fbpx

4 Pemuzik Rock Yang Miliki Jenama Sendiri

0 465

Boleh dikatakan pada hari ini menceburikan diri dalam industri muzik sememangnya memberi pulangan yang cukup lumayan. Sebagai contoh, The Beatles masih lagi mampu menjana keuntungan walaupun kali terakhir kumpulan itu menghasilkan album adalah pada tahun 1970. Walau bagaimanapun, tidak semua pemuzik miliki tuah yang sama.

Hal ini demikian kerana terdapat juga pemuzik yang sangat berbakat tetapi akhirnya hilang kerana tidak mendapat sambutan. Bagi yang mendapat sambutan pula, mereka perlu fikirkan pelan sokongan jika karier mereka merudum.

Advertisement

Salah satunya adalah dengan memperkenalkan jenama sendiri melalui perniagaan. Berikut merupakan 4 pemuzik rock yang miliki jenama sendiri.

1. Travis Barker

Travis Barker yang juga merupakan pemain drum kumpulan Blink-182 telah melancarkan jenama ataupun syarikat begitu pelik bagi peminat rock. Travis Barker telah menubuhkan Barker Wellness yang fokus kepada penghasilan produk kesihatan.

Kebiasaannya produk kesihatan sering dikaitkan dengan wanita ataupun lelaki lembut tetapi kali ini seorang pemain drum daripada kumpulan bergenre pop-punk menceburinya.

Walau bagaimanapun, produk kesihatan yang ditawarkan oleh Barker Wellness adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan organik sahaja.

2. Billy Corgan

Billy Corgan yang juga mengasas kumpulan rock alternatif terkenal dunia iaitu Smashing Pumpkins sangat aktif dalam industri gusti. Bukan itu sahaja, Billy Corgan adalah pemilik kepada National Wrestling Alliance (NWA) iaitu sebuah badan gusti professional Amerika.

Antara tugas beliau dalam industri mempromosi NWA untuk bersaing dengan badan gusti yang lain. Pengambilalihan penuh oleh Billy Corgan pada tahun 2017 memudahkan lagi beliau untuk memulihkan reputuasi NWA.

3. Billie Joe Armstrong

Billie Joe Armstromg daripada Kumpulan Green Day yang menjadi antara pencetus kepada scene rock alternatif juga turut melancarkan jenama sendiri. Walaupun Green Day memiliki nama yang cukup besar tetapi pelan sokongan perlu dibuat agar mampu membantu di masa hadapan.

Untuk itu Billie Joe Armstrong telah membuka kedai gitar pada tahun 2015 di Oakland. Bukan setakat itu sahaja, Billie Joe Armstrong juga telah mengundang Mike Drint untuk sama-sama menubuhkan Oakland Coffee Works selepas melihat pasaran kopi lebih mendapat permintaan tinggi berbanding gitar.

4. Gwen Stefani

Ketika beraksi bersama No Doubt, Gwen Stefani mengenakan begitu banyak pakaian sehingga berlaku lambakan baju. Bagi mengatasi masalah tersebut, Gwen Stefani telah menjual baju-baju tersebut secara preloved.

Bermula sejak itu, Gwen Stefani telah terinspirasi untuk melancarkan jenama dan syarikat sendiri iaitu L.A.M.B. Fokus utama LAMB adalah dengan menjual pakaian dan beberapa produk seperti minyak wangi.

Jadi, tidak berlaku pembaziran dan peminat boleh mendapatkan barangan eksklusif daripada Gwen Stefani dengan harga murah.

Kesimpulannya, pelan sokongan terutamanya buat anda yang bukan bekerja makan gaji begitu penting. Hal ini bagi memastikan anda dapat bertahan di hari-hari mendatang kerana kerjaya dalam industri hiburan tidak akan dapat bertahan sampai umur pencen. Jika anda alpa dengan kekayaan sementara di usia muda dan tidak buat apa-apa tindakan, pasti akan menyesal di usia tua.

RUJUKAN:

Darus, A. (2021, April 26). 10 artists who expanded their careers through their own companies. Alternative Press. Dipetik daripada https://www.altpress.com/features/artists-who-started-their-own-brand-company/

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.