fbpx

4 Amalan Mudah Untuk Jejak Langkah Jutawan Ini

0 340

Kita sendiri sangat cenderung untuk menganggap kejayaan ini adalah daripada aspek kekayaan dan pencapaian semata-mata. Lagi-lagi orang kita ni jenis nak jadi jutawan cepat.

Hal itu tidaklah salah tetapi apabila kita terlalu obsess untuk mencapai kejayaan, kita mengabaikan pengorbanan untuk sampai ke sana. Ramai daripada kita tidak sanggup untuk mengorbankan sesuatu untuk kejayaan yang lebih besar.

Advertisement

Menurut Warren Buffet, masa adalah faktor paling utama dalam melakukan pengorbanan. Beliau sendiri menyatakan bahawasanya beliau mampu beli apa-apa sahaja di dunia tetapi tidak dapat membeli masa.

Hal ini demikian kerana untuk menyelaraskan hobi dengan pendapatan yang tinggi, anda perlu menyingkir aktiviti-aktiviti tidak berfaedah.

Sebagai contoh, anda mahu menanam sayur-sayuran tetapi dalam masa yang sama anda sangat leka melayan Netflix dan televisyen. Persoalannya, mampukah anda untuk memastikan sayur-sayuran itu hidup subur dengan tabiat sedemikian rupa?

Berikut adalah beberapa perkara yang dilakukan oleh Warren Buffett dan Bill Gates untuk lebih berjaya dalam hidup.

 

1. Tinggalkan Aktiviti Tidak Bermanfaat

Kredit: CNBC

Walaupun Bill Gates mampu menjana berbilion dolar melalui rasa cintanya kepada teknologi, beliau masih lagi tidak membiarkan dirinya terlibat dalam perkara yang remeh temeh.

Bill Gates sendiri telah berhenti mendengar muzik dan menonton televisyen pada umur 20-an dan terus memusatkan fokuskan kepada penghasilan teknologi.

Malahan, beliau juga menerapkan perkara yang sama terhadap anak-anaknya. Beliau tidak membenarkan anaknya memiliki sebarang telefon bimbit sehingga mereka berusia 14 tahun yang dianggap tidak beri sebarang kebaikan.

 

2. Lakukan Hobi Yang Beri Pulangan Tinggi

Carilah hobi menyenangkan hati anda tetapi dalam masa yang sama mampu memberi pulangan begitu tinggi. Walau bagaimanapun untuk menjana hobi kepada keuntungan berlipat kali ganda bukanlah mudah.

Kita ambil contoh mudah seperti Soloz, beliau memerlukan masa yang begitu lama untuk menukarkan hobinya kepada pendapatan yang sungguh lumayan.

Menurut Warren Buffett, hobi ini boleh diibaratkan seperti bermain daun terup dengan kawan-kawan. Hal ini demikian kerana permainan tersebut memerlukan masa, strategi dan taktik yang bagus untuk memenanginya.

Dalam permainan daun terup pada setiap 10 minit anda perlu memikirkan cara untuk menang dan ianya akan sentiasa berubah-ubah. Samalah juga jika anda ingin mengukur untung rugi sesebuah pekerjaan.

Warren Buffett sendiripun miliki hobi membaca buku untuk sepanjang hayatnya. Apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Buffett menjawab

“baca 500 muka surat setiap hari kerana begitulah pengetahuan akan berfungsi dan akan sentiasa bertambah seperti bunga hutang”.

Sehingga ke hari ini Buffett banyak menghabiskan harinya dengan membaca.

 

3. Manfaatkan Masa

Tahukah anda, kejayaan Bill Gates adalah berasaskan kepada peraturan 10,000 jam, bagaimana?

Peraturan itu memperlihatkan setiap kemahiran tinggi itu memerlukan 10,000 jam untuk dikuasai.

Bill Gates menggunakan kaedah ini untuk menguasai kemahiran pengaturcaraan (programming).

Ramai daripada kita sememangnya tidak mampu meluangkan 10,000 jam untuk mempelajari sesebuah kemahiran kerana mungkin akan digelar sebagai tiada kehidupan.

Hasilkan daripada peraturan 10,000 jam, Bill Gates berjaya temui kesukannya lalu menguasai kemahiran itu dan bikin ianya menjadi sebuah perniagaan yang menguntungkan.

Anda juga boleh mengikut jejak langkah Bill Gates dengan syarat anda mengetahui potensi dan kemampuan untuk anda menjana keuntungan.

 

4. Jangan Terlalu Rigid

Usah khuatir kerana anda masih lagi boleh menikmati hidup seperti biasa dan melayan siri Neflix dihujung minggu. Bill Gates sendiripun tidak mendengar muzik dan menonton televisyen hanya sekitar 5 tahun sahaja.

Beliau berbuat demikian kerana ingin mengurangkan aktiviti yang kurang membawa manfaat.

Jika anda rasa tidak bersemangat untuk meneruskan perkara yang anda sedang buat hari ini, dengarlah lagu daripada XPDC.

“Semarak impian segunung harap dipulang, usahlah diragukan keupayaan diri”.

 

Baca juga artikel top yang mendapat perhatian pembaca berkenaan Warren Buffet iaitu : Apa Persamaan Arsene Wenger & Warren Buffet

Source Popomaronis, T. (2019, Januari 28). Warren Buffett and Bill Gates prove that quitting this 1 bad habit will help make you more successful in life. CNBC.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.