fbpx

4 Kategori Amanah Saham

0 203

Terdapat banyak jenis pembahagian amanah saham dalam pasaran.

Info berkenaan kategori amanah saham ini kita boleh peroleh dalam fund fact sheet setiap dana amanah saham.

Advertisement

Bagi yang tidak mengenali apa itu fund fact sheet, ia adalah ibarat surat beranak bagi sesuatu dana. Untuk ketahui kategori sesuatu dana, kita boleh lihat dalam fund fact sheet dibahagian atas.

Berikut 4 kategori utama yang berada dalam pasaran.

Ekuiti & Pendapatan Tetap (Equity & Fixed Income)

Dana ekuiti adalah amanah saham yang dilaburkan dalam pasaran saham, manakala dana pendapatan tetap pula amanah saham yang dilaburkan dalam bon dan sekuriti.

Kebiasaannya dana ekuiti dikenali sebagai dana yang agresif dan dana pendapatan tetap pula dana yang konservatif.

Dana Agresif (100% Ekuiti)

 

Dana Konservatif (100% Pendapatan Tetap)

 

Ditengah-tengah antara agresif dan konservatif pula terdapat dana seimbang (balance fund) dimana mempunyai bahagian dalam ekuiti dan juga bahagian dalam pendapatan tetap. Contohnya seperti Dana Makmur Pheim :

 

Dana Kapital Besar dan Kecil

Kategori lain yang biasa kita dengar adalah big cap & mid-small cap.

Kategori big cap merujuk kepada saiz dana yang bernilai lebih RM10 bilion. Manakala kategori small cap pula saiz dananya lebih rendah daripada RM1 bilion. Saiz dana diantara big & small cap tergolong dalam kategori mid cap.

Saiz nilai dana juga boleh diperoleh daripada fund fact sheet.

Dana Makmur Pheim

 

Kebiasaannya saiz dana berkadar songsang dengan risiko pelaburan. Semakin besar saiz dana, semakin kurang risikonya.

Jadi, pelabur yang mempunyai selera risiko yang rendah akan lebih cenderung melabur dalam dana yang mempunyai saiz dana yang besar.

 

Rantau Pelaburan

Cara kategori yang lain adalah menggunakan geografi dimana tempat atau negara yang dilaburkan oleh sesuatu dana.

Contohnya, jika dana itu diberi mandat sebagai dana ekuiti Asia ex-Japan, ini bermaksud dana tersebut buat pelaburan di negara-negara Asia kecuali Jepun.

Tip untuk ketahui dana-dana mengikut kategori yang dikehendaki, anda boleh layari laman web Morning Star dan gunakan fund selector tools.

 

Tema Dana

Terdapat juga dana yang dibentuk mengikut tema-tema tertentu seperti dana yang melabur dalam syarikat-syarikat berkaitan teknologi sahaja.

amanah-saham-teknologi

 

Pentingnya tahu beberapa kategori dalam amanah saham adalah supaya anda boleh pelbagaikan pelaburan amanah saham anda.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.