fbpx

4 Nasihat Datuk Ramly Mokni Kepada Mereka Yang Ingin Mulakan Perniagaan

0 1,735

Datuk Ramly Mokni adalah pengasas kepada produk berjenama Ramly yang sangat dekat dengan hati rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, beliau menghadapi pelbagai jenis rintangan sebelum berada di tahap sekarang.

 

Salah satunya adalah pinjaman beliau telah ditolak oleh pihak MARA atas alasan rakyat Malaysia tidak makan burger.

 

Advertisement

Selepas itu, pihak bank pembangunan telah menerima permohonan pinjaman beliau dan terhasilkan Ramly seperti yang kita kenal hari ini. Berikut adalah nasihat beliau kepada mereka yang ingin mulakan perniagaan.

1. Berani dan bijak mengambil peluang

Bo leh bermula dengan modal yang kecil untuk menghasilkan produk sendiri dan membuka premis kecil-kecilan. Kalau bijak dan berani, anda boleh terokai pasaran baru sama sebagaimana Datuk Ramly Mokni tetapi harus bersedia dengan risiko kerugian.

 

Jika semua itu berjaya, anda akan menikmati keuntungannya malahan bakal mendominasi pasaran tanpa pesaing yang mampu menggugat.

 

Ramly Burger sendiri memerlukan masa lebih kurang dua tahun sebelum ianya diterima oleh kesemua lapisan masyarakat. Jadi, apa alasan anda untuk tidak menjadi berani dan bijak?

 

2. Tidak mudah berputus asa

Peniaga harus berusaha dalam memajukan perniagaan dengan menggunakan teknologi terkini. Hari ini, begitu banyak badan yang menawarkan pinjaman untuk mengembangkan perniagaan dan anda gunakan kesempatan itu.

 

Jika pihak penjiman A tidak luluskan pinjaman anda, boleh mohon kepada peminjam B sehinggalah ianya lulus.

 

Anda harus bersedia dengan pelbagai dugaan yang mendatang dan terus yakin dengan perniagaan tersebut. Jika ada apa-apa tuduhan, jawab dan bidas dengan cara professional tanpa menjatuhkan kredibiliti perniagaan anda.

 

3. Mampu untuk bertahan

Keadaan ekonomi yang mencabar dan gawat adalah perkara biasa dalam perniagaan. Jadi bila ekonomi sudah gawat, fokus perniagaan bukan lagi untuk menjana keuntungan tetapi sekadar cukup untuk balik modal dan bertahan.

 

Kebiasannya mereka yang sudah lama dalam dunia perniagaan, pasti miliki simpanan untuk menghadapi tempoh kegawatan ekonomi.

 

Jadi kepada peniaga di luar sana, anda perlu betul-betul bersedia menghadapi saat sukar. Jika tidak mungkin syarikat anda akan terkubur tapi kalau mampu, anda akan mencapai keuntungan pada ketika ekonomi berkembang.

 

4. Hidup berprinsip

Perkara paling penting untuk mulakan perniagaan adalah memiliki prinsip yang jelas. Antara prinsip yang dipegang oleh Datuk Ramly Mokni adalah jujur, rajin, berusaha bersungguh-sungguh, membantu orang yang memerlukan dan membayar zakat.

 

Prinsip ini juga disarankan untuk diguna pakai oleh peniaga-peniaga baru di luar sana.

 

Menurut Datuk Ramly Mokni lima prinsip itu perlu untuk berjaya kerana walau kaya macam mana sekalipun, jika tidak berpegang kepada prinsip tersebut, kita tidak akan mampu bertahan.

 

Jadi kepada anda semua, sudah sediakah untuk mulakan perniagaan baru yang melawan?

Source Eizaz Hasanan. (2016. Disember 30). ‘Fokus sekarang untuk survival’, pesan Dato’ Ramly Burger. The Vocket. Mohd Ezli Mashut. (2017, Disember 9). Legenda burger Ramly: Sebut burger, ingat burger Ramly. SelangorKini. Rai Illani. (2019, Julai 31). Kisah pengasas dan pemilik syarikat Ramly Burger. Iluminasi.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.