fbpx

6 Nasihat Pemilik Mydin Kepada Usahawan Muda

0 191

Mydin merupakan rangkaian pasar raya yang telah digagaskan oleh Allahyarham Tuan Mydin Mohamed di Kota Bharu, Kelantan pada Ogos 1957.

Sejak daripada itu Mydin telah berkembang dengan pembukaan cawangan pasar raya di serata negeri.

Advertisement

Malahan berjaya menjadi satu-satu pasar raya besar milik muslim tanpa dapat digugat. Hari ini pemilikan Mydin telah dipegang oleh Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin sebagai pengarah urusan. Berikut adalah enam nasihat pemilik Mydin kepada usahawan muda.

 

1. Jangan Takut Lakukan Perubahan

Sesebuah perniagaan itu akan menjadi maju jika pemilik dan pengasasnya berupaya melakukan perubahan. Walau bagaimanapun, setiap perubahan yang dilakukan pasti diiringi oleh risiko jika ianya tidak berjaya.

Kesabaran dan semangat yang tinggi adalah kunci utama untuk berjaya dalam melakukan perubahan. Usah terlalu berharap kepada kejayaan dan kekayaan segera kerana ianya tidak akan hadir dengan jalan begitu singkat.

 

2. Fokus Terhadap Perniagaan

Sentiasa bekerja keras dan fokus untuk memajukan perniagaan dan buatlah apa yang anda mahu bagi menambah nilai terhadap perniagaan tersebut.

Awas, jangan sampai tindakan anda secara semberono untuk memberi kesan kepada perniagaan. Jangan jalankan perniagaan semata-mata mahu kaya sahaja kerana fokus itu akan membuat kita tidak mampu capai kerjayaan.

 

3. Berintegriti

Amalkan sikap jujur dalam apa-apa sahaja yang anda lakukan bagi memperoleh berkat. Dalam perniagaan contohnya, anda mesti jujur dalam menjual produk.

Jangan campurkan produk yang rosak dan elok semata-mata kerana mahu mengaut keuntungan maksima.

Berniagalah dengan ikhlas dan anggap apa yang anda buat adalah satu amal ibadah. Nescaya anda akan dapat menerima ganjaran yang selayaknya.

 

4. Sesuaikan Gaya Kepimpinan Mengikut Keadaan

Pendekatan pengurusan daripada pihak atasan turun kepada tenaga kerja bawahan mungkin prosedur yang biasa digunakan oleh majikan.

Namun jika anda berurusan dengan golongan muda, anda boleh gunakan pendekatan yang lebih mesra dan lembut.

Jiwa muda yang sedang ghairah ingin memberontak tidak akan boleh terima jika diperintah menggunakan cara tradisional. Jadi sesuaikan gaya kepimpinan anda itu mengikut situasi yang diperlukan.

 

5. Prihatin Dengan Masa

Perkara paling penting dalam membangunkan perniagaan dan lakukan benda-benda lain adalah masa. Jika tidak tepati masa, anda akan gagal lakukan kesemuanya.

Dalam perniagaan, anda perlu jalankan kerja secara berdisiplin dan berstruktur. Bermakna syarikat memiliki tatacara yang jelas dalam pengendalian serta menghormati masa.

Bagi mereka yang terlibat dengan peruncitan, perincian akan menjadi begitu penting dalam hidup anda. Ianya diperlukan bagi pengiraan stok bagi menjamin bekalan terus ada tanpa putus.

 

6. Jangan Bersikap Sombong

Jika anda sudah berjaya sekalipun, usahlah bersikap sombong dengan tanggapan anda tidak bisa dikalah. Jangan sampai kesombongan itu membuatkan anda memandang rendah kepada pesaing-pesaing anda.

Lihat sahaja Nokia, mereka terlalu bangga dan gah dengan Symbian sehingga tidak mahu menerima sistem android. Pada akhirnya Nokia jatuh pada ketika jenama telefon bimbit lain sudah menggunakan android.

Nokia cuba bangkit dengan Microsoft phone tetapi ianya hanya bersifat sementara sebelum turut sama tidak mendapat sambutan.

Source Eza. (2018, Oktober 26). Kisah pengasas pasaraya MYDIN dan sejarah penubuhannya. Majalah Labur. Leaderonomics. (2017, Mac 6). The Leaderonomics Show: Berfikirlah dengan minda, buatlah keputusan dengan hati.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.