fbpx

3 Mitos Dollar Cost Averaging (DCA)

0 189

Ramai yang dah tahu berkenaan teknik dollar cost averaging (DCA) ni, terutama sekali yang melabur dalam amanah saham. Malangnya, terdapat beberapa salah faham berkenaan terma DCA.

 

Contoh salah faham paling ketara adalah tanggapan bahawa simpanan secara konsisten setiap bulanan untuk dana persaraan itu adalah DCA.

 

Advertisement

Tak kata salah, tapi kurang tepat.

 

Yang poin ni, kita masukkan dalam mitos yang pertama. Dan beberapa lagi mitos disenaraikan kat bawah ni.

 

Mitos #1 : DCA Adalah Simpanan Bulanan?

DCA ni sudah sinonim dengan pelaburan amanah saham melalui pelaburan secara Direct Debit Investment (DDI) setiap bulan, seolah-olah seperti simpanan bulanan. 

 

Nampak serupa tapi tak sama sebenarnya. 

 

Kita ambil contoh untuk simpanan dana persaraan. Untuk mencapai simpanan RM500,000 lagi 30 tahun, kiraan mudah adalah anda kena simpan lebih kurang RM17,000 setahun. Ini bersamaan dengan RM1,400 sebulan.

 

Objektif yang sama tetap boleh dicapai juga dengan buat DCA dalam pelaburan amanah saham. Tapi, kita kena faham tujuan sebenar DCA iaitu tambahkan pelaburan ketika harga sedang murah untuk kurangkan lagi kos pelaburan. Itulah tujuan asalnya. (1)

 

Bilamana kita tetap melabur pada harga yang tinggi, ia seakan telah lari dari tujuan asal iaitu untuk untuk kurangkan kos pelaburan.

 

Mitos #2 : DCA Lebih Rendah Risiko Berbanding Pelaburan Secara Lump Sum

Secara teorinya, ya!

 

Bayangkan anda mula melabur sebaik sahaja sebelum berlakunya krisis. Sudah pastinya pelabur yang melabur secara lump sum sedang goyang kerana sejumlah besar pelaburannya sedang jatuh.

 

Sedangkan pelabur yang menggunakan DCA masih tenang kerana nilai pelaburannya bermula dengan nilai yang kecil.

 

Secara realitinya, walaupun DCA lebih selamat sebagai permulaan, tetapi tak semua pelabur yang berani untuk teruskan DCA dalam keadaan pasaran yang merudum.

 

Akhirnya, pelaburan secara DCA itu pun dihentikan kerana tidak yakin dengan strategi yang digunakan ketika pasaran merudum. (2)

Lebih parah lagi, ada yang jual terus pelaburannya ketika harga sedang jatuh. Dalam konteks saham, ia tindakan yang betul sebagai cut loss. Tidak bagi pelaburan amanah saham kerana anda sepatutnya sudah tetap dengan analisa dana yang dilaburkan untuk jangka masa panjang.

 

Mitos #3 : DCA Tidak Memerlukan Waktu Terbaik Untuk Melabur

Tidak seperti saham dimana waktu terbaik untuk masuk (entry price) sangat penting bagi pedagang (bukan pelabur) agar anda beli ketika murah dan jual ketika harga naik.

 

Oleh itu, DCA sangat sesuai bagi pelabur yang baru menjinakkan diri dalam pelaburan. Dengan melabur dalam amanah saham, pelabur kebanyakannya dapat nasihat supaya tidak perlu risau berapa harga semasa sesuatu dana itu.

 

Namun, jika dibandingkan dengan mereka yang melabur ketika harga murah, sudah pastinya pelabur ini jana keuntungan lebih banyak berbanding mereka yang masuk ketika harga tinggi.

 

Hal ini lebih tertakluk kepada jenis dana yang menjana keuntungan melalui kenaikan harga unit (berbeza dengan dana yang menghasilkan pulangan melalui dividen).

 

Baca : 4 Kategori Amanah Saham

 

Melalui pengalaman melabur sebaik sahaja sebelum krisis, nak tunggu sesuatu dana itu naik semula setelah jatuh teruk adalah satu penantian yang menyeksakan. Lagi parah, meskipun strategi DCA telah digunakan, harga dana itu tetap tidak naik-naik.

 

Kesimpulannya, penggunaan strategi DCA tidak menghalalkan anda untuk melabur begitu sahaja tanpa buat analisa yang betul. Pemilihan dana dan penetapan portfolio pelaburan yang betul sangat penting untuk memastikan strategi DCA berhasil.

 

Strategi yang bagus tetap tidak menjadi jika dilakukan pada waktu dan tempat yang salah. Oleh itu, dapatkan nasihat pakar seperti daripada perunding kewangan berlesen untuk atur pelaburan anda.

 

Sumber :

  1. https://figuide.com/dollar-cost-averaging-facts-and-myths-2.html
  2. https://learn.stash.com/myths-dollar-cost-averaging
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.