fbpx

4 Cara Berjimat Yang Boleh Dicontohi Dari Filem Tangkai Jering

0 614

Beberapa hari lepas aku ada tonton filem Tangkai Jering. Kebetulan juga pengarah filem ini adalah bekas dekan di tempat aku belajar.

Advertisement

Filem ni cerita tentang watak Yassin yang sangat kedekut tahap melampau tapi aku ada perspektif lain. Jadi aku akan senaraikan 4 tip berjimat daripada filem tersebut.

  • Kurangkan makan di luar

Dalam filem itu watak YB terkejut melihat Yassin hanya order air panas kosong sahaja ketika lepak di mamak. Yassin pun keluarkan sepaket kopi untuk dibancuh dengan air panas. Menurut Yassin itu adalah jimat

Dalam konteks zaman sekarang, tindakan itu tampak logik. Ini kerana harga minuman paling murah adalah RM2.

Malah kos anda makan di luar setiap hari boleh mencecah RM50 seminggu jika di mamak.  Bagaimana pula jika anda suka makan fastfood? Ya pasti kos akan meningkat berkali ganda.

Jadi kalau nak berjimat dalam membeli makanan, aku ada sediakan tips. Klik je DI SINI

  • Downgrade gaya hidup

Lepas sahaja berborak pasal kopi dan air panas, YB tanya kepada Yassin bagaimana nak berjimat dengan lebih efisien? Yassin berkata bahawasanya YB perlu berhenti merokok, jual kereta dan jual telefon bimbit. Lebihan duit daripada penjimatan itu boleh digunakan untuk keluarga.

Apa yang Yassin cakap ada logiknya kerana harga rokok memang mahal. Rokok John dan U2 pun harganya sudah sama macam Suria, jadi sukar nak cari rokok murah.

Tahukah anda 36% rakyat Malaysia muflis kerana pinjaman kenderaan. Ramai orang fikir, membayar ansuran kereta sahaja sudah cukup. Padahal anda juga perlu bayar roadtax dan maintenance. Itulah kita banyak terlupa

Hari ini juga ada yang sanggup berhutang untuk beli telefon pintar baru. Apa yang penting, biar papa asalkan bergaya. Ianya juga berkait rapat dengan cara masyarakat kita yang lebih gemar memandang materi sebagai tanda kejayaan. Cara itu tidak sihat kerana jika terjadi apa-apa, anda akan kehilangan duit untuk bayar secara ansuran.

Nak berhutang boleh tapi pastikan ada simpanan kecemasan dan amaun yang cukup dengan harga telefon pintar.

  • Tamatkan semua jenis langganan

Disebabkan tinggal seorang, Yassin tidak membuka lampu bagi menjimatkan elektrik. Dia lagi rela gunakan torch yang mampu menerangi bilik.

Dalam situasi lain pula, Yassin ada membaca surat khabar secara senyap-senyap tanpa memberitahu Pak Pie. Tapi akhirnya kantoi dengan Pak Pie. Yassin cakap, kita kena kongsi untuk berjimat.

Jadi dalam konteks sekarang, anda boleh tamatkan segala langganan online jika tidak pakai dan hanya bersifat individu. Kalau mahu pakai juga, boleh berkongsi tapi mesti bayar bersama. Jangan jadi macam Yassin.

  • Perancangan masa hadapan

Dalam satu babak watak Milah ada mempersoalkan tindakan Pak Pie yang mahu kurangkan hantaran. Pak Pie jawab, perkahwinan besar-besaran hanya sekali sahaja. Membazir jika gunakan banyak wang. Kehidupan selepas kahwin lebih penting.

Isu ini sebenarnya sangat membarah dalam masyarakat sehingga dijadikan wacana tanpa henti. Kehadiran Covid-19 juga telah memberi jawapan kepada masalah itu apabila kos perkahwinan turun menjadi RM5k sahaja. Jadi nak buat apa-apapun, pastikan ada perancangan masa hadapan. Jangan terlalu bermegah hanya kerana mahu pujian masyarakat tetapi di masa hadapan, masyarakat langsung tak pedulikan kesusahan anda.

Tapi itulah bila kau jimat gaya Yassin dalam filem Tangkai Jering, confirm susah perempuan nak lekat. Apa-apapun, itu tak penting. Kena fikirkan diri sendiri dan keluarga yang lebih penting.

Sekian.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.