fbpx

3R Untuk Kurangkan Cukai

0 277

Tahukah anda cukai boleh dijimatkan sehinggal 50% ke 70%!!! Dan ia adalah sah di sisi undang-undang!

Kebanyakan rakan & pelanggan yang saya jumpa, buat potongan cukai berjadual setiap bulan terlepas pandang 3 perkara penting di bawah.

Advertisement

Ia dapat mengurangkan jumlah cukai secara sah di sisi undang-undang.

3 perkara itu ialah 3R berikut:

 

1. RELIEF

Relief merujuk kepada pelepasan cukai, berbeza dengan pengecualian atau rebat cukai. Ia disediakan khas untuk individu.

Kita perlu mengetahui dan memahami setiap pelepasan cukai supaya kita hanya membayar jumlah cukai yang sepatutnya sahaja.

Setiap tahun kerajaan akan umumkan insentif-insentif tertentu untuk tujuan ini.

 

2. REBATE

Rebat merujuk kepada amaun yang memberi kesan langsung ke atas amaun cukai. Ia beri kesan paling besar ke atas amaum cukai.

Rebat cukai pula terbahagi kepada dua iaitu rebat diri dan rebat zakat.

Rebat zakat memberi kesan besar kepada pembayaran cukai kerana ia mengurangkan amaun baki cukai yang perlu dibayar.

Ramai yang tak tahu, zakat fitrah pun boleh digunakan untuk tujuan rebat cukai.

Baca juga: Bagaimana Dapatkan Bayaran Balik Cukai Semaksimum Mungkin?

 

3. REVIEW

“Tax Review”; Ini paling ramai yang tak buat.

Cara paling mudah ialah dengan cara membuat kiraan semula cukai yang anda buat, dan akan kesan bahagian yang boleh ditambah atau dikurangkan.

Ia bagi memastikan untuk memberi kesan yang baik pada tahun-tahun mendatang.

Mudahkan?

Sebenarnya dengan 3 kaedah di atas, kita boleh kurangkan sehingga 50% ke 70% pembayaran cukai! Malah mungkin juga 90%.

Belum daftar cukai pendapatan? Ikut langkah-langkah dalam artikel ini: Cara Daftar Cukai Pendapatan Dengan Mudah

Afyan merupakan seorang perunding kewangan berlesen (IFP) dan sering berkongsi tentang pengurusan kewangan di laman sosial dan blog beliau.
daftar-cukai-pendapatan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.