fbpx

6 Sumber Dana Pelabur Luar Untuk Perniagaan

0 151

Pertumbuhan syarikat pemula atau ‘startup’ hari ini meningkat naik seiring dengan perkembangan teknologi yang berkembang pesat.

Oleh itu, adalah menjadi norma baru bilamana usahawan mencari dana tambahan daripada pelabur luar untuk perniagaan mereka. Perkataan yang lebih sinonim adalah ‘fundraising’.

Advertisement

Sehingga 14 Jan 2019, menurut Yussuf Jaafar Pengurus Program Global Accelerator Programme MaGIC, dianggarkan sebanyak 3,000 startup telah wujud di Malaysia.

Tambahannya, lebih kurang 20% kadar kejayaan startup untuk terus bertahan.

Tidak dinafikan lagi, salah satu faktor yang menyumbang kepada kebolehtahanan sesebuah start up adalah keupayaan kewangan.

Menurut statistik, terdapat 1.75 bilion dolar modal teroka (venture capital) yang tersedia di Malaysia. Namun, hanya 50% telah digunakan sehingga Januari 2019.

Bicara pasal modal teroka, itu adalah salah satu sumber untuk dapatkan dana tambahan. Ada beberapa lagi yang akan kita kupaskan.

Sebelum itu, perlulah kita fahamkan kenapa perlunya untuk mencari dana tambahan?

 

Tujuan Dana Pelabur Luar

Mencari dana pelabur luar ni telah menjadi skeptikal kerana terdapat sesetengah pihak yang hanya tubuhkan perniagaan sekadar mahu habiskan geran yang ditawarkan.

Amalan ini sebenarnya tidak sihat. Secara tidak langsung telah memberikan persepsi negatif terhadap penggiat bisnes yang lain, usahawan yang betul-betul serius dan buntukan bantuan kewangan.

Berikut 4 tujuan untuk dapatkan dana daripada pelabur luar.

 

1. Kembangkan Operasi

  • Tambah cawangan
  • Luaskan premis perniagaan

 

2. Beli Aset (Capital Expenditure)

  • Beli hartanah
  • Beli kilang
  • Beli kenderaan syarikat
  • Beli mesin

 

3. Tambah baik operasi sedia ada

  • Tambah pekerja
  • Tambah peruntukan pemasaran
  • Tambah modal pusingan

 

4. Merger & Acquisation

  • Beli syarikat lain/pesaing

 

Memahami tujuan peruntukan dana luar sangat penting bagi seseorang pelabur yang berminat untuk labur dalam sesebuah syarikat. Ini kerana, sesuatu tujuan itu boleh melambangkan sama ada syarikat tersebut dalam keadaan yang sihat atau tidak.

Baik, dah faham tujuan, sekarang barulah kita boleh teliti daripada mana dana itu boleh diperoleh. Berikut merupakan beberapa contoh yang biasa diamalkan.

 

1. Pelabur Persendirian (Angel Investor)

Mereka digelar sebagai ‘Malaikat’ kerana kesudian untuk melabur dalam sesuatu perniagaan yang masih difasa awal. Dimana tiada siapa yang mempercayai mereka, tiada track record lagi, mereka sudi untuk melabur dalam perniagaan tersebut.

Faktor utama yang menyebabkan pelabur berminat pada perniagaan itu adalah PENGASAS. Ya, kepercayaan terhadap pengemudi syarikat tersebut yang mempunyai pengalaman, pendidikan serta perwatakan untuk melipatgandakan pelaburan mereka.

Ketika peringkat ini, kita panggil sebagai pra-Series A.

Kebiasaanya jumlah yang dilaburkan adalah dari sekecil-kecilnya sehingga RM500,000.

 

Permintaan Pelabur

Pelabur sebegini biasanya inginkan pegangan saham dalam perniagaan tersebut. Sebagai pelabur terawal, mereka biasanya diberi keistimewaan pegangan saham sehingga 30%.

Dengan itu, mereka akan beroleh dividen dan keuntungan modal (Capital Gain).

 

 

2. Accelerator & Incubator

Selain daripada pelabur, terdapat juga program-program yang dicipta untuk membantu syarikat atau perniagaan dari segi dana, ilmu dan jaringan kenalan.

Persamaan yang paling ketara antara incubator dan accelerator adalah permentoran. Bagi mereka yang terpilih dalam program-program ini biasanya adalah pada fasa awal supaya mendapat bimbingan daripada mereka yang pakar untuk validasikan perniagaan atau idea mereka.

 

 

Manakalah perbezaan paling ketara adalah program Accelerator bertujuan untuk menggandakan keuntungan. Bak pepatah orang putih kata,

“Nothing free lunch”

Berbeza dengan angel investor, program Accelerator tidak menggunakan duitnya sendiri. Kebiasaannya mereka menggunakan konsep venture capital, dimana mengumpulkan sejumlah dana sebelum buat program seperti ini.

Mekanisme yang digunakan adalah ‘spray and pray‘.

Contohnya, program ini telah berjaya kumpulkan dana sebanyak RM4 juta dan mencari 100 perniagaan yang layak dimana setiap satu diperuntukkan RM40,000. Dengan harapan, daripada 100 syarikat yang dilaburkan, 10 syarikat berjaya menjadi ‘unicorn‘ yang berjaya menampung kerugian daripada 90 syarikat yang lain tadi.

 

Permintaan Pelabur

Semestinya pegangan saham dan biasanya tidak lebih 10%. Fokus utama adalah kenaikan keuntungan modal (Capital Gain).

 

3. Venture Capital (VC)

Syarikat modal teroka adalah satu institusi yang fungsinya lebih kepada melabur dalam syarikat-syarikat yang berpotensi tinggi.

Ramai yang beranggapan bahawa modal atau dana VC datang daripada pengasasnya sendiri. Tanggapan ini kurang betul sebenarnya.

Seperti mana diterangkan dalam poin program Accelerator diatas, cara VC adalah bertindak seperti satu dana yang buat fundraising supaya melabur dalam dana mereka.

Apa yang pihak VC dapat?

Contoh struktur habuannya adalah 2-20 iaitu 2% daripada jumlah dana digunakan untuk tampung kos operasi dan 20% daripada hasil keuntungan adalah milih VC sebagai General Partner. Manakala selebihnya iaitu 80% adalah untuk pelabur-pelabur yang lain (Limited Partner).

 

Permintaan Pelabur

Pihak VC biasanya ada tempoh sasaran untuk exit, mungkin dalam 5-7 tahun kedepan akan jual pegangan saham mereka. Sebabnya model bisnes mereka akan cari syarikat lain untuk dilaburkan pula.

Oleh itu, mereka akan usaha keras untuk tingkatkan pertumbuhan yang medadak dalam tempoh tersebut.

Faham pasal VC akan memahamkan kita tentang program Accelerator yang diceritakan pada poin sebelum ni.

 

4. Equity Crowdfunding

Pelabur jenis ni pula adalah lebih kepada satu platform yang menghubungkan antara pelabur-pelabur awam dengan syarikat-syarikat yang berpotensi tinggi.

Untuk mengutip duit pelaburan daripada orang awam bukanlah satu benda yang boleh buat sesuka hati. Ia perlu melalui Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi mengelakkan penipuan duit. Oleh itu, terdapat beberapa sahaja platform ECF di Malaysia seperti :

Permintaan Pelabur

Seperti mana kebiasaan pelabur runcit dalam Bursa Saham, begitulah juga dalam hal ini. Bezanya syarikat yang dilaburkan tidak disenaraikan dalam bursa lagi dan berada dalam fasa awal perniagaan.

 

5. Pelabur Korporat

Kebiasaanya pihak korporat lebih cenderung untuk melabur dalam syarikat-syarikat yang sudah matang dari segi penyata kewangan mereka.

Sebab utama pelaburan adalah untuk mencapai pertumbuhan syarikat korporat tersebut. Senario yang mungkin terjadi adalah pertumbuhan korporat tersebut merudum disebabkan wujudnya pesaing baru yang bergerak laju. Bak pepatah kata,

If you can beat them, join them.

Contoh yang boleh kita lihat adalah pembelian MediaPrima terhadap RevAsia yang berjumlah RM105 juta.

 

6. Pelabur Kerajaan

Sama seperti pelabur-pelabur yang lain, kerajaan juga mempunyai beberapa agensi yang berperanan untuk melabur dalam syarikat-syarikat baru atau kecil khususnya.

Selain faktor keuntungan, pelaburan daripada agensi kerajaan lebih menitikberatkan faktor impak kepada masyarakat dan negara.

Terdapat beberapa agensi kerajaan yang boleh disenaraikan seperti Teraju, Cradle, TEKUUN dan PUNB.

Strategi pelaburan kerajaan tidak terhad pada pegangan saham sahaja, boleh jadi dalam bentuk memberi pinjaman ‘soft loan’ atau geran.

 

Kesimpulan

Memahami akan hal yang dibincangkan diatas, sebagai pengusaha perniagaan, kita boleh aturkan strategi kita, apa exit plan kita?

Manakala sebagai pelabur pula, kita boleh teliti penyata kewangan sesebuah syarikat itu. Jika terdapat kenaikan pendapatan atau hasil disebabkan pelaburan luar, kita kena selidik dari mana datangnya dana tu? Adakah dalam bentuk liabiliti atau ekuiti?

Jika aliran tunai pun sangkut, lebih baik jangan ambil risiko untuk berhutang. Fokus pada apa yang ada dulu. Pertumbuhan organik tu memanglah perlahan, tapi mampu bertahan lebih lama.

 

Sumber :

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.