
5 Hujah Kenapa Usia Muda Waktu Terbaik Melakukan Pelaburan?
Hang Nadim pada usia yang muda berjaya menyelamatkan Singapura daripada serangan Todak. Al-Fateh pada usia yang muda berjaya menakluk Konstantinopel. Alexander The Great pada usia yang muda berjaya menjadi jeneral perang yang berjaya. Jangan sesekali memikirkan bahawa usia muda anda sebagai penghalang untuk apa sahaja yang anda akan buat.
Dalam hal ini, jangan fikirkan bahawa usia muda adalah penghalang untuk melabur. Dan ramai yang mungkin terkejut apabila mendapat tahu usia yang paling sesuai untuk pelaburan bagi seorang individu ialah pada usia 20-an. Jadi, artikel ini adalah cuba menyakinkan anda semua pembaca, tentang faedah-faedah yang akan dapat kalau melabur pada usia muda. Faedah yang akan diperolehi sekiranya melabur pada usia muda ialah:
Advertisement
- Anda akan memiliki lebih banyak masa pemulihan
Jika anda melabur awal dan mengalami kerugian, anda mempunyai lebih banyak masa untuk menebus semula kerugian pelaburan. Ini berbeza berbanding dengan pelabur yang melabur pada usia yang lebih senja dan tua, mereka akan memiliki masa yang lebih kurang untuk menebus semula kerugian dalam pelaburan. Hipotesisnya, semakin muda anda ketika melabur, semakin banyak masa yang dimiliki ketika masa pemulihan nanti.
- Meningkatkan keupayaan mengambil risiko
Kajian membuktikan bahawa pelabur muda mempunyai lebih banyak keupayaan mengambil risiko daripada yang lebih tua. Pelabur yang lebih tua secara amnya konservatif dan lebih suka kestabilan, seterusnya mengelakkan saluran pelaburan berisiko tinggi. Ada pepatah lama kalau kita membicarakan hal ini dalam dunia pelaburan, yang saya yakin anda yang dah biasa pelaburan akan lebih kenal. Lebih banyak risiko, lebih banyak ganjaran. Kebarangkalian untuk memperoleh pulangan yang lumayan pada usia muda semakin meningkat dengan keupayaan mengambil risiko yang tinggi.
- Membina tabiat menyimpan lebih
Pelaburan pada usia muda sebenarnya membina tabiat menyimpan lebih banyak. Lebih banyak anda melabur, lebih banyak yang anda dapat pada masa hadapan. Tabiat ini akan membuatkan anda lebih cenderung untuk berjimat dalam perbelanjaan, mengurangkan sebarang pembelian yang tidak perlu. Ini semua hanya semata-mata untuk memastikan diri kita memiliki lebihan duit untuk melabur. Belajar berjimat dan menyimpan pada usia yang muda, bahkan daripada tabiat itu, kita berpotensi menggandakan angka simpanan kita, bukankah ia sebuah usaha yang baik?
- Menjamin Masa Depan
Ada ketikanya dalam hidup, kita akan mengalami satu fasa dalam kehidupan yang melibatkan kita terpaksa memakai duit lebih dalam kehidupan. Dan tabiat menyimpan lebih untuk persediaan pelaburan yang terbentuk dek amalan melabur pada usia muda akan mendapat tempatnya. Anda akan memiliki lebihan wang yang anda boleh gunakan pada waktu kecemasan dan darurat kelak. Jadi, secara tak langsung, anda sebenarnya membuatkan masa depan akan lebih terjamin!
- Menyokong Pelan Persaraan
Kehidupan sebagai persara memang dah mencabar. Tetapi dalam dunia marcapada moden hari ini, ia akan jadi lebih berganda susah. Ekonomi yang tidak stabil, wabak yang kita tidak tahu saban bila akan tamat, seharusnya kita dah mula ada pelan persaraan, dan lebih baik, ia bermula pada usia kita hari ini.
Pelaburan yang berjaya pada usia muda, membawa kepada kestabilan kewangan. Dan kestabilan kewangan ini akan membolehkan kita mula menyimpan untuk persaraan pada usia muda. Pada saat orang lain memulakan pelan penyimpanan mereka pada usia 40-an, anda yang melabur pada usia awal, mampu mencapainya pada usia semuda 20-an!
Dan sementara kita masih muda, ia adalah detik terbaik untuk membina kekayaan. Jangan risau, memang pada awalnya, dugaan dan kesukaran kerana melabur pada usia muda ini juga bukan mudah. Contohnya, bukan semua orang pada usia muda memiliki wang yang cukup. Tapi tak akan nak tunggu wang jadi bertimbun baru nak mula melabur? Kita mulakan dengan melabur secara kecilan, dan daripada modal itu, dapatlah kita gandakan keuntungannya kelak.
Yang penting, kita kena beri masa untuk wang kita matang. Dan jangan lupa untuk mengambil pendapat dan nasihat kewangan bagi mendapatkan pandangan pakar. Dan kebetulan, kita sekarang sedang berada dalam Minggu Saham Digital 2021 (MSD 2021). Mungkin sini ialah lubuk nasihat dan pandangan pakar dalam hal kewangan yang kita cari?

Kepada yang tidak tahu, #MingguSahamDigital ini merupakan sebuah rancangan siaran langsung selama 7 hari dari 17 November hingga 23 November 2021. Boleh follow Facebook @MingguSahamDigital atau Youtube www.youtube.com/MingguSahamDigital untuk lebih tahu tentang MSD ini.
Banyak ilmu-ilmu yang boleh kita perolehi daripada siaran langsung ini berkaitan pelaburan dan ilmu tentang perancangan kewangan. Manalah tahu ini adalah permulaan untuk kita semua jadi pelabur muda barangkali?