fbpx

5 Jutawan Dunia Yang Tidak Habis Sekolah

0 279

Ingat tak masa kecil dulu kita sering dimomokkan untuk belajar pandai-pandai, masuk universiti, dapat kerja gaji besar, berkahwin dan mati dengan sangat gembira. Tapi hidup tidaklah berjalan selancar itu.

Hal ini demikian kerana tidak semua orang berjaya mengecapi kejayaan dengan hanya belajar pandai-pandai sahaja. Ada juga yang sekolah tak habis tapi mampu jadi jutawan. Mesti ramai akan terkejut, maka berikut adalah 5 jutawan dunia yang tidak habis sekolah.

Advertisement

1. Bill Gates

Kepada sesiapa yang sering menjadikan komputer sebagai alat penting dalam hidup pasti kenal akan Microsoft. Buat pengetahuan semua, kehadiran Microsoft hari ini sebenarnya bermula apabila pemiliknya iaitu Bill Gates tekad untuk berhenti belajar di Universiti Harvard.

Dari situ Bill Gates mengambil keputusan gila untuk menubuhkan Microsoft bersama-sama Pau Allen. Kegilaan Bill Gates itu membuahkan hasil dengan Microsoft menjadi syarikat perisian komputer paling berjaya dan hanya Apple menerusi MacOS sahaja yang mampu bersaing.

Setakat hari ini, Bill Gates memiliki kekayaan bernilai lebih kurang $122 bilion.

2. Mark Zukerberg

Di Malaysia, Facebook merupakan laman sosial yang mencatat pengguna tertinggi. Oleh sebab itu ada beberapa pendapat pernah berkata jika mahu lihat perubahan di Malaysia, lihat terlebih dahulu pengguna Facebook.

Sebelum Facebook memiliki penggunaan tertinggi, pada asalnya laman ini cipta hanya untuk pelajar Universiti Harvard berkomunikasi dengan lebih mudah. Ekoran daripada sambutan yang menggalakkan, pencipta Facebook iaitu Mark Zukerberg telah berhenti daripada pengajiannya di Universiti Harvard.

Selepas itu, Mark Zukerberg berpindah ke California untuk bekerjasama dengan Dustin Moskovitz dan Chris Hughes untuk terus membangunkan Facebook.

Hasilnya hari ini Facebook menjadi kuasa besar media sosial malah turut menguasai Whatsaap dan Instagram. Mark Zukerberg pula mencatatkan kekayaan sebanyak $102 bilion.

3. Michael Dell

Kalau disebut nama Michael Dell, pasti ramai yang kurang mengenalinya. Namun jika disebut komputer berjenama Dell, mesti ramai yang pernah mendengarnya.

Pemilik Dell iaitu Michael Dell juga telah berhenti daripada pengajian daripada universiti seawal umur 19 tahun. Selepas itu Michael Dell telah menubuhkan PCs Limited sebelum bertukar menjadi Dell.

Jumlah kekayaan Michael setakat ini bernilai sekitar $41 bilion.

4. Steve Jobs

Sebelum menubuhkan Apple di garaj kereta bersama Steve Wozniak, Steve Jobs pada asalnya pernah melanjutkan pelajaran di Kolej Reed tetapi hanya bertahan untuk 6 bulan sahaja.

Beberapa tahun selepas itu barulah Apple ditubuhkan dan berjaya merevolusikan penggunaan telefon bimbit di dunia. Malah Steve Jobs melalui Apple bertanggungjawab mempopularkan skrin sesentuh sebelum diikuti oleh syarikat telefon pintar yang lain.

Asas yang dibina oleh Steve Jobs ini bikin Apple tetap relevan dan masih miliki kelompok peminat tersendiri walaupun harga produk Apple kurang munasabah.

Namun sayangnya, Steve Jobs tidak dapat melihat perkembangan Apple lebih lama kerana telah meninggal dunia pada 2011. Diberitakan Steve Jobs miliki harta bernilai $ 7bilion sebelum meninggal dunia.

5. Evan Williams

Biarpun Twitter merupakan antara platform media sosial paling popular di dunia tapi ramai antara kita yang kurang mengenali pengasasnya.

Evan Williams yang merupakan pengasas bersama Twitter juga tidak menghabiskan pengajiannya di Universiti Nebraska. Walau bagaimanapun, hal itu langsung tidak mengganggu hidup Evan William apabila beliau berjaya menubuhkan Blogger sebelum dibeli oleh Google.

Selain itu Evan Williams juga turut pernah menjadi CEO dan antara BOD di Twitter. Hari ini Evan Williams meletakkan fokusnya kepada Medium dan miliki kekayaan bernilai $2.4 bilion.

Kesimpulannya memang betul tidak semestinya tak habis belajar akan gagal selamanya. Tapi anda harus sedar 5 tokoh di atas itu tangguhkan pengajian di universitin terkemuka. Sementara anda hanya berhenti daripada bersekolah di SMK Pasir Gudang 2. Senang cerita, jauh panggang dari api.

RUJUKAN:

Walker, B. (2021, Jun 21). 16 millionaires who made their fortunes without a college degree. Finace Buzz. Dipetik daripada https://financebuzz.com/millionaires-without-a-college-degree

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.