya faham maksud sebenar di sebalik buku 5 buck a day ni.

Berikut adalah intipati dalam buku tersebut yang sungguh menginspirasikan :

 

1. TARGET MINIMUM UNTUK CAPAI MAKSIMUM

Dalam cerita inspirasi bisnes, ini dikenali sebagai mikro-goal (something like that, tak pasti apa term sebenar).

Dennis Becker mencadangkan kita buat $5 setiap hari supaya kita tak terlalu kecewa kalau gagal capai sasaran. Bayangkan kalau anda sasarkan RM1,000 sehari dan gagal nak dapatkannya, kecewa tak?

Dah la jatuh bisnes, kemudian kecewa lagi dengan kegagalan. Memang teruk kemurungan nanti.

Jadi $5 ni dikira sebagai sasaran minimum untuk capai hasil maksimum. Boleh je buat produk $5 tapi dijual kepada 10 orang sehari, dah jadi banyak. Kita sendiri akan gembira dan berpuas hati.

2. CARI AKTIVITI TERBAIK UNTUK JANA DUIT

Dennis ni cerita dia sanggup pergi potong rumput untuk dapatkan $5 sehari. Maksudnya dia akan buat apa sahaja aktiviti yang mampu jana $5 sehari.

Bayangkan kalau setiap hari buat 1 aktiviti, sebulan dah 30 aktiviti. Dari situ kita boleh buat analisis aktiviti mana yang paling mudah nak jana $5.

Dari analisis tu boleh la pilih aktiviti tertentu dan scale up sahaja. Mudah bukan?

3. BECOME AN INVENTOR

Selepas buat pelbagai aktiviti jana income, kita akan mula nampak apa masalah yang berlaku dalam masyarakat. Dari situ akan muncul idea-idea baru untuk selesaikan masalah.

Secara automatik, kita akan bertukar dari mindset pekerja kepada mindset inventor (pencipta/creator).

Kita akan start buat produk2 yang boleh selesaikan masalah dan isu yang ada dalam komuniti. Dari situ boleh jana lebih banyak income.

KESIMPULAN

Kalau anda sekarang tak tahu nak buat apa, mulakanlah dengan baca buku ni. Cari la di amazon, tak mahal pun. Ebook pun ada.

Penting buku ni untuk anda faham apa perlu dibuat selepas anda jatuh. Ianya langkah asas kepada setiap usahawan

Dennis Becker ni pun selepas dia tulis buku ni,dia jual $5 je. Dulu la, sekarang sudah upgrade content ikut trend semasa, mungkin mahal sedikit.

Bayangkan dari 2006 sampai sekarang orang masih beli ebook dia ni (sekarang dah jadi buku di Amazon).

Kalau sehari ada 100 orang beli dengan harga $5, dah dapat $500 sehari. Kalau lebih ramai?

 

Artikel dipetik daripada Facebook Tuan Iffat Salleh, Founder & CEO of ordersini.com.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.