fbpx

4 Negara Di Dunia Tanpa Cukai Pendapatan

0 2,006

Cukai pendapatan adalah cukai dikenakan pada pendapatan individu atau perniagaan (syarikat atau badan hukum lain). Di Malaysia, pembayaran cukai pendapatan adalah wajib apabila gaji anda melebih RM5000.

 

Senang cerita jika gaji anda sekitar RM5001 hingga RM20000, anda perlu membayar lebih kurang RM150.

 

Advertisement

Namun begitu tahukah anda, terdapat beberapa negara yang langsung tidak kenakan cukai pendapatan kepada rakyatnya. Apakah negara-negara tersebut?

 

1. Emiriah Arab Bersatu

Terdapat beberapa negara di Timur Tengah yang tidak kenakan cukai pendapatan, salah satunya adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE). Negara ini miliki ekonomi berdaya saing dan kerbudayaan yang lebih pelbagai berbanding negara-negara lain di rantau Timur Tengah.

 

Hal ini dapat dibuktikan apabila negara itu melalui Abu Dhabi dan Dubai menjadi pilihan pelancong untuk berhibur. Bukan itu sahaja, UAE juga miliki miliki system pendidikan yang begitu baik dengan kadar kefasihan bahasa Inggeris begitu tinggi.

 

2. Bahamas

Bagi menikmati faedah pelepasan cukai pendapatan di Bahamas, ianya sangat bergantung kepada tempat tinggal.

 

Hal ini bermaksud bukan warganegara juga layak menikmati faedah tersebut. Ianya telah menjadikan Bahamas salah satu negara paling mudah untuk mengakses kehidupan yang bebas dari cukai.

 

Namun ada syarat untuk golongan bukan warganegara menikmati pelepasan cukai pendapatan iaitu mestilah tinggal di Bahamas selama 90 hari paling kurang.

 

Jadi kepada anda yang memang culas membayar cukai terutama golongan elitis, bolehlah anda segera berpindah ke negara Bahamas.

 

3. Bermuda

Bermuda adalah sebuah nama yang cukup popular di Malaysia kerana menjadi subjek untuk para pengkagum teori konspirasi.

 

Tahukah anda, Bahamas juga dikenali negara bebas cukai pendapatan yang lebih menarik berbanding Bahamas tapi sayangnya kos sara hidup di sana begitu tinggi.

 

Bermuda yang terletak di Kepulauan Carribean miliki jalan raya dan sistem pengangkutan awam yang begitu baik. Keindahan pantai serta restoran mewahnya menjadi negara itu paling indah di Kepulauan Carribean.

 

4. Monaco

Monaco adalah sebuah negara kecil yang terletak di dalam negara Perancis tetapi memiliki pemerintahannya tersendiri.

 

Negara itu juga adalah bebas cukai pendapaan tetapi perlu kos yang sangat mahal untuk hidup di sana. Buktinya, anda perlukan deposit setengah juta dolar untuk mendapatkan permit yang sah tinggal di sana.

 

Namun usah khuatir kerana Monaco mencatat kadar jenayah terendah di dunia yang mungkin dibantu dengan saiz negara itu sendiri

 

Jadi kepada anda semua, negara apakah yang menjadi idaman anda untuk tinggal dan bebas cukai pendapatan?

 

Ataupun anda lebih gemar tinggal di Malaysia walaupun di bebani pelbagai cukai. Lain negara lain sistemnya, mungkin kita dapat ini dan tidak dapat yang itu.

Source Maverick, J. (2019, Ogos 9). 4 countries without income taxes. Investopedia.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.