fbpx

5 Cara Simpan Duit Mengikut Taktikal Bola Sepak

0 386

Nak simpan duit hari ini memang susah walaupun telah dihidangkan dengan pelbagai cara. Terdapat juga cara-cara simpan duit yang tidak sesuai sehingga menimbulkan perbalahan sesama sendiri. Jadi artikel ini akan membincangkan tentang cara simpan duit mengikut taktikal bola sepak. Siapa yang biasa dengan bola sepak, pasti akan mudah menghadam artikel ini.

1. Tiki Taka

Advertisement

Secara asasnya taktikal ini memerlukan setiap pemain bertukar-tukar hantaran pendek sehingga ke petak penalti lawan. Taktikal ini juga akan memenuhkan bahagian tengah dengan pemain yang sangat teknikal untuk memastikan pihak lawan tidak boleh menguasai bola.

Setiap serangan yang dibina akan disusun bermula daripada pertahanan, pemain tengah dan penyerang. Kesabaran sangat diperlukan untuk membentuk serangan sehinggalah pemain hadapan miliki ruang dan peluang.

Taktikal ini boleh dikaitkan dengan track keluar masuk duit dan perbelanjaan. Di mana kita akan menyusun siap-siap wang untuk semua perkara. Cara sebegini akan memudahkan kita kenal pasti perbelanjaan mana yang perlu dipotong.

Secara tidak langsung, kita dapat target berapa perbelanjaan dan simpanan dalam masa sebulan. Tapi cara ini agak renyah dan memerlukan kesabaran untuk menjalankannya.

2. Serangan Balas

Taktikal ini memerlukan pemain merampas bola daripada pihak lawan ketika mereka dalam situasi menyerang. Pemain akan mengeksploitasi segala ruang yang ada untuk lancarkan serangan dengan pantas ke petak penalti dan menjaringkan gol.

Bagi yang sukar menyimpan, taktikal serangan balas memang sesuai. Caranya adalah setiap kali ada duit lebih sahaja terus simpan. Sebagai contoh tetapkan setiap kali beli barang dan terdapat not RM5 diberi sebagai baki, terus simpan. Bermakna kita akan melakukan serangan balas terhadap perbelanjaan yang dilakukan.

3. Park The Bus

Taktikal ini secara umumnya digunakan untuk untuk bertahan dan tidak bolos melebihi jumlah yang ditetapkan oleh jurulatih.

Dalam fasa bertahan dua orang penyerang sayap akan turun ke bawah menjadi bagi membentuk lapisan pertama pertahanan bersama dua orang pemain tengah bertahan. Jadi penyerang pihak lawan perlu melepasti dua lapis pertahanan ini terlebih dahulu untuk menjaringkan gol.

Taktikal ini biasanya digunakan oleh individu yang menetapkan perbelanjaan bulan mesti tidak melebih jumlah sekian-sekian. Sebagai contoh, gaji anda adalah RM1500 dan anda menetapkan berbelanjaan bulanan mesti tidak melebihi RM300 walau apa pun terjadi.

Kalau lebih juga, anda akan dihimpit rasa serba salah yang teramat sangat kerana telah melanggar prinsip simpanan.

4. High Press

Taktikal ini memerlukan setiap pemain memberikan tekanan ketika pihak lawan sedang memegang bola. Bermula dari situ, kesilapan akan berlaku dan pemain gunakannya untuk maju kehadapan lalu menjaringkan gol.

Anda boleh memberi tekanan kepada diri sendiri untuk terus menyimpan wang dan elakkan daripada beli barangan bukan keperluan. Sama seperti taktikal high press, pada mulanya penat tapi bila sudah biasa akan menjadi mudah. Segala kemahuan dan kehendak boleh ditolak ke tepi.

5. Gelembung Buaya

Taktikal ini hanya melibatkan 4 orang pemain sahaja iaitu pertahanan tengah, pemain tengah bertahan akan menghantar bola tinggi untuk mencari penyerang sayap dan penyerang utama. Hantaran itu bergantung kepada nasib. Jika tidak dihalang oleh pertahanan lawan, maka akan sampai ke penyerang untuk jaringkan gol.

Orang yang menggunakan taktikal ini kebiasaanya menyimpan duit tanpa hala tuju yang jelas. Jika ada duit, simpan. Jika tiada duit, guna. Pengakhiran, diri sendiri terkejut kerana simpanan masih pada takuk yang sama.

RUJUKAN:

Hinch, W. (2020, Mei 12). Football tactics explained: 6 of the most common. Pitch Here. Dipetik daripada https://blog.pitchero.com/football-tactics-explained

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.