fbpx

5 Cara Menyimpan Duit Untuk Deposit Rumah

0 63

Rumah adalah keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh sekalian manusia dan ianya boleh bertukar kepada kehendak apabila kita mahukan kediaman lebih mengikut citarasa.

Hari ini, harga rumah boleh dikatakan agak mahal terutamanya dibandar-bandar besar bahkan deposit untuk membeli rumah juga sangat sukar untuk dibayar.

Advertisement

Bayangkan untuk membeli rumah berharga RM300k dengan 95 peratus kadar pinjaman, anda perlu memiliki RM15k untuk wang deposit.

rumah

Ianya menjadi masalah besar ramai daripada kita untuk mendapatkan wang yang sebesar itu.

Walau bagaimanapun ada jalan penyelesaian iaitu menabung ataupun mengumpul wang dengan cara yang efesien. Berikut adalah 5 cara menyimpan duit untuk deposit rumah.

 

1. Buat Kira-Kira Dahulu

Perkara pertana yang harus anda fikir adalah berapa banyak yang perlu dibayar secara bulana untuk membeli rumah. Senaraikan juga semua komitmen anda lalu tolak dengan pendapatan bulanan anda.

Hal ini akan membantu anda memberi gambaran rumah jenis apakah yang mampu anda beli mengikut kantung kewangan anda. Pastikan anda kurang 10 peratus daripada harga maksimum rumah bagi mendapatkan penjimatan yang ideal.

 

2. Buat Simpanan Setiap Bulan

Setelah buat kira-kira, anda boleh tetapkan seberapa banyak yang anda mahu untuk menyimpan. Wang itu mestilah disimpan di akaun bank yang berlainan bagi memastikan ianya tidak digunakan.

Nak lagi berbaloi, anda boleh menyimpan di akaun baru yang menawarkan faedah tinggi. Pastikan anda tidak melakukan sebarang pengeluaran sebelum matlamat dan rancangan anda tercapai untuk membeli rumah.

 

3. Utamakan Keperluan

Dalam menyimpan duit, anda perlu tahu membezakan antara kehendak dan keperluan. Sebagai contoh anda mahu minum air kopi ais dan perlu buat pilihan antara kedai mamak berharga RM2.50 dan Starbucks RM14.

Sebagai seorang yang bijak, anda akan memilih kopi ais berharga RM2.50 itu sebagai keperluan. Di sini menunjukkan anda mampu menjimatkan RM11.50 dan wang itu boleh digunakan untuk menyimpan.

Anda boleh menjimatkan banyak wang dengan mengorbankan kehendak yang agak mewah itu. Walau bagaimanapun, tidaklah bermakna anda langsung tidak boleh menikmati makanan yang premium tetapi anda harus cari alternatif lebih murah.

Kalau boleh anda cuba tamatkan beberapa langganan yang membebankan kantung kewangan anda.

Bacaan berkaitan: Nak Beli Rumah? 2 Rule of Thumb Ini Boleh Bantu Anda

Bacaan berkaitan: Berbaloikah Beli Rumah Secara Tunai?

4. Nilai Semula Komitmen Anda

Jika rumah yang anda sewa pada hari ini sangat banyak memakan duit, apa kata anda cuba nilaikan semula.

Sekirannya anda tinggal di rumah yang besar dan berseorangan, tidak salah untuk anda mempelawa rakan untuk duduk bersama lantas meringankan sedikit beban. Anda juga boleh berpindah dan mencari rumah sewa lebih murah harganya.

Salah satu cara untuk mengurangkan beban membayar sewa rumah adalah tinggal di rumah ibu bapa. Usah berasa malu untuk tinggal bersama mereka asalkan anda membantu dan meringankan sedikit komitmen mereka.

 

5. Cari Pendapatan Tambahan

Terdapat begitu banyak pekerjaan sambilan yang oleh disertai oleh semua orang tanpa mengira kemahiran dan tahap pendidikan. Awas, jangan ingat kerja sambilan itu hanyalah menjual burger semata-mata.

Anda boleh bekerja di restoran makanan segera seperti KFC dan MacDonalds secara sambilan. Bukan itu sahaja, anda boleh menawarkan khidmat penghantaran makanan secara sambilan melalui Foodpanda dan Grabfood.

Jika anda berkelayakan dari segi akademik dan pandai bermain muzik, anda boleh jadikannya pendapatan tambahan dengan mengadakan kelas.

Ada juga beberapa pekerjaan tambahan yang tidak memerlukan anda untuk melakukan banyak pergerakan seperti pengeditan video dan menulis. Jadi tinggal anda sahaja untuk memilih pekerjaan mana yang sesuai untuk dapatkan pendapatan tambahan.

Source Hanna, A. (2020, Oktober 8). 7 ways to save for a down payment on your home. Free Malaysia Today.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.