fbpx

5 Nasihat Kewangan Teragung Mark Cuban

0 1,608

Sebelum capai status billionaire, sejak umurnya sekitar 20 tahun lagi beliau dah lakukan beberapa kerja pelik untuk terus hidup.

Hidupnya berubah apabila beliau jual syarikat pemulanya (start up) iaitu MicroSolutions dengan nilai 6 juta dolar pada tahun 1990.

Advertisement

Sepanjang perjalanan beliau sebelum mencapai ke tahap itu, Cuban mendapati beberapa pengajaran kewangan dan berikut 5 nasihat paling teragung beliau kongsikan ketika sesi temubual bersama Men’s Health.

 

1. Jangan kumpul hutang kad kredit

Pernah tak kita terfikir untuk beli sesuatu barang yang kita tak mampu pun tapi dengan lagak fikiran positif kononnya, kita rasa boleh bayar balik jika beli dengan kad kredit.

Begitulah juga pengalaman perit beliau ketika berumur 20-an.

Beliau tidak menyangkal keperluan akan kad kredit asalkan anda bayar habis tepat pada masanya. Jika sekadar bayar minimum hujung bulan, anda akan terkejut dengan hutang kad kredit yang meningkat lebih laju tanpa disedari.

Bayangkanlah dengan kadar faedah kad kredit 18% atau 20% atau 30% tu, pelaburan biasa pun tak akan mampu beri pulangan sebegitu tinggi.

Beliau menekankan bahawa hutang kad kredit akan menekan anda sehingga tahap anda sendiri pun tak mampu jana duit bersamaan dengan kadar faedah yang dikenakan terhadap anda.

 

2. Jangan beli barang yang diluar kemampuan

Hidup sebagai seorang pelajar. Itulah kata-kata keramat yang beliau pegang sampai sekarang hasil daripada pembacaan buku Cashing in on the American Dream: How to Retire at 35 yang diterbitkan pada tahun 1988.

Tambahan beliau,

The whole premise of the book was that if you could save up $1 million and live like a student, you could retire.

 

Hidup sebagai seorang pelajar disini bermaksud anda hanya akan beli benda yang diperlukan untuk hidup sahaja, selebihnya anda fokus untuk belajar. Dalam konteks beliau pada masa dulu mungkin betul. Tapi bila kita lihat pelajar-pelajar zaman sekarang macam-macam gaya ada.

Senang cerita, belilah benda yang betul-betul dibawah kemampuan anda.

 

3. Kemahiran berunding

Kebanyakan orang tidak sedar akan potensi kemahiran berunding ni. Beliau kongsikan inilah kemahiran yang beliau guna dulu sewaktu dalam kesempitan.

Alat yang paling berkesan adalah duit tunai. Dengan tunai, anda boleh berunding secara terus.

I tell people all the time, if you’re out — you’re going to take a yoga class and they want to charge you $30, say: ‘Look, I’ve got 20 [dollars].’ You know what, they’re going to take it. Negotiating with cash is a far better way to get a return on your investment.

 

Zaman semua serba atas talian ni mungkin susah sikit nak berunding, tapi kemahiran berunding ni bukan setakat runding minta diskaun sahaja. Lebih daripada tu.

Dengan kemahiran ni, anda boleh jual apa sahaja, anda boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, anda boleh kembangkan jaringan kenalan anda, inilah potensi sebenar yang mungkin kita tak nampak.

4. Simpan sehingga cukup setahun perbelanjaan, kemudian melabur

Biasa kita dengar orang nasihatkan untuk simpan sebagai dana kecemasan minimum 6 bulan, itu pun dah terlalu idealistik bagi kita. Ini lagi dahsyat, setahun terus. Terus tak terjangkau dek fikiran kita.

Ada natijahnya, ini kita ceritakan dalam poin seterusnya.

Tambahan beliau, duit simpanan bila dah cukup, simpan dalam instrumen pelaburan yang minimum risikonya supaya ada nilai tambah daripada habis macam tu dibuat belanja.

Secara realistiknya, kita boleh sasarkan simpanan pendapatan kerja-kerja sampingan menggunakan kemahiran kita sehingga mencecah nilai setahun perbelanjaan.

 

5. Beli barang secara pukal

Ada sebab rupanya beliau sarankan simpanan perbelanjaan setahun.

Setiap dari kita memang dah ada barang yang sentiasa kita beli. Habis je beli, habis je beli. Mengapa tidak beli sekali banyak terus?

Beliau beri nasihat agar manfaatkan kelebihan beli barang secara pukal yang mampu menjimatkan anda sehingga 20-40%. Bukankah nilai peratusan tu lebih tinggi daripada peratusan keuntungan pelaburan yang biasa kita dapat?

Tambahan beliau,

And it is easier to be a “smart shopper” than to invest in the stock market

 

Sekali lagi, mungkin terlalu idealistik. Tapi ada betulnya juga kan? Apa salahnya kalau kita berimpian ke arah tu. Peluang lain yang boleh kita manfaatkan adalah beli barang yang memang kita guna tu secara pukal, kemudian cuba jual semula. Tak laku tak apa, memang kita guna pun barang-barang tu.

Kalau terjual Alhamdulillah, ada rezeki lebih boleh sedekahkan barang yang kita beli tu. Dah dapat diskaun beli pukal tu, janganlah berkira sangat nak memberi. Mana tahu makin banyak rezeki melimpah ruah.

Source cnbc.com
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.