fbpx

5 Sebab Kenapa Berbelanja Di PKS Beri Kelebihan Kepada Pengguna

0 81

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan telah menyebabkan beberapa sektor perniagaan terjejas teruk.

 

Perniagaan kecil dan sederhana (PKS) antara salah-satu sektor yang terkena tempias tersebut. Situasi itu telah menyebabkan beberapa PKS terpaksa tutup dan jika ada yang bertahan pun perlu membuang beberapa orang pekerja.

 

Advertisement

Ianya satu keadaan yang sangat tidak sihat kepada ekonomi tempatan. Jadi sebagai rakyat yang patriotik, kita harus menyokong PKS unttuk terus bertahan. Berikut adalah 5 sebab kenapa berbelanja di PKS beri kelebihan kepada kita.

Kredit: Berita Harian

1. Perkhidmatan yang terbaik

Pemilik perniagaan kecil dan industri pasti akan berusaha keras memberikan servis yang terbaik kepada pelanggannya bagi memastikan syarikat terus mandiri.

 

Jika ianya dimiliki oleh jiran dan rakan anda, mereka akan cuba berikan layanan yang selayaknya kepada anda.

 

Malahan mereka akan membina hubungan yang baik dengan masyarakat bagi memastikan perniagaan mereka senantiasa menjadi pilihan dan berdaya saing.n

 

2. Produk yang unik

Jika diperhatikan, beberapa produk yang dihasilkan oleh PKS begitu sukar untuk ditemui di tempat lain. Hal ini menjadikannya istimewa dan anda sebagai pelanggan patut mendapatkannya.

 

Sebagai contoh, produk keropok yang dihasilkan daripada ikan patin di Jerantut begitu unik sekali dan sukar didapati. Jika anda hanya mahu dapatkan produk yang biasa, anda akan temui perkara seumpama itu secara pukal di tempat lain.

 

3. Menyokong hasil tangan orang tempatan

Perniagaan kecil dan sederhana pastinya hadir dengan begitu banyak kreativiti. Sebagai contoh, terdapat begitu banyak sekali PKS yang menjual produk-produk hasil tangan daripada tempatan seperti tanjak misalnya.

 

Ianya boleh item yang anda mungkin sukar untuk dapatkannya dan perlu harga tinggi untuk membeli.

 

4. Meningkatkan ekonomi tempatan

Wang yang anda belanjakan untuk membeli produk daripada PKS sangat membantu mereka untuk berkembang.

 

Bahkan rantaian itu akan terus membantu masyarakatn sehinggalah kepada mereka yang paling susah.

 

Musim PKP ini menuntut kita semua untuk terus bersama-sama menyokong produk tempatan ke akhirnya manfaat itu akan mengalir kepada kita juga.

 

5. Baik untuk kesihatan

Menyokong perniagaan kecil dan sederhana adalah baik untuk diri anda kerana terdapat dua sebab. Pertama, ianya akan membawa anda keluar daripada rumah lantas pergi kepada pasar pagi dan pasar tani misalnya.

 

Kalau di Pahang, pasar ini lebih kenali sebagai pekan sari dan yang paling terkenal sekali terletak di Temerloh. Secara tidak langsung akan dapat mengeluarkan peluh lalu membeli pelbagai barangan segar.

 

Kedua, anda dapat menikmati produk yang bebas bahan kimia seperti sayuran dan buahan. Kebiasaannya, sayur dan buah yang dijual di pasar pagi ditanam secara tradisional dan organik.

 

Jadi, ianya dapat menghindarkan kita daripada segala kemungkinan produk berpotensi beracun.

 

Oleh itu kepada anda semua, ayuh kita sokong produk keluaran tempatan lantas dapat menaiki ekonomi negara.

 

Sampai bila kita harus pesimis dengan produk tempatan? Sedangkan kualiti menyamai taraf produk luar negara.

Source Commonwealth Financial Group. (n.d). 5 reasons that shopping local benefits you.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.