fbpx

3 Perkara Penting Kena Tahu Sebelum Beli Kereta Untuk Elak Bankrap

0 657

Tahukah anda, menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, sehingga Disember 2019 sebanyak 299,186 kes bankrap yang ditadbir.

Advertisement

Punca kedua terbesar yang menyebabkan kebankrapan adalah pinjaman kereta iaitu 21.53%.

 

Jika hal ini dibiarkan, statistik golongan muda akan terus mengungguli carta kebankrapan yang tidak senang untuk kita lihat. Oleh itu, berikut dicadangkan 3 perkara penting yang anda perlu tahu sebelum buat keputusan untuk beli kereta.

 

Kos Pemilikan Kereta

Bagi mereka yang pertama kali memiliki kenderaan mungkin tidak perasan akan hal ini. Yang mereka nampak hanyalah bayaran bulanan pinjaman kereta.

Yang mereka tak nampak adalah kos-kos lain yang terlibat untuk membela kereta yang dibeli itu seperti :

  • minyak petrol
  • tol
  • kos baik pulih
  • takaful kereta
  • cukai

Disebabkan mereka tak fikirkan hal ini, maka mereka maksimumkan peruntukan untuk bayaran bulanan kereta dengan membeli kereta yang lebih mahal. Bila dah guna, baru perasan akan kos-kos lain. Ini menjadikan bajet bulanan mereka lari.

Ada formula yang boleh dicadangkan agar bajet bulanan anda tidak lari. Ini akan diterangkan pada poin seterusnya.

 

Jenis Pinjaman Kereta

Untuk pengetahuan anda, pinjaman ni ada banyak jenis. Dalam hal pinjaman kereta, kebanyakannya adalah kadar faedah tetap (Fixed Interest). Kenapa pentingnya tahu benda ni?

Sebabnya, penjual kereta akan menggunakan elemen atau unsur pemasaran dengan mengkaburkan mata pembeli bahawa kadar faedah yang ditawarkan adalah rendah. Apa yang dipamerkan itu kebiasaannya adalah kadar faedah rata (Flat Interest Rate). Jadi, kita akan nampak kadar faedah tu macam rendah tapi bila dah buat pinjaman, rasa macam lambat tak berkurang pun jumlah pokok pinjaman.

Untuk kira berapa bayaran bulanan sebenar anda, kadar faedah rate tu perlu ditukarkan terlebih dahulu kepada kadar faedah efektif (Effective Interest Rate). Contohnya seperti berikut :

Sumber : Loanstreet.my

Lepas dah tukar, baru tahu rupanya kadar faedah pinjaman kereta ni lebih mahal berbanding pinjaman perumahan kerana pinjaman perumahan memang dah sedia ada dalam bentuk kadar faedah efektif.

 

Formula Mudah Beli Kereta

1. Harga Kereta = Gaji Setahun

Contohnya gaji anda RM2,500 sebulan, setahun adalah RM30,000. Nilai harga kereta yang sepatutnya anda beli adalah RM30k? Ada ke kereta harga tu sekarang ni?

Ada je, siapa kata tak ada. Nak tak nak je, kalau selera besar memanglah tak nampak harga kereta harga macam tu, cuba rendahkan ego tu sikit dan berpijak pada bumi yang nyata, insyaAllah anda boleh dapatkan kereta harga macam tu.

 

2. Formula 20 / 5/ 15

Apa benda tu? Formula ni saya belajar daripada mentor saya dan ternyata ia sangat bermanfaat.

  • 20 : Deposit 20%
  • 5 : Tempoh pinjaman 5 tahun
  • 15 : Jumlah komitmen bulanan tidak lebih 15% daripada pendapatan anda.

Kalau anda dapat ikut formula ni, memang terbaik berbanding anda ambil deposit sifar, tempoh pinjaman paling maksimum 9 tahun. Sebab apa? Jom kita buat perbandingan.

 

20% deposit, 5 tahun tempoh pinjaman

 

0 deposit, 9 tahun tempoh pinjaman

 

Perbezaan paling ketara adalah jumlah kadar faedah yang anda bayar berbanding harga kereta sebenar iaitu RM30,000 (contoh). Dengan kaedah 20/5/15, jumlah kadar faedah anda adalah RM6,600. Sedangkah kaedah biasa yang orang guna iaitu sifar deposit dan tempoh pinjaman maksimum adalah RM14,850.

“Tapi, walaupun guna kaedah 20/5/15 , komitmen bulanan dah melebihi 15% daripada pendapatan bulanan iaitu RM2,500”

Bagus, maknanya anda dah mula faham. Jika begitu, anda kena beli kereta yang lebih murah lagi. Kita ambil contoh harga kereta RM15,000.

Pilihan yang tinggal untuk harga kereta sebegini tak lain tak bukan adalah kereta terpakai. Anda perlu ingat, anda kena tanggung kos-kos untuk bela kereta juga. Kita anggarkan kos bela kereta ni 5% daripada gaji bulanan. Jadi, dalam merancang bajet bulanan anda, peruntukan memiliki kereta adalah 15% + 5%. Dengan ini, tak adalah bajet bulanan anda lari.

Ingat, kereta ini hanya alat untuk bawa anda dari satu tempat ke tempat yang lain. Jika itu objektif penggunaan kereta anda, buat apa pening-pening untuk beli kereta yang lebih mahal yang mempunyai fungsi yang sama seperti kereta terpakai.

Nak beli kereta lebih mahal tak salah, tapi kenalah ukur pada badan sendiri. Ikut kemampuan agar tidak terjerat dimasa akan datang.

 

Artikel ini disumbangkan oleh Tuan Fadzizul Zakaria, seorang penasihat kewangan yang berlesen dibawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia & BNM. Untuk hubungi beliau, boleh klik sini atau layari fadzizulzakaria.com

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.