fbpx

5 Sistem Matawang Lama Yang Pernah Digunakan Oleh Malaysia

0 158

Matawang merupakan satu alat yang penting dalam melancarkan aktiviti jual beli tidak kiralah baru atau lama di Malaysia. Namun sebelum wujudnya matawang, masyarakat mengunakan sistem barter.

Masalahnya adalah pertukaran antara dua barang kadang kala tidak setara nilainya. Jadi masyarakat mula beralih arah kepada sistem matawang.

Advertisement

Matawang terawal yang boleh dijejaki di Malaysia adalah pada abad ke 3 dengan menggunakan kulit siput geweng.

Selepas itu, ianya terus berkembang sehinggalah penggunaan ringgit pada hari ini. Berikut adalah 5 sistem matawang lama yang pernah digunakan oleh Malaysia.

 

1. Dolar Pulau Pinang

Penang Dollar
Kredit: NumisBids

Dolar Pulang Pinang merupakan matawang yang dihasilkan ketika tahun 1789 hingga 1826.

Matawang ini diperkenalkan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) setelah peristiwa penyerahan Pulau Pinang Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light pada 1786.

Dolar Pulau Pinang juga dikenali sebagai pice dan miliki nilai yang setara dengan dolar Sepanyol.

Baca juga 4 Perkara Menarik Tentang Dolar AS Yang Perlu Anda Tahu

Walau bagaimanapun menjelang tahun 1837, rupee India telah menggantikan dolar sebagai mata wang Negeri-Negeri Selat. Hal ini demikian kerana Negeri-Negeri Selat ditadbir secara langsung daripada British India.

 

2. Dolar Selat

Dolar Selat
Kredit: CGB

Dolar Selat adalah matawang yang digunakan pada tahun 1898 sehingga 1939.

Apa yang menariknya, matawang ini tidak terhad di Negeri-Negeri Selat sahaja malahan digunakan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara.

Pada awal penggunaan Dolar Selat, matawang itu mengalami penyusutan dalam tempoh 8 tahun berturut-turut. Hal ini memaksa British menambat Dolar Selat bersamaan dua syiling empat pence matawang sterling.

Serentak dengan itu juga British telah memperkenalkan duit syiling bersaiz dolar dalam logam perak dan dibentuk untuk digunapakai secara rasmi di Negeri-Negeri Selat. Akhirnya matawang tersebut telah digantikan oleh Dolar Malaya pada tahun 1939.

 

3. Dolar Malaya

dolar malaya
Kredit: Wikipedia

Dolar Malaya merupakan matawang yang digunakan oleh tanah jajahan British di Semenanjung Tanah Melayu dan Brunei sehingga tahun 1953.

Matawang ini diperkenalkan pada 1939 bagi menggantikan Dolar Selat pada nilai par dengan 1 dolar Malaya bersamaan dua syiling empat pence sterling.

Dolar Malaya telah dikeluarkan oleh Lembaga Matawang Malaya dan ketika pendudukan Jepun, Dolar Malaya terpaksa menghentikan pengeluarannya.

Malahan operasi Lembaga Matawang Malaya telah berpindah ke London dan masih menerima tukaran Dolar Malaya dari orang tertentu sahaja.

Para penduduk pula masih lagi menyimpan matawang lama tersebut kerana percaya peningkatan inflasi di Semenanjung Tanah Melayu angkara kerakusan Jepun mengeluarkan nota mereka sendiri dengan begitu banyak.

Akhirnya, nota Jepun menjadi hampir tidak ternilai.

 

4. Dolar Jepun

dolar jepun
Kredit: Abu Luqman

Kejatuhan Singapura secara rasmi pada 15 Februari 1942 kepada Jepun telah menyebabkan negara imperialisme itu memperkenalkan matawang baru bagi menggantikan Dolar Malaya.

Matawang baru itu memiliki nilai yang sama dengan Dolar Malaya. Namun masalah mula timbul apabila matawang baru ini agak lambat memasuki Semenanjung Tanah Melayu dan matawang sedia ada tetap digunakan.

Tanpa kawalan yang khusus, Jepun telah mencetak matawang baru ini tanpa batasan. Hal ini telah menyebabkan berlakunya hiperinflasi dan susut nilai yang teruk dalam nilai Dolar Jepun.

Peningkatan inflasi ini ditambah lagi dengan sekatan secara berterusan oleh pihak bersekutu terhadap ekonomi Jepun.

Selepas sahaja kejatuhan Jepun, matawang Dolar Jepun menjadi semakin tidak relevan dan tidak bernilai. Malah sehingga ke hari ini, Jepun enggan menerima matawang tersebut bagi pertukaran matawang.

Bagi penduduk yang masih menyimpan Dolar Malaya, mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan setelah kehadiran semula British.

 

5. Dolar Malaya dan British Borneo

dolar malaya dan british borneo
Kredit: Numista

Dolar Malaya dan British Borneo dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya & British Borneo pada 1953 sehingga 1967.

Matawang ini telah digunakan pakai di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak Brunei, Borneo Utara.

Setelah itu, penggunaan Dolar Malaya & British Borneo telah dimansuhkan pada tahun 1969 dan digantikan dengan matawang baru iaitu Ringgit Malaysia.

Baca lain: 5 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ringgit Malaysia

Source Mohd Amim Othman & Husniyah Abdul Rahim. (2008). Sejarah matawang dari era penjajahan portugis sehingga ke pembentukan Bank Negara Malaysia. Jurnal Pengguna Malaysia, 31(2008), 105-125.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.