fbpx

4 Nilai Mata Wang Paling Tinggi Di Dunia

0 1,146

Ramai orang percaya bahawasanya Pound Britain, Euro dan Dollar AS adalah antara mata wang dengan nilai paling tinggi.

Salah tanggapan tersebut kerana terdapat beberapa lagi mata wang yang miliki nilaki tinggi berbanding tiga mata wang itu. Berikut adalah 4 nilai mata wang tertinggi di dunia.

Advertisement

1. Dinar Kuwait

Tahukah anda, dinar Kuwait merupakan mata wang yang memiliki nilai tertinggi di dunia melangkaui dollar AS dan dikenali dengan kod KWD.

Kredit: Left Over Currency

Jika dilihat daripada pertukaran di antara Dinar Kuwait dan Ringgit Malaysia, ianya menunjukkan nilai yang begitu besar.

1 KWD = 3.26 USD (Dinar Kuwait kepada Dollar AS)

1 KWD = 2.80 EUR (Dinar Kuwait kepada Euro)

1 KWD = 13.61 MYR (Dinar Kuwait kepada Ringgit Malaysia)

Nilai mata wang negara itu begitu tinggi kerana aktiviti eksport minyak yang begitu penting buat dunia global. Malahan Kuwait juga adalah negara kecil dengan ekonomi yang begitu besar.

Hal ini demikian kerana negara itu bergantung kepada ekonomi berasaskan petroleum, pengeluaran dan eksport minyak yang sangat maju. Dengan itu, Kuwait boleh dianggap sebagai salah satu negara terkaya di dunia.

2. Dinar Bahrain

Kredit: Bank Note Index

Dinar Bahrain adalah mata wang kedua paling tinggi nilainya di dunia. Kod rasmi bagi mata wang negara ini adalah BHD. Ianya juga menunjukkan nilai yang besar apabila ditukar dengan mata wang lain.

1 BHD =  2.65 USD (Dinar Bahrain kepada Dollar AS)

1 BHD = 2.27 EUR (Dinar Bahrain kepada Euro)

1 BHD = 11.06 MYR (Dinar Bahrain kepada Ringgit Malaysia)

Bahrain adalah sebuah negara yang terletak di Teluk Parsi dengan populasi seramai 1 juta penduduk. Bahrain sama sahaja seperti Kuwait di mana ianya juga sangat bergantung kepada industri minyak.

3. Riyal Oman

Kredit: Bank Note News

Oman merupakan sebuah negara yang terletak di semenanjung Arab. Oleh kerana lokasinya yang strategik, negara itu dilimpahi dengan ekonomi yang maju serta taraf hidup tinggi.

Hal ini juga sama dengan mata wang mereka apabila berada pada tempat ketiga sebagai mata wang paling bernilai di dunia. Kod rasmi bagi mata wang riyal Oman adalah OMR.

1 OMR = 2.60 USD (Riyal Oman kepada Dollar AS)

1 OMR = 2.23 EUR (Riyal Oman kepada Euro)

1 OMR = 10.84 MYR (Riyal Oman kepada Ringgit Malaysia)

Akibat daripada nilai mata wang yang begitu tinggi, kerajaan Oman terpaksa mengeluarkan wang kertas dengan nilai 1/4 dan 1/2 riyal.

4. Dinar Jordan

Jordan bukan sebuah negara yang maju dari aspek ekonomi bahkan tidak miliki sumber semula jadi seperti minyak tetapi mata wangnya masih lagi tinggi.

Hal ini boleh dibuktikan melalui pertukaran Dinar Jordan dengan mata wang lain. Kod rasmi bagi mata wang ini adalah JOD.

1 JOD = 1.41 USD (Dinar Jordan kepada Dollar AS)

1 JOD = 1.21 EUR (Dinar Jordan kepada Euro)

1 JOD = 5.88 MYR (Dinar Jordan kepada Ringgit Malaysia)

Jurang yang sedikit jauh di antara Dinar Jordan dan Dollar AS masih lagi menjadikan mata wang tersebut antara yang paling bernilai tinggi di dunia.

Jadi kepada anda semua, kalau inginkan kekayaan bolehlan mencari pekerja di keempat-empat negara tersebut.

Mungkin apabila anda pulang ke Malaysia, anda boleh diiktiraf sebagai orang kaya baru. Apa-apapun, hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Source FXSSI. (2020, September 6). Top 10 – The most expensive world currencies in 2020.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.