
4 Cara Untuk Menjadi Pengguna Kad Kredit Yang Bijak
Tidak semua insan memerlukan kad kredit dalam kehidupan seharian mereka terutamanya yang berada di ranah B40.
Malahan mereka yang cenderung untuk membazir dan menayang harta juga tidak digalakkan memiliki kad kredit.
Advertisement
Hal ini demikian kerana dibimbangi kad kredit akan menjadi beban menyakitkan kerana ketidakmampuan melunaskan hutang.

Individu seperti ini juga akan menyebabkan simpanan dan aliran tunai menjadi negatif sehingga boleh membawa kepada muflis.
Namun jika kad kredit digunakan dengan bijak, pasti ianya akan membantu hidup anda menjadi lebih sejahtera. Berikut adalah 5 cara untuk menjadi pengguna kad kredit yang bijak.
1. Bayar Bil Tepat Pada Waktunya
Kata kunci paling penting adalah “tepat pada waktunya”. Bermakna segala bil perlu dilangsaikan mengikut waktu yang telah diberikan dan ditetapkan.
Sebagai contoh, anda miliki bil kad kredit RM2000 pada Mei dan anda perlu selesaikan kesemuanya pada hujung bulan yang sama.
Jika anda hanya mampu membayar separuh atau pada kadar minimum, anda perlu membayar bunga sebanyak 18% pada bulan berikutnya.
2. Gunakan 30% Daripada Had Limit Kad Kredit
Andai kata anda memperolehi pendapat RM4000 sebulan. Anda boleh mendapatkan kad kredit dengan had limit sebanyak dua hingga tiga kali ganda daripada pendapatan. Misalnya anda menetapkan limit itu adalah sekitar RM12000.
Jadi anda hanya boleh gunakan 30% atau RM3600 daripada had limit tadi. Dengan itu pihak bank akan menganggao anda hanyalah seorang peminjam berisiko rendah dan boleh membayarnya tanpa sebarang masalah.
Cara ini juga boleh digunakan memohon pinjaman baru, tidak kiralah pinjaman kereta, rumah ataupun peribadi.
Baca juga: 3 Strategi Langsai Hutang Ini Mungkin Boleh Bantu Anda
3. Gunakan Kad Kredit Dalam Urusan Jual Beli
Katakanlah anda mahu membeli komputer riba jenama Asus ROG dengan harga RM5000. Anda boleh gunakan kad kredit untuk membeli Asus ROG untuk menikmati kelebihan yang tiada disediakan jikai dibayar menggunakan tunai.
Persoalannya, bagaimana membeli Asus ROG tanpa bunga dengan menggunakan kad kredit dapat memberikan anda membayar secara ansuran selama 12 bulan ataupun 24 bulan?
4. Berfikir Dahulu
Anda boleh sahaja membeli Asus ROG berharga RM5000 dengan bayaran ansuran sebanyak RM208 untuk ansuran 24 bulan. Namun itupun jika anda tidak membuat pembelian lain dengan menggunakan kad kredit yang sama.
Kehadiran kad kredit membenarkan kita membeli sesuatu barang ataupun produk tanpa menggunakan wang tunai. Walau bagaimana jika sudah terbiasa, ianya akan memberi kesan buruk kepada kita.
Sebagai contoh, anda membeli begitu banyak barang dengan kad kredit melalui pembayaran ansuran dan tidak dapat menyelesaikannya tepat pada waktu. Anda perlu membayar bunga sehinggalah hutang kad kredit anda tidak dapat dikawal.
Dengan itu, anda harus sedar bahawa anda harus melupakan pembelian barangan dengan pembayaran tanpa bunga walaupun itu adalah kegemaran anda.
Bacaan berkaitan: Bayaran Minimum Kad Kredit, Satu Perangkap Tanpa Kita Sedari