fbpx

3 Syarikat Gergasi Yang Terciduk Kerana Tidak Mahu Berubah

0 1,077

Dalam berniaga, kita mesti senantiasa mengikut arus bagi memastikan syarikat terus untung dan relevan. Walau bagaimanapun, boleh sahaja jika anda kekal dengan cara lama tetapi syarikat tidak akan berkembang.

Hal sebegini anda boleh jumpa di Jepun apabila terdapat beberapa perniagaan yang telah bertambah selama 1000 tahun. Apa-apapun jila syarikat anda sudah besar dan mendominasi dunia, jangan ego untuk tidak mahu berubah. Berikut adalag 4 syarikat gergasi yang terciduk kerana tidak mahu berubah.

Advertisement

  1. Toys R Us

Suatu ketika dahulu Toys R Us merupakan antara syarikat alat pemainan terbesar di dunia tetapi hari ini telah menutup kesemua cawangannya di Amerika Syarikat. Semua ini berpunca daripada ketidakmampuan Toys R Us beradaptasi dengan platform e-dagang. Hal ini diburukkan lagi dengan kehadiran Amazon yang terus membunuh Toys R Us secara perlahan-lahan. Syarikat lain juga terkesan tetapi bezanya mereka segera bangunkan platform e-dagang sendiri. Manakala Toys R Us masih selesa dengan cara lama.

Bukan itu sahaja, Toys R Us juga gagal berinovasi dengan teknologi yang semakin canggih. Hari ini, permainan berbentuk fizikal semakin kurang diminati oleh kanak-kanak. Permainan digital pula semakin mendapat tempat. Tapi apa yang Toys R Us buat hanyalah keluarkan permainan fizikal baru sahaja.

  1. Kodak

Ingat tak masa kecil dahulu jika mahu bergambar pasti kita akan perlukan filem daripada Kodak. Boleh dikatakan ketika itu, jenama Kodak sangat popular sehingga mampu mendominasi pasaran kamera dunia. Walau bagaimanapun, hari ini Kodak telah pun terciduk dan muflis. Macam mana Kodak boleh muflis?

Semuanya berpunca daripada keegoaan Kodak yang tidak mahu berubah kepada kamera digital. Padahal pesaing mereka iaitu Fuji Film semakin perlahan-lahan mula memasuki pasaran kamera digital. Kodak pula masih yakin bahawasanya kamera filem masih mendapat tempat di hati pengguna.

Tanggapan itu meleset apabila pengguna mula menggunakan kamera digital. Malah kamera digital juga dikatakan murah dan miliki gambar beresolusi tinggi berbanding kamera filem. Walau bagaimanapun, Kodak masih yakin untuk mengeluarkan kamera filem sehinggakan mereka terkeluar daripada pasaran.

Lantaran dari itu Kodak mula memfokuskan diri untuk mencipta kamera digital tetapi telah terlambat. Tak lama selepas itu Kodak terus muflis dan kembali ke negeri cacing.

  1. Nokia

Tahukah anda, suatu ketika dahulu Nokia telah mendominasi pasaran telefon bimbit sehingga membuatkan jenama lain seperti Samsung dan Motorola menjadi anak kecil yang menangis di pinggir hutan.

Semua itu sirna apabila Nokia mula yakin untuk menguasai pasaran selama-lamanya. Malah kehadiran sistem operasi Symbian semakin menunjukkan keyakinan mereka.

Pada satu sudut lain, Samsung pula giat membangunkan model telefon pintar dengan sistem operasi Android. Dalam masa yang sama Apple pula sedang membangunkan sistem operasinya sendiri.

Kehadiran iPhone dan siri Galaxy Samsung telah menyentak penguasaan Nokia. Dari sehari ke sehari, Apple dan Samsung mula mendominasi pasaran telefon pintar dunia. Tak boleh jadi ni, Nokia pun berkerjasama dengan Microsoft untuk menghasilkan windows phone dengan nama Lumia.

Projek itu gagal menambat hati pengguna dan Nokia terpaksa menjual sepenuhnya Lumia kepada Microsoft. Sejak itu, Nokia masih lagi tidak mampu untuk bangkit dan hanya bernostalgia tentang kenangan lama.

Apa yang boleh disimpulkan beradaptasi adalah satu cara untuk kita kekal bersaing. Bukan tidak boleh untuk kekal dengan cara lama tapi pastikan ianya memberikan nilai kepada pelanggan. Jika tidak, anda akan dilupa secara perlahan-lahan sehingga serasa tidak wujud.

RUJUKAN:

Ezdia. (2019, Mac 11). Toys R Us failed. Here are the main reasons why. Dipetik daripada https://www.ezdia.com/toys-r-us-failed-here-are-the-main-reasons-why/

Sandeen, P. (n.d). Why Nokia’s marketing strategy failed. Dipetik daripada https://petersandeen.com/nokia-marketing-strategy-fails/

Taneja, Y. (2021, Januari 24). Why did Kodak fail? Startup Talky. Dipetik daripada https://startuptalky.com/kodak-bankruptcy-case-study/#freelancing_WhyDidKodakFail?

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.