
3 Negara Termiskin Di Dunia
Kebiasaanya, keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita sering kali dirujuk sebagai penanda aras bagi taraf hidup sesebuah negara.
Hal ini demikian kerana KDNK per kapita mengambarkan nilai pendapatan rakyat yang tinggal di negara ataupun kawasan.
Advertisement
Instrumen ini juga digunakan untuk mengukur kekayaan dan kemiskinan semua negara di dunia. Berikut adalah 3 negara paling miskin di dunia setakat ini.
1. Republik Demokratik Congo

KDNK per kapita bagi Republik Demokratik Congo adalah USD 439 ketika 2017 dan dijangkan akan meningkat kepada USD 551 pada tahun 2023.
Walaupun negara ini miliki sumber semula jadi yang begitu melimpah tetapi nilai KDNK per kapita adalah sekitar USD 439 sahaja.
Hal itu menjadikan Republik Demokratik Congo sebagai negara termiskin di dunia.
Permintaan yang tinggi terhadap tembaga dan kobalt dijangka mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara tersebut pada tahun berikutnya.
2. Mozambique

KDNK per kapita bagi Mozambique adalah USD 429 ketika 2017 dan dijangka meningkat kepada USD 648 pada tahun 2023.
Negara bekas jajahan Portugal itu miliki potensi yang begitu tinggi menjadi negara berdaya saing dan membangun berikutan penemuan gas asli pada 2011.
Hal ini dapat dilihat apabila Mozambique bersetuju untuk membina kilang gas asli pada tahun 2018 dengan bayangan bahawasanya negara itu dalam landasan tempat memanfaat sumber semula jadi.
3. Uganda
KDNK per kapita bagi Uganda adalah USD 726 ketika 2017 dan dijangka meningkat kepada USD 959 pada tahun 2023.
Berikutan konflik bersenjata 1986, parti politik yang memerintah Uganda iaitu National Resistance Movement (NRM) melaksanakan reformasi dengan membawa masuk pelaburan bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang mengurangkan kemiskinan hingga 2010.
Namun dalam lima tahun terakhir, pertumbuhan ekonomi menjadi sangat perlahan lantas memberikan kesan kepada pertambahan nilai kemiskinan.
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada pengecutan ekonomi Uganda iaitu cuaca buruk dan konflik di negara jiran iaitu Sudan.
Bagi menyelesaikan masalah ini Uganda perlu meningkatkan pelaburan langsung asing dan stabilkan sistem perbankan begi tingkatkan ekonomi lantas merapatkan jurang kemiskinan.
Itulah tiga negara yang menjadi tiga negara termiskin di dunia dan kesemua terletak di benua Afrika.
Afrika memang terkenal dengan banyak negara miskin yang kadangkala di luar jangkaan untuk kita memikirkannya.
Jadi bersyukurlah kerana kita dilahirkan di negara tercinta ini iaitu Malaysia. Ketika insan di Uganda sedang mengira helaian kertas untuk makan, kita di sini sedang bersenang-lenang telan apa sahaja makanan tanpa fikir kesannya.