
4 Nasihat Kewangan Morgan Housel Kepada Anak Muda
Mengumpul dan menyimpan wang di usia muda bukanlah suatu perkara yang mudah. Hal ini demikian kerana anak muda masa kini sangat terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
Bahkan jika tidak mengikuti peredaran semasa, dikhuatiri anak muda itu akan kehilangan kawan. Walau bagaimanapun tidak salah untuk anda berseronok di usia muda tetapi beringatkan sedikit untuk senantiasa menyimpan wang.
Advertisement
Berikut adalah 4 nasihat kewangan daripada Morgan Housel iaitu seorang kolumnis dan pakar kewangan kepada anak muda.
1. Turunkan Ego Untuk Hidup Bersederhana
Tahukah anda, tabiat berbelanja melebihi pendapatan ini sebenarnya berpunca daripada keegoaan dan peningkatan status sosial anda. Tak salah jika anda mahu berjimat dan turunkan sedikit taraf status sosial anda demi kesihatan kewangan di masa hadapan.
Apabila anda mampu hidup bersederhana dengan menurunkan ego, anda akan perasan bahawasanya ramai yang miliki pendapatan lumayan tetapi punyai sedikit sahaja simpanan.
Jadi hidup ini adalah perjuangan untuk anda tidak menjalani hidup mengikut kehendak majoriti untuk memastikan anda dapat menyimpan wang.
Kebanyakkan orang yang miliki kantung kewangan yang kukuh tidak semua diri daripada mereka berpendapatan tinggi.
Cuma mereka cenderung menggunakan wang itu untuk perkara penting dan lebih bermanfaat. Mereka juga tidak pedulikan pendapat masyarakat, asalkan mereka mampu hidup dan simpan wang untuk masa hadapan.
2. Elakkan Berhutang
Jangan berhutang diusia yang sangat muda dan kalau boleh hindari hutang sejak hari pertama anda sudah berdikari. Walau bagaimanapun, hutang seseolah sukar untuk dielak terutama bagi anak muda yang ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat tinggi.
Mungkin anda boleh mencari jurusan ataupun kursus yang tidak melibatkan pinjaman wang. Sebagai contoh, anda boleh mengambil kursus di pelbagai institusi kemahiran dengan yuran yang murah dan disertakan elaun.
Jika anda tetap mahu ke universiti, pastikan anda mampi mencapai gelaran dekan untuk menukar pinjaman tersebut menjadi biasiswa.
Anda dah terperangkap dalam masalah hutang? Artikel ini mungkin boleh membantu anda : 3 Strategi Langsai Hutang Ini Mungkin Boleh Bantu Anda.
3. Pilih Institusi Pendidikan Yang Boleh Berikan Peluang Pekerjaan
Institusi latihan perindustrian dan kolej komuniti adalah antara institusi pendidikan yang boleh dipilih oleh anak muda untuk melanjutkan pengajian.
Apa yang pasti, ianya terus menawarkan peluang pekerjaan kepada anak muda kerana pada hari ini industri sangat dahagakan graduan baru berkemahiran tinggi.
Jangan terkejut jika graduan daripada institusi latihan perindustrian lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding graduan universiti.
4. Pilih Pekerjaan Berpendapatan Tinggi Walaupun Bukan Minat
Setiap orang pasti ada impian dan minat untuk menjadi sesuatu menjelang dewasa. Persoalannya adalah adakah minat itu mampu memberikan anda pekerjaan yang elok serta cukup untuk anda makan?
Hal ini adalah bagi memastikan anda senantiasa merasa cukup bila tiba hari tua nanti dan tidaklah anda perlu bergolok gadai untuk teruskan hidup.
Namun jika pekerjaan yang anda impikan itu berikan pendapatan lumayan, tidak salah untuk anda pilih.
Paling penting pastikan kos gaya hidup anda tidak menghampiri pendapatan lumayan itu. Jadi anda akan lebih gembira untuk laksanakan kerja tanpa ada tekanan untuk mencapai target tertentu bagi memenuhi kos gaya hidup.
Sumber :