fbpx

6 Sebab Kenapa Harga Air Starbucks Sangat Mahal?

0 1,812

Baru-baru tular video seorang wanita menangis tatkala teman lelakinya bertanyakan berapa harga air Starbucks. Malah ada yang beranggapan golongan bergaji rendah tidak layak untuk menikmati Starbucks atas alasan pembaziran.

Namun itu bukanlah persoalanya utama, masalahnya sekarang kenapa harga air starbucks sangat mahal? Padahal kita rasa buat sendiri kopi dekat rumah lebih murah.

Advertisement

1. Jenama

Selama bertahun-tahun, Starbucks berjaya mencipta begitu ramai pelanggan setia. Hal ini dapat dilihat apabila Starbucks seringkali menjadi persinggahan orang ramai sebelum memulakan tugas untuk di pejabat. Selain itu, Starbucks juga menawarkan pengalaman dan suasana menikmati kopi yang sangat premium.

Jadi tidak hairan, Starbucks masih mendapat tempat di hati pelanggan walaupun harganya sangat mahal. Pelanggan bukan sekadar membayar secawan Starbucks sahaja malah termasuk pengalaman di sana.

2. Rasa

Cuba bandingkan rasa kopi yang ada buat sendiri dan kopi mamak dengan kopi daripada Starbucks? Pastinya rasa kopi Starbucks lebih memikat hati.

Buktinya, Starbucks menjadi pencetus kepada kehadiran espresso dalam pasaran. Sebelum ini, kita hanya dapat minum kopi yang ditapis dan ditambahkan air. Kehadiran Starbucks bersama espresso telah bikin citarasa terhadap kopi berubah lantas terus mendapat sambutan.

Oleh sebab itu, usah pelik jika ada pelanggan sanggup bayar begitu mahal hanya untuk secawan kopi yang enak dan beraroma.

3. Ketagih

Kopi boleh dikatakan sebagai dadah yang halal dijual beli. Hal ini demikian kerana unsur utama dalam kopi iaitu kafein memberikan ketagihan yang cukup dahsyat.

Jika anda sudah terbiasa menikmati secawan kopi Starbucks setiap pagi, sangat mustahil untuk anda berhenti minum dalam masa terdekat.

Maka, kenaikan ataupun harga yang mahal tidak akan pernah sesekali menghalang anda menikmati Starbucks walaupun duit sudah senipis iman.

4. Menjaga Pekerja Dengan Baik

Starbucks merupakan antara syarikat yang menawarkan gaji pokok yang agak tinggi berbanding gaji pokok ditetapkan oleh kerajaan. Di samping itu, Starbucks juga menyediakan cuti berbayar, insurans kesihatan dan lain-lain untuk para pekerjanya.

Segala kelebihan yang diberikan oleh Starbucks kepada pekerjanya pasti akan melibatkan kos yang tinggi. Namun itu semua masih lagi dalam kawalan kerana ditampung oleh harga minuman yang sangat tinggi.

Bagi pihak pelanggan pula, inisiatif yang diberikan oleh Starbucks ini melahirkan budaya kerja yang beretika. Maka, situasi itu akan memberikan keselesaan kepada pelanggan untuk mereka datang buat kali kedua lantas membeli minuman walaupun harganya mahal.

5. Lokasi Yang Strategik

Kalau anda perasan, kebanyakkan Starbucks terletak di kawasan kejiranan mewah dan bandar-bandar utama.

Kenapa Starbucks buka di kawasan sedemikian?

Starbucks tahu kawasan tersebut miliki pelanggan yang mampu membeli minuman mereka secara konsisten walaupun harga mahal. Maka mereka tidak akan rugi walaupun buka di kawasan kejiranan mewah.

Hal ini bermakna segala kos overhead seperti sewaan tapak dan utility dibayar oleh pelanggan melalui pembelian air Starbucks setiap hari.

6. Kenali Diri Dan Kenali Pelanggan

Ramai orang hari ini berniaga tanpa mengenali diri dan mengenali pelanggan hingga menyebabkan perniagaan mereka bungkus begitu sahaja.

Lain pula dengan Starbucks kerana mereka kenali diri dahulu iaitu melalui servis barista dan suasana kedai yang mengasyikkan. Manakala, target pasaran mereka adalah lebih kepada golongan M40 dan T20.

Starbucks sedar, T20 sangat mempengaruhi golongan B40 terutamanya dalam mencipta trend. Maka secara tidak langsung trend yang dimulakan oleh T20 seperti buat kerja di Starbucks dan ambil gambar cawan lantas tayang di Instagram mula menjadi ikutan B40.

Senang carita sekarang ini, hampir kesemua pelanggan mula menikmati Starbucks walaupun ada yang kata harganya serupa yahudi mabuk.

Kesimpulannya, Starbucks boleh menjadi contoh kepada peniaga di luar sana untuk belajar bertahan dalam dunia perniagaan walaupun jual produk yang mahal. Jangan pula terlalu sangat buat promosi sehingga pelanggan menjadi terlalu selesa. Apabila kembali ke harga asal, pelanggan mula berkurangan.

RUJUKAN:

Thomas, M. (2021). Why is Starbucks so expensive? (13 reasons why). Querysprout. Dipetik daripada https://querysprout.com/why-is-starbucks-so-expensive/

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.