fbpx

4 Cara Untuk Mempromosi Content Anda Di Media Sosial?

0 115

Dewasa ini, content creator ataupun pembikin intisari semakin menjelma berikutan hal tersebut juga membolehkan kita semua menjana wang. Walau bagaimanapun, ramai diantara kita gagal untuk menjadikan intisari itu diminati oleh ramai orang.

Bukan itu sahaja, permintaan dan penawaran juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan intisari yang diminati oleh orang ramai. Di Malaysia, intisari berbentuk parodi, makanan dan nyanyian lebih mendapat tempat.

Advertisement

Bagaimana pula dengan artikel? Ianya bergantung kepada topik apa yang ingin dibicarakan. Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunapakai untuk mempromosi intisari kita.

1. Cari Platform Yang Sesuai

Dalam zaman yang begitu moden ini terdapat begitu banyak platform yang boleh kita gunakan untuk memuatnaik intisari. Platform paling terkenal yang kebiasaannya menjadi pilihan adalah facebook dan twitter.

Kelebihan yang pada kedua-dua platform tersebut bikin orang ramai suka berkongsi intisari di sana. Bagaimana pula facebook dan twitter boleh menjadi tempat yang begitu ideal untuk menyampaikan intisari?

Facebook menjadi pilihan kerana di situ adalah gelanggang golongan intelektual bermain. Malahan ketiadaan limit perkataan yang boleh ditaip bikin orang ramai bebas menulis seberapa banyak perkataan mereka mahukan.

Bagi twitter pula, kehadiran bebenang membolehkan banyak topik dibualkan. Kalau nak tahu, capaian twitter lebih pantas berbanding facebook dan hal ini menjadi asbab ramai pembikin intisari generasi muda berkampung di sana.

2. Pilih Platform Yang Lebih Spesifik

Semua tahu bahawasanya facebook dan twitter merupakan platform perkongsian yang agak tradisional. Apa kata anda mulakan perkongsian di platform baru yang lebih memberi manfaat kepada anda.

Mungkin anda mula dengan plaform LinkedIn dengan berkongsi pelbagai intisari menarik dan bermanfaat.

Buat pengetahuan anda semua, LinkedIn adalah sebuah platform untuk para majikan mencari pekerja berkualiti. Jika bernasib baik, anda mungkin akan diambil bekerja berdasarkan perkongsian di sana.

Terdapat satu platform yang anda boleh gunakan untuk berkongsi intisari secara visual iaitu TikTok. Jangan ingan platform ini sekedar bergelek sahaja kerana ianya lebih daripada itu.

Bayangkan di sana, terdapat beberapa individu yang telah berkongsi beberapa intisari menarik menggunakan visual.

Beberapa usahawan juga telah menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan barangan mereka. Jadi mengapa tidak untuk anda mencuba nasib di sana?

3. Snowbal Effect

Bayangkan anda beberapa akaun yang digunapakai untuk berkongsi tentang intisari cipataan anda. Di facebook, intisari anda sering mendapat sambutan manakala di twitter, anda seseolah syok sendiri.

Jadi bagaimana mahu selesaikannya? Di setiap hantaran facebook, anda boleh sertakan sekali pautan ke twitter bagi orang ramai lebih memahami kerana ciapan boleh disertakan gambar.

Jika anda seringkali terbaca komen berbentuk begini “tulis panjang sangat, lukis boleh”, anda boleh sertakan sekali pautan ke TikTok bagi mereka yang malas membaca.

Secara tidak langsung, sambutan terhadap intisari anda di twitter dan TikTok akan meningkat berkali ganda. Cara ini juga banyak kali digunakan oleh pempengaruh (influencer) di facebook apabila mereka masuk ke alam twitter.

4. Bikin Intisari Jadi Duit

Apabila anda sudah miliki pengikut sendiri terhadap intisari yang dihasilkan, anda boleh menjana duit melaluinya. Persoalannya, bagaimana mahu jana duit?

Cara pertama anda boleh muatkan segala intisari anda terutamanya yang berbentuk penulisan ke dalam wordpress. Anda boleh bangunkan laman web sendiri melalui wordpress sehingga ianya mampu menjana duit.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjana wang melalui video-video menarik yang dihasilkan. Jika anda miliki halaman facebook dan ianya mula hasilkan duit anda boleh letakkan video berdurasi tidak kurang daripada 1 minit.

Bayangkan, video anda itu ditonton dalam lebih kurang 200k penonton, di siu sahaja anda akan dapat menjana sedikit keuntungan. Jadi anda boleh jadikan hobi dan perkongsiaan ini sebagai salah satu cara untuk dapatkan pendapatan tambahan.

Source Marketing Examples. (n.d). How I promote my content.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.