fbpx

3 Sumber Pendapatan Yang Tak Disangka Waktu Persaraan

0 2,851

Setiap daripada kita yang bekerja semestinya akan bersara juga pada suatu hari nanti. Maka, kerisauan untuk hidup lepas bersara adalah satu perkara yang menjadi kegusaran setiap orang. Disinilah pentingnya kena ada dana persaraan.

Adakah simpanan kita cukup untuk tampung hidup selepas bersara? Adakah kita perlu kerja lagi walaupun sudah bersara?

Advertisement

Baca juga : Berapa Perlu Simpan Kalau Mahu Bersara RM1 Juta ?

Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk memastikan simpanan kita cukup bila bersara nanti. Jika anda dapatkan khidmat konsultansi perunding kewangan yang bertauliah, pelbagai faktor yang diambil kira untuk memastikan anda betul-betul bersedia untuk bersara.

Meskipun begitu, jangan risau bagi mereka yang rasa kurang yakin nak bersara. Berikut 5 sumber pendapatan yang anda tak sangka boleh jadi pelampung tambahan tika bersara nanti.

 

Langsai hutang

Semakin dekat umur kita dengan persaraan, sebenarnya komitmen kita sepatutnya makin berkurang. Ini kerana hutang-hutang bank yang kita pikul bertahun-tahun kebiasaannya akan selesai pada penghujung tempoh pekerjaan kita.

Dalam konsultasi kewangan pun, perkara ini akan diambil kira. Sebab itu, bila bersara nanti biasanya belanja bulanan tidaklah setinggi seperti gaji bulanan kita yang terakhir. Secara logiknya, jika kita ada pencen atau dana persaraan seperti KWSP, ia cukup untuk tampung belanja bulanan ketika bersara.

Tambahan, anak-anak dah besar dan mampu berdikari serta bekerja sendiri. Jadi, ibu bapa tidak perlu lagi peruntukkan perbelanjaan untuk anak-anak.

Perbelanjaan yang sepatutnya digunakan untuk tampung komitmen hutang bank dan anak-anak itu tadi, bila dah bersara nanti akan menjadi sumber pendapatan ‘ekstra’ .

Jadi, kenalah tetapkan matlamat untuk langsaikan hutang sebelum bersara lagi.

 

Buat Refinancing Pinjaman Rumah

Disebabkan pinjaman perumahan dah selesai tetapi anda tiada simpanan persaraan yang mencukupi, anda mungkin boleh buat refinancing.

Tapi benda ni tak digalakkan sangat. Ini kerana refinancing ni ibaratnya anda buat hutang baru untuk rumah anda. Lagi-lagi usia dah lanjut, tambah komitmen ni boleh dikatakan cari pasal juga.

Namun, bagi yang dihimpit dengan hutang-hutang yang kadar faedahnya tinggi seperti kad kredit, mungkin ini cara yang sesuai untuk tutup hutang kad kredit tersebut. Disamping ada cash back yang boleh dijadikan dana persaraan anda.

Walaubagaimanapun, anda kenalah dapatkan nasihat perunding kewangan bertauliah untuk pastikan tindakan yang anda buat ni betul atau tidak.

 

Jual Barang Online

Bila dah makin berusia ni, ada yang mula fikir untuk kurangkan barang-barang yang dimiliki. Kadang-kadang banyak je barang yang masih elok tapi sudah tidak digunakan lagi atas faktor umur yang meningkat.

Jadi, jual barang-barang yang sedia ada boleh jadi satu ikhtiar untuk tambahkan dana persaraan anda.

Ada juga yang bila dah masuk umur persaraan, mereka jual beberapa aset lebihan mereka seperti rumah dan kereta untuk pastikan dana persaraan mereka cukup.

Selain itu, hobi waktu bersara juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Contohnya yang sedang trending sekarang ni adalah tanaman kebun bandar.

Itulah 3 idea sumber pendapatan ketika bersara nanti. Walau apa pun yang anda buat, simpanan untuk persaraan ni sangat penting. Kalau tidak, pening kita nanti. Jadi, mulakan menyimpan dari sekarang dan melabur ditempat yang betul untuk dana persaraan anda. Kalau tak nak pening-pening, jumpa je dengan perunding kewangan yang bertauliah. Mereka pakar dalam hal ini.

 

Sumber :

 

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.