fbpx

4 Restoran Makanan Segera Popular Yang Ditutup Di Malaysia

0 258

Malaysia. Suasana, pembayaran begitu mudah serta harga yang sama di setiap cawangan bikin rakyat Malaysia tanpa segan silu menikmati hidangan di restoran makanan segara. Tidak kurang juga banyak daripada restoran makanan segera ini muflis ataupun ditutup walaupun miliki kelompok pelanggan tersendiri. Jadi artikel hari ini akan membicarakan 4 restoran makanan segera popular yang telah ditutup di Malaysia.

1. Wendy’s

Advertisement

Restoran ini telah wujud di Malaysia sejak tahun 1980 tetapi terpaksa ditutup ekoran tidak mampu bertahan dengan budaya rakyat tempatan yang masih kurang terdedah dengan konsep makanan segera.

Walau bagaimanapun, Wendy’s kembali ke Malaysia sekali lagi pada tahun 2008 dan terus mendapat sambutan hangat daripada pelanggan. Lantaran daripada itu, restoran yang dibuka di Berjaya Time Square itu melebarkan sayapnya ke beberapa tempat lain seperti Mid Valley dan Paradigm Johor Bahru.

Tahun 2019 menyaksikan secara tiba-tiba rakyat Malaysia dikejutkan dengan penutupan cawangan Wendy’s di Malaysia. Berjaya Group yang merupakan pemegang lesen pengoperasian Wendy’s diberitakan tidak lagi mahu memperbaharui lesen.

2. Tutti Frutti

Siapa yang tak kenal dengan Tutti Frutti, dulu kalau mahu masuk ke kedai ini mesti akan berhati-hati membeli pencuci mulut. Hal ini demikian kerana harga setiap pencuci mulut dikira berdasarkan berat.

Mereka yang gemar mengambil segala macam topping tanpa iman bersiap sedialah kena bayar harga mahal. Walaupun begitu, Tutti Frutti tetap menjadi sambutan rakyat Malaysia. Antara hidangan Tutti Frutti yang mendapat sambutan adalah Magic Bite, Frutti Waffles, Signature Waffles dan Tutti Frutti Sets.

Sayangnya restoran makanan segera yang dibuka pada tahun 2009 ini juga turut ditutup ekoran masalah kualiti sehingga pelanggan kurang mendapatkannya. Sebelum ditutup sepenuhnya, restoran ini miliki 83 cawangan seluruh negara.

3. Grandy’s

Grandy’s merupakan antara restoran makanan segera terawal yang memulakan operasi di Malaysia. Antara menu paling popular Grandy’s adalah ayam rangup tanpa tulang yang dihidang bersama jagung rebus dan kentang putar.

Sebelum kehadiran Texas Chicken, Grandy’s adalah restoran makanan segera paling awal yang menyediakan soft drink yang boleh di isi semula sampai perut kembung. Restoran makanan segera ini juga pernah buat kemunculan di filem Kembaran Seniman Jalanan.

Walau bagaimanapun setelah dibeli oleh Captain D’s, kesemua cawangan terpaksa ditutup ekoran ketidakmampuan mematuhi SOP kesihatan.

4. Shakey Pizza

Sebelum kehadiran Domino’s dan Pizza Hut, Shakey Pizza merupakan restoran makanan segera yang menawarkan menu pizza pertama di Malaysia.

Walaupun pizza merupakan makanan yang asing ketika itu di Malaysia, restoran makanan segera ini tetap mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Topping yang banyak, ayam goreng, pasta dan hiding istimewa iaitu Mojos membuatkan nama mereka terkenal.

Namun, kemasukan Pizza Hut di pasaran Malaysia bikin Shakey Pizza tidak mampu lagi untuk bersaing. Akhirnya pada tahun 2005, Shakey Pizza telah bergabung dengan Domino’s dan kesemu cawangan Shakey Pizza telah bertukar menjadi Domino’s Pizza.

Jadi antara keempat-keempat restoran makanan segera ini, yang manakah paling anda rindui?

RUJUKAN:

Chee, M. (2017, Mei 18). Five fast food chains we remember from our childhoods. RojakDaily. Dipetik daripada https://rojakdaily.com/lifestyle/article/2467/five-fast-food-chains-we-remember-from-our-childhoods

Chong, C. (2019, Februari 2). 7 fast food restaurant chains that used to exist in Malaysia. TallyPress.com. Dipetik daripada https://tallypress.com/fun/7-fast-food-restaurant-chains-that-used-to-exist-in-malaysia/

Jayne, T. (2020, November 12). Here’s what happened to Shakey’s Pizza and 14 other childhood eateries in Malaysia. Dipetik daripada https://says.com/my/lifestyle/what-happened-to-shakey-s-pizza-and-all-these-other-childhood-restaurants

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.