fbpx

7 Fakta Kena Tahu Berkenaan IPO Mr DIY

0 568

Ura-ura penyenaraian saham Mr DIY Group (M) Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak Jun 2019 akhirnya telah dipastikan iaitu pada 26 Oktober 2020.

Berikut beberapa fakta yang perlu anda ambil tahu sebelum membuat pembelian saham syarikat tersebut.

Advertisement

1. Harga Saham

Harga Tawaran Sesaham: RM1.60
  • Tarikh Buka : 06/10/2020
  • Tarikh Tutup : 14/10/2020
  • Tarikh Undian : 16/10/2020
  • Tarikh Penyenaraian : 26/10/2020

 

2. Ringkasan perniagaan

  • Bermula dengan sebuah kedai pada tahun 2005 dan kini telah mempunyai lebih 500 kedai termasuk di Brunei
  • Saiz kedai bergantung pada permintaan setempat. Jika tinggi, saiz kedai juga besar.
  • Harga barang yang murah dan berpatutan
  • Mengurus logistik dan gudang sendiri yang boleh menurunkan kos.

Syarikat itu yang merupakan peruncit terbesar kelengkapan penambahbaikan kediaman di Malaysia, dengan anggaran penguasaan pasaran 29.1 peratus pada 2019, berharap dapat meningkatkan jumlah cawangannya kepada 981 menjelang 2021 daripada 674 pada masa ini (Bernama).

 

3. Jumlah unit saham

Jumlah unit selepas disenaraikan adalah 6,276,600,000

 

4. Nilai pasaran (market capital)

Dengan harga yang dibuka iaitu RM1.60 menjadikan nilai yang disasarkan adalah RM10.042 bilion (RM1.60 x 6,276,600,000)

 

5. Tujuan IPO

Sebanyak 91.6% daripada jumlah yang diraih daripada penyenaraian ini iaitu RM301.4 juta diperuntukkan untuk pembayaran semula pinjaman bank.

 

6. Financial Highlights

Baca juga : Apa Itu Pendapatan Sesaham

 

7. Price Earning Ratio (PE)

Formula PE :

= market cap / PAT
= RM10.042 bilion / RM317,568,000
= 31

 

Berdasarkan info-info yang ada ni, anda boleh buat perbandingan dengan syarikat yang lain dalam satu sektor yang sama iaitu peruncitan. Kemudian, bolehlah tentukan sama ada berbaloi atau tidak untuk beli saham ni.

Sumber :

  1. Bernama
  2. The Star
  3. Elyas Amir Ramli
  4. Panglima Saham
  5. iSaham
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.