fbpx

4 Perkara Jejas Kebangkitan China

0 974

Sepanjang dekad lalu, China bangkit dengan pantas apabila ekonominya berkembang dengan amat pesat, dan bersama kekuatan ekonomi, kuasa ketenteraannya turut sama mengukuh. Selama tempoh itu juga, Beijing sedikit demi sedikit mengambil peranan sebagai sebuah kuasa besar, termasuk dalam urus tadbir ekonomi dan perdagangan dunia.  

Menambahkan lagi kuasa sebagai sebuah negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China mengambil peranan sebagai peminjam, seperti peranan didominasi Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) selama ini, di samping menjadi pelabur utama infrastruktur di seluruh dunia, dari Pasifik hingga ke Eropah.  

Advertisement

Walau bagaimanapun, perkembangan sejak setahun ini mula menampakkan gugatan ke atas kekuatan China, yang kini cukup dikenali sebagai enjin perkembangan ekonomi dunia.  

Kini, 4 perkara mula menjejaskan kekuatan ekonomi dan politik China, di kedua-dua peringkat domestik dan luar negara.  

1. Impak Koronovirus baru (Covid-19)

Kesan virus Wuhan ini mula menampakkan kesan pada jaringan bekalan global. Daripada mesin, penerbangan, kenderaan, barangan perkilangan, elektronik, hingga ke telefon pintar iPhone, semua mula terjejas akibat penutupan operasi kilang di salah satu pusat industri China itu.

covid19

Sekatan kerajaan ke atas penyebaran berita awal wabak ini, dan persepsi kegagalan kerajaan menanganinya, dan kaitan pengaruh China hingga dilihat mempengaruhi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjejaskan lagi imej China di mata dunia, dan membuka ruang kecaman daripada Barat terutamanya.  

Pada 2018, China mencatat pertumbuhan paling perlahan dalam 30 tahun, sebanyak 6.1 peratus. Selepas Sars, wabak ini dijangka akan menambahkan impak terhadap kegiatan ekonomi.    

2. Protes Hong Kong

Protes besar-besaran di Hong Kong, wilayah yang diserahkan semula kepada China oleh Britain pada 1997, bermula pada Jun 2019, dengan alasan menolak rang undang-undang ekstradisi yang kini semakin tidak relevan selepas protes berubah menjadi penentangan terhadap kerajaan dan Beijing.

hong kong

Kegiatan ekonomi Hong Kong, satu laluan menghubungkan ekonomi China dengan dunia luar, terjejas teruk, apabila pelbagai lokasi penting, daripada pusat membeli belah ke lapangan terbang terjejas, malah terhenti operasi.  

Akibat operasi penerbangan yang terjejas, dianggarkan Hong Kong mengalami kesan sebanyak AS$76 juta. Pertumbuhan KDNK Hong Kong pula dianggarkan merosot sebanyak 2.25 peratus pada 2019, dan 5.8 pada 2020.  

3. Respons Negatif Belt and Road

Belt and Road, nama terkini projek mega sedunia bernilai AS$900 bilion yang bermula dengan nama One Belt, One Road, sudah sangat terkait dengan nama China, dan menjadi jenama flagship bagi negara beraspirasi penguasaan global itu.

belt and road

Sepanjang 2018, respons negatif terhadap Belt and Road dilihat paling kuat, termasuk melibatkan kekalahan beberapa pemerintah yang dikait sebagai rakan baik China seperti di Malaysia dan Maldives.  

Pada masa sama, isu kegagalan membayar hutang oleh kerajaan Sri Lanka dan Kenya melibatkan pembinaan pelabuhan menjadi tajuk berita besar dikait dengan Belt and Road, dan diberikan nama khas, “debt trap diplomacy.”   Isu ini menjadi salah satu senjata berkesan dalam “weaponized narrative” Barat terhadap China.  

4. Xinjiang dan isu umat Islam

Salah satu ruang persaingan antara kuasa-kuasa dunia ialah umat Islam, yang biasanya berupaya bersuara sebagai satu entiti yang besar, melalui badan seperti OIC dan sebagainya, selain aktor-aktor bukan negara dalam negara-negara Islam, seperti disaksikan sepanjang era Perang Dingin.  

Xinjiang ialah satu titik panas yang dapat melemahkan imej dan status Beijing dalam kalangan negara Islam, dan di mata masyarakat dunia. Ini menambah krisis yang sudah sedia buruk di Myanmar melibatkan minoriti Rohingya.  

Selain Palestin, isu besar umat Islam sedunia, Xinjiang kekal sebagai isu yang paling jelas dan menerima reaksi daripada umat Islam global. Isu umat Islam minoriti di sana, dan pengaruh China yang memberi kesan kepada Muslim Rohingya, kekal menjadi faktor yang menggugat diplomasi China dalam kalangan negara Islam.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.