fbpx

4 Jenama Terkenal Yang Bermula Dengan Produk Lain

0 556

Sesebuah jenama itu akan menjadi terkenal apabila produk yang ditawarkan itu mendapat permintaan tinggi serta berguna kepada pengguna.

Jika anda seorang peniaga, pasti anda sudah miliki produk sendiri dan pasaran yang sudah dikenali bagi memulakan bisnes. Walau bagaimanapun, tahukah anda terdapat juga beberapa peniaga yang bermula dengan produk lain dan hari ini menjual produk lain. Salah satunya adalah Samsung yang bermula sebagai sebuah kedai runcit menjual ikan sahaja. Hari ini sudah menjadi antara pemain utama dalam pasaran telefon pintar.

Advertisement

Jadi berikut merupakan 4 jenama terkenal yang bermula dengan produk lain dan hari ini menjual produk lain.

1. Cadbury

Cadbury yang digagaskan oleh John Cadbury pada asalnya merupakan sebuah kedai tepi jalan menjual air balang seperti coklat, teh beng dan kopi ping sahaja. Tujuan utama kedai itu ditubuhkan adalah untuk menamatkan dominasi produk beralkohol serta memberikan alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan minuman yang tidak memabukkan.

John Cadbury mula memfokuskan perniagaannya kepada minuman berasaskan coklat kerana mendapat permintaan yang sangat tinggi. Hal itu menyebabkan John Cadbury tidak mampu meneruskan perniagaan lantas menyerakan syarikat itu kepada anak-anaknya.

Bermula sejak itu syarikat Cadburry mulai fokus untuk menghasilkan coklat dan meninggalkan terus gerai air balang tepi jalan. Hasilnya, Cadbury berjaya menjadi antara pemain utama dalam industri coklat global.

2. Avon

Rasanya kita semua terutamanya wanita pasti mengenali Avon yang menjadi perintis kepada penjualan alat solek secara langsung menggunkan ejen. Namun tahukah anda, pada asalnya Avon bermula dengan menjual buku sahaja. Macam mana boleh menyimpang jauh tu?

Semuanya bermula apabila pengasas Avon iaitu David H.Mcconel telah meletakkan sampel minyak wangi dalam setiap buku yang dijual. Strategi ini digunakan bagi membeza Avon dengan pemain industri yang lain serta menarik pelanggan baru.

Lama-kelamaan, David H.Mcconel melihat pelanggan membeli buku hanya untuk dapatkan sampel minyak wangi sahaja. Bermula dari situ, David H.Mcconel mula menukar produk perniagaannya kepada minyak wangi dan berkembang menjadi alat solek seperti hari ini.

3. Colgate

Sebut sahaja Colgate, pasti kita semua akan terbayangkan ubat gigi. Tidak kiralah jenama apa yang anda gunakann sekalipun, nama Colgate seseolah sudah sebati sebagai pengganti kepada ubat gigi. Namun begitu, tahukah anda pada asalnya produk yang ditawarkan Colgate adalah sabun dan lilin sahaja. Macam mana boleh berubah?

Semuanya bermula dengan William Colgate yang mewarisi perniagaan sabun dan lilin daripada ayahnya. Apabila perniagaannya berkembang, William Colgate telah mengeluar produk ubat gigi. Tanpa dapat disangka, produk ubat gigi mendapat sambutan hanya lantas membuatkan William Colgate tinggalkan perniagaan berasaskan sabun dan lilin.

4. Nokia

Sebut sahaja tentang Nokia, kita semua tahu jenama telefon bimbit berasal daripada Finland ini pernah menguasa pasaran suatu ketika dahulu. Tapi hari ini Nokia adalah anak kecil disamping jenama-jenama besar seperti Apple dan Huawei.

Tahukah anda Nokia yang kita kenal ini bukanlah seperti Nokia pada permulaan pernubuhannya. Hal ini demikian kerana, Nokia pada asalnya ditubuhkan untuk menjadi sebuah syarikat penghasilan kertas.

Tapi lama-kelamaan Nokia mula mengubah model perniagaannya sehingga berjaya menjadi gergasi telefon bimbit dunia.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.