fbpx

5 Billionaire Yang Masih Setia Dengan Kereta Murah

0 2,609

Hari ini boleh dikatakan kereta sudah menjadi keperluan bagi kita semua untuk memudahkan pergerakan ke mana-mana sahaja. Walau bagaimanapun, ramai juga diantara kita menjadikan kereta mewah sebagai penanda aras kejayaan. Malah ada juga yang ingin mendapatkan cinta dengan memandang jenama kereta terlebih dahulu.

Tahukah anda terdapat beberapa billionaire yang masih lagi selesa gunakan kereta murah biarpun mereka mampu membeli kereta lebih mewah. Siapa billionaire tersebut dan mereka tak takut ke masyarakat akan anggap mereka tidak berjaya sebab tak pakai kereta mewah?

Advertisement

  1. Warren Buffett

Siapa yang tak kenal dengan Warren Buffet? Beliau adalah satu-satu manusia di muka bumi ini berjaya memasuki ranking 10 manusia terkaya di dunia melalui pelaburan. Manakala yang lain lebih kepada perniagaan.

Menariknya tentang Warren Buffet ini adalah beliau seorang yang sangat berjimat cermat. Bayangkan untuk sarapan sahaja, beliau tidak akan berbelanja lebih daripada $3.17. Malah beliau masih lagi tinggal di rumah sama sejak 1958 yang dibeli dengan harga cukup murah. Memang tahi hidung masin betul Warren Buffet ni.

Kalau rumah dan sarapan pun beliau berjimat, apatah lagi kereta. Warren Buffet setia menggunakan kereta model Cadillac DTS sejak tahun 2006 sebelum menukar ke model baru pada 2014. Itupun sebab anaknya cakap, buat malu je orang kaya pakai kereta buruk.

  1. Mark Zukerberg

Tengok daripada gaya pemakaian Mark Zukerberg juga kita sudah tahu beliau merupakan seorang yang sangat minimalis. Samalah juga dalam penggunaan kereta. Mark Zukerberg lebih selesa menggunakan kereta model Acura TSX yang berharga hanya $30,000 sahaja.

Malah beliau berpendapat model tersebut lebih selamat, selesa dan marhaen. Jadi beliau tidak perlu terlalu fikirkan tentang kereta kerana urusan syarikatnya lebih penting.

  1. Alice Walton
Walmart associates from around globe gather during the 2011 Walmart Shareholders’ Meeting. (photo by Wesley Hitt, Hitt Photography)

Alice Walton yang juga merupakan wanita terkaya di muka bumi hanya menggunakan Ford F-150 milik mendiang ayahnya. Buat pengetahuan semua Alice Walton merupakan anak kepada pengasas Sam Walton yang juga adalah pengasas Waltmart.

Dengan kekayaaan berjumlah $41 bilion, Alice Walton boleh sahaja membeli kereta mewah yang baru. Tapi beliau tetap mengambil keputusan untuk menggunakan kereta sedia ada selagi mana tidak rosak.

  1. Ingvar Kamprad

Kepada yang suka berpeleseran dan bergentayangan di Ikea, anda wajib kenal pengasasnya iaitu Ingvar Kamprad. Beliau ini memang jenis tak suka habiskan duit untuk perkara yang sia-sia. Ingvar Kamprad punya sayang duit ini sampai tahap dia sanggup potong rambut di negara dunia ketiga semata-mata nak kan harga murah.

Malah beliau banyak membeli barang-barang daripada pasar malam dan bazar karat hanya kerana harga yang lebih murah. Hal itu juga dibawa oleh beliau dalam pemilikan kereta. Selama dua dekad sejak tahun 1992, Ingvar Kamprad lebih selesa menggunakan model Volvo 240 GL. Beliau hanya membeli kereta baru apabila kereta lama sudah tidak lagi sesuai dengan kesihatan dirinya.

  1. Steve Ballmer

Bekas CEO Microsoft yang sekarang ini merupakan pemilik Los Angeles Clippers lebih selesa memandu kereta Ford usang milik ayahnya. Walaupun hartanya berjumlah sekitar $34 bilion, beliau tetap gunakan kereta yang sama.

Kereta miliki Steve Ballmer hanya bertukar apabila Ford sendiri menghadiahkan model Ford Fusion Hybrid. Itupun Steve Ballmer masih lagi pakai sehingga ke hari ini dan tiada niat untuk menukar kepada kereta yang lebih murah.

RUJUKAN:

Blumberg, Y. (2017, September 17). Why these 5 billionaires still drive these cheap cars. Make It. Dipetik daripada https://www.cnbc.com/2017/09/21/why-these-5-billionaires-still-drive-these-cheap-cars.html

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.