fbpx

3 Pekerjaan Yang Sesuai Untuk Anda Pasca-Pandemik

0 251

Kehadiran koronavirus telah menyebabkan ramai orang telah kehilangan pekerjaannya.

 

Hal ini dapat dibuktikan apabila kadar pengangguran semakin meningkat walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berjaya menurunkan sedikit kadar pengangguran.

 

Advertisement

Jadi pasti kita semua ingin mengetahui apakah peluang pekerjaan yang mungkin akan wujud pasca-pandemik.

 

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh memilih pekerjaan sementara dunia sedang dalam fasa pemulihan yang akan mengambil masa bertahun-tahun. Berikut adalah senarai lima pekerjaan tersebut.

 

1. IT dan teknologi digital

Memandangkan dunia semakin bergerak ke arah revolusi perindustrian 4.0 dengan koronavirus mempercepatkan prosesnya, pekerjaan berasaskan IT dan teknologi digital semakin mendapat tempat.

 

Dari jurutera perisian sehinggalah kepada pembangun laman web sangat diperlukan dikala sektor ini semakin berkembang.

 

Kemahiran berasaskan digital ini diperlukan disegenap industri, ianya melangkaui e-dagang sehingga kepada proses automatik di kilang.

 

Bukan itu sahaja, perniagaan kecil dan sederhana (PKS) juga sangat memerlukan pakar daripada bidang digital demi kemandirian syarikat mereka.

 

2. Rider

Kredit: Malay Mail

Pelaksanaan PKP pada bulan Mac lalu telah menyebabkan berlaku trafik yang begitu dalam platform beli-belah atas talian.

 

Hal ini telah menyebabkan beberapa syarikat kurier hampir lumpuh kerana tidak dapat menampung permintaan pelanggan. Malahan, syarikat kurier besar seperti Pos Laju juga turut terjejas sehingga mendapat banyak kritikan.

 

Bagi mengatasi masalah itu beberapa syarikat kurier telah mengwujudkan peluang pekerjaan sebagai rider bagi memastikan barang selamat sampai di tangan pelanggan.

 

J&T misalnya telah tawarkan jawatan rider secara sepenuh masa dan separuh masa kepada mereka yang memerlukan pekerjaan dengan upah munasabah.

 

Jadi kepada syarikat kurier lain, anda patut tawarkan peluang pekerjaan dengan permintaan yang semakin meningkat dari hari ke hari.

 

3. Grocery Retail

Kredit: Says

Koronavirus telah menyebabkan banyak kedai makan yang tutup dan bungkus lantaran tidak mampu bertahan.

 

Ianya telah menyebabkan permintaan terhadap barangan runcit semakin meningkat kerana semua orang hanya masak makanan sendiri di rumah.

 

Hal ini telah membuatkan permintaan terhadap pekerjaan di pasar raya semakin meningkat dengan stok barang yang sentiasa habis.

 

Peningkatan terhadap peluang pekerjaan melibatkan pengisian stok barangan di rak, pesanan atas talian dan aspek logistik dalam menghantar makanan kepada pelanggan.

 

Jadi kepada anda semua, rebutlah peluang pekerjaan yang masih tersisa itu. Mungkin ianya tidak setanding dengan pekerjaan anda pra-pandemik tetapi ianya cukup untuk anda telah bertahan.

 

Jika terlalu memilih, dikhuatiri anda akan jatuh miskin serta tidak mampu lakukan apa-apa pekerjaan.

Source Wilson. B. (2020, Ogos 11). What jobs are available post-lockdown? BBC.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.