fbpx

5 Syarikat Paling Tua Di Dunia

0 1,064

Dalam dunia perniagaan, jatuh dan bangun sesebuah syarikat itu adalah perkara. Adakalanya untung sampai mampu memonopoli dan adakalanya rugi sampai melingkup. Persoalannya ada ke syarikat yang mampu bertahan lama, mungkin melebihi ratusan tahun?

Nampak macam tak logik sebab syarikat paling kaya di dunia seperti Syarikat Hindia Timur Belanda juga turut lingkup.

Advertisement

Tapi sebenarnya terdapat beberapa syarikat yang berjaya bertahan melangkaui ratusan tahun malah menuju ke 1 abad. Antaranya adalah;

1. Kongo Gumi

Kongo Gumi merupakan syarikat yang digagaskan oleh imigran daripada Baekje iaitu kerajaan lama Korea pada tahun 578 masihi. Tujuan utama penubuhan syarikat ini adalah untuk membina kuil-kuil Buddha diserata Jepun.

Setelah hampir 1429 tahun bertahan, syarikat ini telah diumumkan muflis kerana terjerat dengan krisis ekonomi yang melanda Jepun. Namun dua tahun selepas itu, syarikat ini kembali bernyawa apabila diambil alih oleh Takamatsu Ltd.

Hari ini, Kongo Gumi masih mengekalkan fungsi utamanya iaitu membangunkan kuil serta membaikpulih bangunan bersejarah.

2. Nishiyama Onsen Keiunkan

Nishiyama Onsen Keiunkan telah diasaskan oleh seorang bangsawan Jepun iaitu Fujiwara Mahito pada tahun 705 masihi. Penubuhan syarikat ini adalah untuk menjadi tempat penginapan ataupun persinggahan bagi para shogun dan samurai.

Dengan kehadiran air panas semula jadi yang tidak kering, syarikat ini telah bertahan selama 1300 tahun tanpa bertukar pemilikan. Malah keluarga yang sama sejak tahun 705 masih lagi memiliki syarikat itu.

Selain itu, Nishiyama Onsen Keiunkan turut diiktiraf oleh Guinness World of Record sebagai hotel tertua di dunia.

3. Sennen No Yu Koman

Sennen No Yu Koman adalah syarikat penghotelan tradisional Jepun yang digagaskan oleh Gonnokami Hiuke pada tahun 717 masihi. Pada asalnya, Sennen Yu Koman yang berfungsi sebagai rumah penginapan sahaja sebelum bertukar menjadi hotel apabila berlaku sedikit penambahan bilik.

Bagi mereka yang mahu rasai hidup di seperti zaman shogun, hotel ini adalah pilihan terbaik. Anda akan merasai sendiri bagaimana masyarakat tradisional Jepun menjalankan kehidupan seharian.

4. Houshi Ryokan

Houshi Ryokan adalah antara hotel tertua di Jepun yang masih wujud sehingga ke hari ini. Syarikat yang diasaskan oleh Garyo Houshi telah bertahan selama 1300 tahun dan masih dipegang oleh generasi sama.

Hari ini, hotel tersebut masih lagi menjadi pilihan pelancong untuk merasai pengalaman hidup orang Jepun di zaman silam.

5. Genda Shigyo

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 771 masihi dengan peranan utamanya adalah membuat kertas bagi acara keagamaan dan mizuhiki.

Sejak 1300 tahun dahulu kertas dan mizuhiki yang dihasilkan oleh Genda Shigyo tetap digunakan oleh rakyat Jepun sehingga ke hari.

Hal itulah yang membuatkan syarikat ini terus bertahan walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran seperti kemelesetan ekonomi Jepun.

Kesimpulannya orang selalu cakap untuk bertahan dalam perniagaan, kita perlu mempelbagaikan produk. Namun di Jepun berlainan pula kerana mereka masih setia dengan fungsi utama dan mampu bertaham dengan lama.

Jangan terkejut kerana terdapat begitu syarikat Jepun yang mampu bertahan melangkaui 1000 tahun. Di Malaysia pula, kita memiliki Pos Malaysia sebagai syarikat tertua yang ditubuhkan semenjak era penjajahan British.

RUJUKAN:

Asano, J. (2016, Disember 26). The three oldest hotels in the world. All About Japan. Dipetik daripada https://allabout-japan.com/en/article/3724/

EricGrundhauser. (n.d). Nishiyama Onsen Keiunkan. Atlas Obscura. Dipetik daripada https://www.atlasobscura.com/places/nishiyama-onsen-keiunkan

Holloway, A. (n.d). Kongo Gumi: Oldest continuously operating company survives 1,400 Years before crash. Ancient Origins. Dipetik daripada https://www.ancient-origins.net/history/kongo-gumi-oldest-continuously-operating-company-survives-1400-years-crash-003765

Kanert, M. (2016, Julai 19). The oldest paper company in Japan. All About Japan. Dipetik daripada https://allabout-japan.com/en/article/3532/

Leleu. C. (2019, Disember 5). Houshi Ryokan, the world’s oldest hotel. Pen. Dipetik daripada https://pen-online.com/travel/hoshi-ryokan-the-worlds-oldest-hotel/?scrolled=1

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.