fbpx

5 Negara Dengan KDNK Tertinggi Di Dunia

0 495

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) adalah satu cara untuk mengukur keseluruhan ekonomi sesebuah negara itu.

KDNK juga bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu.

Advertisement

KDNK boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti KDNK nominal berasaskan harga semasa, US dollar dan KDNK PPP berasaskan harga semasa pariti kuasa beli, dollar antarabangsa. Berikut adalah 5 negara dengan KDNK tertinggi di dunia.

1. Amerika Syarikat

Amerika Syarikat mencatatkan KDNK nominal sebanyak $21.44 trillion dan KNDK PPP berjumlah $21.44 trillion. Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara miliki ekonomi terbesar di dunia sejak tahun 1871.

Dijangka pada tahun ini ekonomi Amerika Syarikat akan terus berkembang kepada nilai $22.32 trillion. Mungkin juga jangkaan ini sukar dicapai berikutan serangan koronavirus yang semakin membarah negara tersebut.

Amerika Syarikat dikatakan sebagai kuasa ekonomi dunia kerana hampir seperempat ekonomi global berasal dari negara itu.

Jika dinilai melalui pariti daya beli. Amerika Syarikat kehilangan tempat teratas kepada China. Pada tahun 2019, ekonomi Amerika Syarikat berdasarkan KDNK PPP berjumlah $21.44 trillion.

Manakala ukiran dari segi KDNK nominal baka kekurangan. Namun ekonomi Amerika Syarikat dijangka akan meningkat kepada $24.88 trillion pada tahun 2023.

2. China

China mencatatkan KDNK nominal sebanyak $14.14 trillion dan KDNK PPP berjumlah $27.31 trillion. China telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang begitu setelah negara itu beralih arah daripada dasar tutup pintu pada era 80-an.

Hari ini, China telah menjadi “kilang dunia” dimana banyak syarikat yang membuka kilang di negar itu dengan alasan ramai tenaga buruh dan kos rendah. Pada tahun 1980, China adalah ekonomi ketujuh terbesar di dunia dengan KDNK bernilai $305.35 billion.

Sejak daripada itu, ekonomi China senantiasa menunjukkan peningkatan setiap tahun dengan unjuran 10%.

Dari aspek KDNK PPP, China adalah ekonomi terbesar dengan nilai $25.27 trillion. Menjelang 2023, KNDK PPP China dijangkan akan meningkat kepada $36.99 trillion.

3. Jepun

Kredit: Architectural Digest

Jepun mencatatkan KDNK nominal sebanyak $5.15 trillion dan KDNK PPP berjumlah $5.75 trillion. Cabaran Jepun dalam menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar di dunia begitu sukar sekali apabila negara itu dilanda krisis kewangan pada 2008.

mi mula memulih, negara itu mengalami gempa bumi lantas menjejaskan aspek ekonomi serta sosial. Dengan penangguhan Olimpik Tokyo 2020 angkara koronavirus, dijangka ekonomi negara tersebut akan sedikit merosot.

Jepun jatuh ke tempat keempat jika diukur dari segi KDNK PPP dengan jumlah $5.75 trillion pada tahun 2019. Sementara itu, bagi KDNK berkapita bagi negara Jepun pula bernilai sekitar $40,850.

4. Jerman

Jerman mencatatkan KDNK nominal sebanyak $3.86 trillion dan KDNK PPP berjumlah $4.44 trillion.

Jerman merupakan kuasa ekonomi terbesar di Eropah pada pada skala global negara ini menduduki tempat keempat. KDNK dari segi pariti daya beli bagi Jerman adalah $4.44 trillion dan dari segi berkapita berjumlah $46,560.

5. India

India mencatatkan KDNK nominal sebanyak $2.94 trillion dan KDNK PPP berjumlah $10.51 trillion.

Negara India mencatatkan perkembangan ekonomi paling pesat berkembang di dunia walaupun sering kali dijoloki sebagai negara miskin. Bahkan India menduduki rangking kelima ekonomi global mengatasi United Kingdom dan Perancis.

Negara ini berada pada kedudukan ketiga berdasarkan KDNK dari segi pariti daya beli dengan jumlah $11.33 trillion. Pada sekitar tahun 1980, ekonomi India hanyalah bernilai $189.438 billion iaitu rangking ke-13 ekonomi dunia.

Hari ini, India telah meningkat dengan mendadak tetapi ianya masih lagi belum berikan kesan yang signifikan kepada rakyatnya.

Source Silver, C. (2020, Mac 18). The top 20 economies in the world. Investopedia.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.