fbpx

5 Corporate Exercise Yang Beri Kesan Pada Harga Saham

0 855

Sebelum kita bermula, apakah yang dimaksudkan dengan Corporate Exercise?

 

Corporate Exercise adalah aktiviti-aktiviti syarikat yang memberi kesan kepada perniagaannya.

 

Advertisement

Ada aktiviti yang memerlukan syarikat mengeluarkan belanja, yang mengurangkan belanja (seperti menutup anak syarikat yang tidak aktif) atau yang tidak memerlukan transaksi kewangan dan tidak memberi kesan kepada struktur saham (seperti perubahan ahli lembaga pengarah dan alamat)

 

Kali ini kita akan melihat kepada 5 jenis Corporate Exercise yang memberi kesan kepada harga dan jumlah saham syarikat.

 

1. Rights Issue

Melalui Rights Issue, syarikat boleh mendapatkan modal tambahan untuk mengembangkan perniagaan. Lazimnya rights issue menawarkan pembelian saham induk pada harga diskaun.

 

Jika pelabur memiliki saham induk, rights issue akan dikeluarkan dan diberikan secara percuma kepada pelabur induk. Contoh rights issue adalah MYEG-OR (OR ditambah dibelakang kod saham induk).

 

Seperti mana warrants, pelabur boleh menebus rights issue ini kepada saham induk dengan membayar exercise-price (pada harga diskaun berbanding saham induk) atau pun dijual kepada pelabur lain.

 

2. Pecahan Saham (Share Split)

Pecahan saham adalah aktiviti syarikat yang meningkatkan jumlah unit saham dan harga saham turun. Cuba kita lihat contoh ini.

 

Saham Ali Bhd sekarang dijual pada harga RM10 setiap unit dan kita ada 1,000 unit dalam pegangan, jumlah pegangan RM10,000. Ali Bhd memutuskan untuk membuat pecahan saham dengan nisbah 1:2, 1 unit kepada 2 unit.

 

Selepas pecahan dibuat, kita ada 2,000 unit saham pada harga RM5. Jumlah pegangan saham kita masih sama dalam nilaian ringgit iaitu RM10,000 (RM5 x 2,000 unit).

 

Kenapa syarikat buat pecahan saham?

 

Pecahan membantu dari segi psikologi kepada pelabur, harga saham yang sebelum ini mahal akan menjadi lebih murah, lebih-lebih lagi kepada pelabur runcit yang tidak mempunyai modal yang besar.

 

Selain itu, pecahan saham turut meningkatkan volume, transaksi jual beli juga menjadi lebih rancak.

 

3. Penyatuan Saham (Share Consolidation)

Penyatuan saham ini konsepnya bertentangan dengan pecahan saham. Jika pecahan saham menyebabkan bilangan unit menjadi lebih banyak dan harga saham semakin murah, penyatuan saham menyebabkan bilangan unit saham berkurang dan harga saham meningkat.

Lihat contoh di bawah.

 

Saham Ali Bhd sekarang dijual pada harga RM10 setiap unit dan kita ada 1,000 unit dalam pegangan, jumlah pegangan RM10,000. Ali Bhd memutuskan untuk membuat penyatuan saham dengan nisbah 2:1, 2 unit kepada 1 unit.

 

Selepas pecahan dibuat, kita ada 500 unit saham pada harga RM20. Jumlah pegangan saham kita masih sama dalam nilaian ringgit iaitu RM10,000 (RM5 x 2,000 unit).

 

Kenapa syarikat buat penyatuan saham?

 

Selepas harga saham jatuh teruk, syarikat ingin meningkatkan harga saham tanpa meningkatkan sebarang nilai kepada syarikat. Ia sekadar mewujudkan perasaan ‘feel good’ sahaja.

 

4. Dividen

Berapa jumlah dividen yang pelabur dapat bergantung kepada jumlah pegangan saham. Dividen diumumkan bagi setiap unit saham.

 

Misalnya, saham A memberikan dividen sebanyak RM0.50 per unit dan kita ada 1,000 unit saham A. Maka jumlah dividen yang kita dapat berjumlah RM500 (1,000 x RM0.50)

 

Dividen kebiasaannya diberikan daripada keuntungan lebihan, walau bagaimanapun ada juga syarikat yang memberikan dividen walaupun tiada keuntungan lebihan.

 

5. Bonus Issue

Nama pun bonus, apabila syarikat memberikan bonus issue, ia samalah seperti kita dapat bonus gaji. Syarikat memberikan saham tambahan kepada pemegang saham.

 

Menurut BursaMarketplace, maksud bonus issue adalah pengagihan dana (kebiasaannya daripada penilaian semula aset atau share premium reserve) kepada pemegang-pemegang saham dalam bentuk saham di mana tiada bayaran diperlukan.

 

Walau bagaimanapun, ia tidak merubah modal pasaran (market cap), jumlah saham akan meningkat manakala harga saham akan turun.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.