fbpx

4 Perkara Yang Perlu Diketahui Pekerja Sebelum Meminta Kenaikan Gaji

0 806

Gaji yang banyak adalah impian bagi setiap pekerja terutamanya apabila mereka melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa.

Gaji banyak juga dikatakan sebagai penyelesaian kepada masalah kenaikan kos sara hidup.

Advertisement

Walau bagaimanapun, gaji banyak akan mendorong kita mendapatkan sesuatu yang lebih mahal.

Hal ini sebenarnya adalah racun kepada kesihatan kewangan kita. Jadi berikut adalah 4 perkara yang perlu diketahui oleh pekerja sebelum meminta kenaikan gaji.

 

1. Tunggu Masa Yang Tepat Untuk Pinta Kenaikan Gaji

Sekirannya anda bertanya perihal kenaikan gaji pada ketika syarikat dilanda keuntungan, itu adalah perkara biasa. Mungkin pada masa itu, syarikat telah mengira segala aspek kewangan sehinggakan terdapat lebih dana untuk kenaikan gaji pekerja.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mempersoalkan kenaikan gaji jika anda terpaksa memegang tanggungjawab yang ditinggalkan rakan sekerja anda kerana ingin berhenti.

Mungkin juga pada permulaan kerja, anda dibayar dengan gaji yang kecil dan anda boleh meminta kenaikan gaji sekiranya majika miliki lebihan dana.

Paling penting adalah jangan pinta kenaikan gaji pada ketika syarikat dilanda krisis.

Contohnya hari ini, banyak syarikat yang begitu tertekan untuk mandiri akibat serangan koronavirus.

 

2. Buat Semakan dan Berunding Dengan Majikan

Semua orang pasti inginkan gaji di atas paras kemiskinan iaitu paling kurang pun RM3000 sebulan.

Walau bagaimanapun, anda terlebih dahulu harus faham untung rugi dan peranan anda dalam syarikat.

Sebelum berunding dengan majikan, anda mungkin boleh lakukan semakan di laman DOSM mengenai gaji minimum, purata pendapatan, garis kemiskinan dan kos sara hidup dalam masa sebulan.

Hal ini sangat membantu anda untuk menuntut kenaikan gaji yang relevan kepada pihak majikan.

Sekiranya anda sudah lama bersama syarikat, mungkin boleh pertimbangkan kenaikan lepas yang anda terima.

Katakanlah, anda hanya menerima kurang daripada 5% kenaikan pada masa lalu.

Jadi sangat tidak relevan untuk anda meminta kenaikan 10% masa kini kecuali anda memberikan sesuatu yang signifikan untuk syarikat.

 

3. Buktikan Anda Sangat Bernilai Buat Syarikat

Pastikan ketika anda datang untuk meminta kenaikan gaji, anda miliki sebab yang kuat seperti pencapaian untuk diberikan kepada pihak majikan.

Sebagai contoh anda boleh tunjukkan keuntungan yang anda bawa untuk syarikat, masalah yang anda selesaikan dan idea untuk memperkasakan syarikat.

Paling penting sekali adalah yakin tetapi jangan terlalu yakin sehingga membinasakan diri.

 

4. Meminta Kenaikan Gaji Dengan Cara Baik

Cara paling buruk dalam rundingan kenaikan gaji adalah apabila anda memiliki mentaliti melawan kerana gaji sebelum ini adalah kecil.

Sekiranya permintaan kenaikan gaji anda itu tidak relevan, pihak majikan akan menyatakan tidak kepada perkara tersebut.

Namun jika anda lebih mudah bekerjasama hatta perbincangan sekalipun, mungkin permintaan anda akan tertunai.

Paling penting jadilah kreatif ketika mahu meminta kenaikan gaji. Andai kata permintaan anda tidak tertunai, mungkin anda boleh buat kerja lain bagi menjadikan kenaikan gaji itu relevan.

Anda juga boleh berjanji kepada majikan untuk membawa jumlah pelaburan yang relevan demi kemandirian syarikat dan duit poket anda.

Source Goldin, K. (2020, Mac 3). 4 things this millionaire CEO wishes more employees knew before asking for a raise. CNBC.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.