fbpx

6 Langkah Untuk Menjamin Kesihatan Kewangan Pada 2021

0 222

Beberapa hari lagi, kita bakal memasuki tahun baru 2021 dengan suasana yang berbeza berikutan serangan Covid-19 masih lagi belum tamat.

Tahun 2020 menyaksikan begitu ramai yang terkesan apabila pemberhentian kerja secara besar-besaran terjadi kerana ketidakmampuan syarikat menanggung kos operasi.

Advertisement

Jadi kita harus ambil iktibar dengan apa yang telah dan sedang terjadi pada hari ini. Berikut adalah 6 langkah yang boleh anda ambil bagi memastikan kantung kewangan senantiasa sihat pada 2021 agar boleh digunakan untuk situasi diluar jangkaan.

 

1. Lupuskan Semua Hutang

debt
Kredit: Money101

Perkara paling penting sekali dalam menjamin kesihatan kewangan pada 2021 adalah dengan membayar segala hutang yang wujud.

Anda boleh menyemak kembali beberapa hutang yang telah dibuat seperti pajak gadai, pinjaman PTPTN, kad kredit dan bermacam lagi.

Kalau boleh, lupuskan hutang ini secepat mungkin dan jika tidak boleh, anda perlu merancang untuk selesainya satu persatu mengikut kemampuan. Anda boleh bermula dengan merombak kembali kos sara hidup dengan mengurangkan sedikit perbelanjaan.

Lebihan duit tersebut boleh digunakan untuk membayar hutang sehingga semuanya selesai. Tidak mengapa jika anda hanya mampu makanan biasa sahaja, apa yang penting hidup anda bebas hutang.

Baca juga 3 Strategi Langsai Hutang Ini Mungkin Boleh Bantu Anda

 

2. Membuat Anggaran Bajet

budget
Kredit: Money Crashers

Dalam membuat anggaran bajet, anda perlu bersikap realistik dengan kemampuan kewangan anda. Hal ini tidak membawa maksud anda mesti menjimatkan perbelanjaan sehingga memberi kesan yang buruk dalam kehidupan anda.

Jika anda ingin menetapkan matlamat kewangan dengan membuat anggaran bajet, pastikan ianya mampu dilaksanakan dan tidak memberi kesukaran kepada anda.

Katakanlah, pendapatan bulanan anda sekitar RM1300 dan anda ingin membeli Iphone 12 Pro Max berharga RM6000 pada hari terakhir 2021. Ianya tidak realistik kerana hampir 40 peratus gaji anda akan digunakan hanya untuk membeli Iphone tersebut.

Jika mahu tahu apakah telefon pintar yang sesuai dengan bajet anda boleh baca di sini

Jadi nak selesaikan masalah itu, anda perlu buat kerja sampingan ataupun beralih kepada telefon yang lebih berpatutan.

 

3. Kawal Perbelanjaan

spending tracker
Kredit: Maketecheasier

Bermula hari pertama tahun 2021, anda perlu mencatat segala keluar masuk duit terutama dalam perbelanjaan.

Jika anda ingin mendapatkan sesuatu produk ataupun makanan, pastikan anda membuat perbandingan harga dan fikir apa keperluan memberi barang itu.

Anda juga boleh tamatkan sahaja beberapa langganan yang kurang memberi manfaat seperti Netflix dan Spotify.

Catatan keluar masuk perbelanjaan boleh anda bikin secara tradisional ataupun dengan bantuan beberapa aplikasi.

Baru-baru ini, Maybank telah memperkenalkan Made For Me (MAE) yang memboleh anda melihat perbelanjaan bulanan secara mudah. Jadi bila sudah buat catatan, anda akan lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Baca juga Impak PKP Terhadap Perbelanjaan Isi Rumah

 

4. Tetapkan Matlamat Kewangan

financial goals
Kredit: Money Crashers

Setiap kali masuk tahun baru, anda perlu menetapkan apa-apa sahaja matlamat kewangan bagi memastikan anda terus berdisiplin dalam menyimpan wang. Walau bagaimanapun, pastikan matlamat kewangan tersebut realistik.

Sebagai contoh anda mahu membina tabung simpanan sendiri. Anda boleh bermula dengan menyimpan 20 peratus gaji ke akaun berlainan sebelum bahagikan untuk komitmen.

Konsistensi begitu penting jika anda bertekad untuk mencapai matlamat kewangan dalam masa yang telah ditetapkan.

 

5. Dana Kecemasan

emergency funds
Kredit: Business First Family

Bina atau tambah dana kecemasan akan membantu anda jika berlaku apa-apa situasi diluar jangkaan seperti perbentian kerja secara mengejut di era pandemik.

Jadi anda boleh membina dana kecemasan yang mampu menanggung kos sara hidup selama enam sehingga setahun sebelum anda memperoleh kerja baharu.

Baca juga Tip Bina Dana Kecemasan Dari Kosong

Dana kecemasan ini juga berguna jika anda dilanda penyakit yang membataskan anda untuk bekerja dan mencari wang.

 

6. Tambah Pendapatan Semasa

freelance work
Kredit: Money Crashers

Jika anda mahukan wang lebih untuk membuat banyak simpanan, anda mungkin boleh meneroka potensi diri untuk ditukarkan kepada wang. Hari ini kita melihat begitu banyak yang inginkan pekerja freelance yang kebiasaannya dibayar dengan nilai tinggi.

Anda boleh ambil kerja itu andai ianya tidak memberikan kesan kepada pekerjaan hakiki anda. Selain itu, anda boleh menyertai gig ekonomi melalui penghantaran makanan seperti Foodpanda dan Grabfood.

Pekerjaan ini boleh memberikan pendapatan yang agak lumayan walaupun anda sekadar bekerja separuh masa.

Source How To Money Australia. (2020, Mac 18). Your 10 step financial health checklist. Reilly, S., Port, J., & Spear, A. (n.d). Financial health check: what you need to know. The Universiti Of Melbourne.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.