
Adakah Vaksin Malaysia Miliki Status Halal
Bukan semua penyakit dalam dunia ini ada penawar. Jadi satu-satunya cara untuk mengelakkan penyakit ini adalah dengan cara mencegah.
Tahukah anda, vaksinasi ialah kaedah pencegahan terbukti sangat berkesan. Kehadiran vaksin pada hari ini membuatkan banyak negara tidak perlu bimbang akan poliomyelitis, tetanus, rubella dan banyak lagi.
Advertisement
Namun timbul pula persoalan tentang status halal vaksin yang sudah kerapkali dijawab.
Suntikan vaksin telah difatwakan sebagai halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pertama sekali, vaksin mencegah sesuatu yang jauh lebih memudaratkan. Diphteria misalnya telah lama ditewaskan Malaysia.
Walau bagaimanapun oleh kerana enggan menerima suntikan imunisasi, seorang kanak-kanak dua tahun di Johor meninggal dunia kerana jangkitan diphtheria (Janatul, 2019).
Keputusan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pun bukannya sekadar membabi buta.
Barisan ulama’ yang layak telah mengambil kira isu ini dari segi kemaslahatan dan masalah untuk mempertimbangkan sesuatu keputusan bukan secara semberono. Hukum syarak sememangnya diutamakan mereka (Latifah, 2019).
Penelitian ini dibuat oleh seorang pensyarah kanan daripada UiTM bernama Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin.
Sistem syarak mengetengahkan konsep pencegahan penyakit sebagai langkah awal kesihatan dan kewajiban mendapatkan rawatan bagi mengekalkan kesejahteraan tubuh badan.
Dalam isu vaksinasi, perkara paling diutamakan ialah hifz al-nafs iaitu menjaga keselamatan nyawa. Poliomyelitis ialah penyakit tanpa penawar, yang sememangnya suatu darurat kerana boleh merebak jika tidak dicegah.
Menurut Islam, darurat ialah situasi membolehkan apa yang tidak boleh. Namun sekarang ini, vaksin ialah sebuah industri sangat meluas. Penyertaan sarjana-sarjana Islam dalam industri ini membangunkan alternatif halal pula.
Malah Negeri Sembilan bakal memiliki sebuah kilang sendiri yang mengeluarkan vaksin-vaksin halal (Sukry, 2019). Bermakna memang ada vaksin halal dan vaksin ini tidak semestinya satu.
Covid-19 sendiri mempunyai beberapa jenis vaksin yang sedang dibangunkan.
Perihal sistem imunisasi negara, perlu faham bahawa teknik kejuruteraan sel telah menghasilkan vaksin tanpa menggunakan haiwan haram di sisi syarak atau bahan bertoksik (Bernama, 2019).
Bacaan berkaitan: Adakah Perjanjian Vaksin Bikin Negara-Negara Miskin Terjejas?