
Adakah Subsidi Tabung Haji Akan Dikhaskan Kepada B40 Sahaja?
Tiba-tiba sahaja keluar laporan keutamaan bantuan haji. Adakah ini petanda bawaha subsidi haji (muassasah) akan dihadkan untuk kumpulan B40 sahaja tidak lama lagi?
Laporan berkenaan Keutamaan Bantuan Haji oleh Berita AlHijrah. #tabunghaji #haji441H pic.twitter.com/Jl3i4DDX0f
— Tabung Haji Malaysia (@Tabung_Haji) January 13, 2020
Advertisement
“Menjadi persoalan, sebahagian besar jemaah haji seolah-olah beranggapan bantuan haji(muassasah) melalui Tabung Haji (TH) sebagai hak, tidak kira yang berpendapatan tinggi atau bergelar jutawan mereka masih mahu bergantung kepada bantuan haji ” Petikan daripada video.
Tetapi berapakah ramaikah angka sebenar golongan berpendapatan tinggi yang menunaikan haji melalui pakej muasasah?
Menurut data terkini, jumlah keseluruhan pendeposit tabung haji adalah sebanyak 9.3 juta orang. Pihak TH perlu menjelaskan berapa peratus yang ‘berpendapatan tinggi dan bergelar jutawan’ yang masih berharap untuk bergantung kepada bantuan haji?
Berdasarkan dapatan awam, golongan kaya ini jarang mengambil pakej muasasah kerana perlu menunggu giliran yang sangat panjang (jutaan orang menunggu) serta kemudahan yang jauh berbeza berbanding pakej yang lebih mahal seperti kedudukan hotel yang lebih dekat dengan Masjidil Haram, tidak perlu bersesak dan pengangkutan dan makanan yang lebih baik.
Hal ini membuatkan golongan kaya lebih cenderung untuk mengambil pakej yang lebih mahal. Dan kebiasaannya mereka masih menyimpan di TH kerana hibahnya (yang kini ditukar kepada dividen).
Berdasarkan laporan tahunan 1.3 peratus ataupun 117,000 daripada 9.3 juta pendeposit di TH adalah mewakili 50% pemilikan RM75 Billion duit pendeposit di TH yang bersamaan dengan RM37.5 Bilion.
Maka kalau benarlah TH nak buat bantuan subsidi berdasarkan kelas pendapatan, pendeposit mesti fikir, “Dividen rendah, subsidi takde, baik aku simpan tempat lain je, no reason aku simpan situ?” Menjadi persoalan apa yang nak dicapai oleh TH sebenarnya?
Di manakah TH mahu meletakkan visi pulangan kompetitif? memperkaya modal pendeposit? memudah jemaah haji?
TH perlu memperjelaskan dengan definisi ‘berkemampuan’ . Kumpulan B40 ini walau pun ada subsidi, belum tentu mereka mampu menyimpan RM10,000, maka adakah mereka ‘berkemampuan’ untuk pergi haji pada mulanya?
Jika ditolak 117,000 pendeposit yang memegang 50% deposit (RM75 bilion), TH, masih ada 9.2 juta orang pendeposit dengan purata simpanan hanya RM4,300 sahaja yang mana tidak cukup pun untuk membayar kos haji muassasah iaitu RM9,980.
Jadi pada akhirnya jika dihadkan subsidi kepada kumpulan B40 sahaja, berkemungkinan tidak ramai pun yang cukup simpanan untuk mengambil pakej muasasah.
Ini belum lagi kalau mengambil kira kelas B40 mengikut kawasan tempat tinggal, tidak adillah jikalau TH menggunakan purata bagi satu Malaysia kerana B40 di KL tidak sama dengan B40 di Kelantan, atau B40 di Putrajaya atau Penang.