fbpx

5 Pesanan Terbaik Daripada Elon Musk Kepada Pekerja

0 190

Elon Musk merupakan seorang ahli perniagaan dan ketua yang begitu berjaya sekali. Beliau telah lalui banyak kesusahan sebelum mampu menjadi seorang begitu penting pada hari ini.

Kemuncaknya adalah Elon Musk berjaya memiliki SpaceX yang bakal memberikan khidmat pelancongan angkasa kepada masyarakat dunia.

Advertisement

Menjelang tahun 2008, Elon Musk telah dilantik untuk mengetuai syarikat automatif masa hadapan iaitu Tesla Motor.

Malahan Elon Musk juga bertanggungjawab dalam menggagaskan Solar City dengan menggunakan sepenuhnya tenaga solar untuk meminimumkan pencemaran global. Berikut adalah 5 pesanan terbaik daripada Elon Musk.

1. Tetapkan matlamat

Jangan tetapkan matlamat anda dengan slogan seperti “aku mahu jadi kaya” ataupun “aku mahu cepat naik pangkat”.

Tetapkan matlamat yang bermakna serta memberikan kesan mendalam dalam kehidupan anda. Sentiasa fikirkan apa yang anda boleh beri kepada syarikat, mungkin sesuatu yang baru dan bikin syarikat menganggap anda adalah aset.

2. Berikan idea

Usah anggap idea anda kepada syarikat sebagai tidak berguna dan kurang relevan. Persembahkan idea tersebut kepada insan yang anda percayai sudah tidak disabotaj di akhir waktu.

Pastikan anda percaya dan yakin dengan idea anda sendiri serta bersifat realistik denga kemampuan syarikat. Paling penting adalah anda harus sentiasa bersedia jika ada orang lain ingin membicarakan atau menambahbaik idea anda.

3. Lakukan kerja ikut kemampuan

Kalau tidak mampu, jangan lakukan beberapa kerja dalam keadaan serentak walaupun itu sangat bagus untuk syarikat.

Fokus kepada kerja anda dan bangunkan satu pasukan untuk bersama-sama menjalankan projek syarikat.

Dalam masa yang sama, anda harus bekerja keras tetapi bukanlah membikin banyak kerja.

4. Tidak takut akan kegagalan

Kegagalan adalah perkara biasa dalam menggapai sebuah kejayaan. Jadikan kegagalan itu sebagai sahabat rapat anda.

Hal ini bermaksud anda perlu belajar sesuatu daripada kegagalan tersebut lantas sentiasa mencuba sehingga mampu menjadi seperti yang dikehendaki.

Jangan jadikan kegagalan sebagai alasan untuk kita terus mengalah dan redha dalam kehidupan.

5. Jadilah pekerja luar biasa

Semua orang boleh memilih untuk menjadi “pekerja biasa” dengan hujung bulan dapat gaji, bayar hutang dan ulang perkara itu sehinggalah bersara.

Anda boleh sahaja memilih untuk menjadi “pekerja luar biasa” dengan melakukan beberapa perkara diluar kotak fikiran syarikat. Apa yang penting adalah senantiasa berusaha, berprinisp dan yakin dengan tindakan sendiri.

Source Jones, P. (n.d). Top 5 best pieces of advice from Elon Musk. The Job Network.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.