fbpx

8 Berita Menarik Hari Ini

0 208

1. Harga cili selalu naik turun.

Advertisement

Tetapi dalam pandemik COVID-19 ini, makin teruk jadinya. Mei lalu, sekilogram cili dilaporkan melambung hingga RM16. Di Perlis pula, harga jualan adalah antara RM25 hingga RM30 sekilogram. Purata Disember lalu ialah RM23 satu kilogram. Jadi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPPK) sedang melaksanakan satu solusi jangka panjang bagi memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa. Solusi tersebut diusahakan dalam satu negeri penting ini:

https://www.thesundaily.my/local/kppk-working-on-increasing-pepper-production-XY6573770

 

2. Tommy Thomas menjadi Peguam Negara ketika Malaysia mengharungi satu fasa peralihan.

Tetapi kerajaan Pakatan Harapan tidak bertahan lama, tambah pula bergelut dengan pertembungan secara berangkaian. Tommy meletakkan jawatan pada 28 Februari 2020. Dan hampir setahun kemudian, beliau mengeluarkan sebuah buku berjudul My Story: Justice in The Wilderness. Kandungan buku ini menarik perhatian seluruh negara, hingga 134 laporan polis dibuat terhadap Tommy.

  • https://www.malaysiakini.com/news/561847
  • https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/02/07/bukit-aman-police-have-received-134-reports-on-tommy-thomas-book/1947812
  • https://www.theedgemarkets.com/article/contents-tommy-thomas-memoir-agc-judiciary-nonsense-mala-fide-says-takiyuddin

3. Vaksin COVID-19 menaikkan harapan seluruh dunia yang terlalu penat bergelut antara kesihatan atau ekonomi.

Beberapa syarikat terkemuka seperti Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca-Oxford berjaya menyiapkan sebuah vaksin dalam masa setahun, menggunakan ilmu pengetahuan dan pengalaman beberapa dekad. Tetapi membuat vaksin nampaknya jauh lebih senang daripada mengagih. Dunia sekarang ini sedang mengejar masa untuk menewaskan COVID-19, yang semakin agresif bermutasi. Cuma masalahnya, vaksin AstraZeneca didapati tidak memberikan perlindungan menyeluruh terhadap satu jenis (variant) COVID-19 yang bermutasi di Afrika Selatan.

https://edition.cnn.com/2021/02/07/health/south-africa-astrazeneca-vaccine-study/index.html

 

4. Malaysia dan Thailand sedang bersaing untuk menguasai pasaran durian.

Satu masalah dengan durian (juga buah-buahan lain), ia cepat rosak tambah pula jika dieksport ke China. Selalu dalam 10 hari, rasa isi durian mesti lain kalau tidak rosak sekalipun. Jadi Malaysia ada satu solusi. Dengan menggunakan teknologi saintifik, Malaysia berjaya mengekalkan kualiti isi durian selama 18 bulan. Teknologi apa yang digunakan?

Tekan link berikut: https://www.freshplaza.com/article/9290220/cheap-thai-durian-flood-the-chinese-market/

5. Tempat tinggal di bangunan pencakar langit

Bagi golongan kaya, memiliki atau menetap di bangunan pencakar langit merupakan satu pencapaian yang hebat. Tetapi bagi penghuni sebuah bangunan pencakar langit di New York, ia ibarat mimpi ngeri tak berkesudahan.

https://www.theguardian.com/artanddesign/2021/feb/07/supertall-skyscraper-new-york-432-park-avenue-rich

6. Harga minyak yang tidak menentu di pasaran menjejaskan kedudukan firma-firma industri itu.

Dengan minyak tak lagi menawarkan pulangan lumayan, mereka kini mencari komoditi baru. Penyelesaiannya sudah ada di depan mata: lithium.
https://www.forbes.com/sites/timtreadgold/2021/02/02/white-could-be-the-new-black-for-big-oil/?sh=625d0c1a207b

7. Vaksin dah ada boleh ke luar negara?

Dengan program vaksinasi Covid-19 sedang berjalan, ramai berharap ia membuka jalan kepada pembukaan pintu sempadan dan perjalanan jarak jauh antarabangsa. Tetapi bak lagu Broery Marantika, ia hanya mimpi di siang hari. Hakikatnya, perjalanan jarak jauh antarabangsa hanya akan pulih menjelang 2023.

Brace yourself: Long-haul travel may not get going until 2023

 

8. Orang tak nampak kepayahan sebenar Khairul Aming

Disebalik kejayaan Khairul Aming menjual 10,000 botol sambal nyet dalam sejam, beribu kepayahan telah dilalui. Di sini beliau ada berkongsi halangan dihadapi hamper 4 tahun, kerugian berpuluh ribu Ringgit dan bagaimana beliau mampu bangun semula.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.