fbpx

Adam Smith: Si Tangan Ghaib

0 782

Adam Smith adalah seorang ahli ekonomi, falsafah dan penulis berbangsa Scottish pada abad ke-18 yang juga dianggap sebagai bapa ekonomi moden.

 

Adam Smith menghasilkan buku seperti “The Theory of Moral Sentiments” yang banyak mengusulkan mengenai gagasan tangan ghaib.

 

Advertisement

Dengan itu, beliau dikenali sebagai si tangan ghaib melalui buku itu yang mungkin juga ada kaitan dengan freemason yang sangat kita takuti. Mungkin juga tangan ghaib itu adalah satu gagasan oleh Adam Smith.

Mekanisme penetapan harga dan pengagihan automatik dalam ekonomi inilah yang dipanggil oleh Adam Smith sebagai tangan ghaib. Jangan tersalah sangka pula dengan tanggapan bahawasanya tangga ghaib berkaitan dengan konspirasi dan spiritual.

 

Tangan ghaib menurut Adam Smith adalah bermaksud interaksi secara langsung dan tidak langsung dengan pihak berautoriti menjadi perancang segala-galanya. Walau bagaimana terdapat beberapa kekeliruan maksud dalam memahami tangan ghaib sebagai pihak pemerintah.

 

Tangan ghaib sebenarnya bukanlah entiti atau badan yang dapat dibezakan. Malahan ianya adalah jumlah fenomena yang berlaku ketika pengguna pengeluar terlibat dalam perdagangan.

 

Sudut pandang Smith tentang tangan ghaib adalah salah satu pendapat yang sangat penting dalam sejarah ekonomi. Hal ini demikian kerana ianya telah menjadi ciri utama bagi fahaman pasaran bebas.

 

Teori tangan ghaib menyatakan bahawa kaedah pengeluaran dan pengagihan harus dimiliki secara persendirian. Jika perdagangan berlaku diawasi peraturan pada aturannya, masyarakat akan berkembang secara organik.

 

Hujah-hujah ini secara semula jadinya begitu kompetitif dengan konsep dan fungsi pemerintahan. Pemerintah ataupun kerajaan bukan bersifat kebetulan bermaksud ianya boleh ditentukan dan disengajakan.

 

Ahli politik terutamanya menggunakan kekuatan undang-undang seperti mahkamah, polis dan tentera mengejar tujuan yang ditentukan melalui paksaan.

 

Namun, berpaksikan kepada kekuatan makroekonomi seperti penawaran & permintaan, jual beli, keuntungan dan kerugian terjadi seperti biasa sehingga polisi kerajaan menghalang tindakan normal itu.

 

Dalam hal ini secara asasnya, kerajaan sangat mempengaruhi tangan ghaib dan bukanlah seperti sebaliknya. Itulah serba sedikit mengenai tangan ghaib yang digagaskan oleh Adam Smith.

 

Ianya juga sangat berguna dalam ekonomi terutamanya mengenai pasaran bebas atau sebenarnya tangan ghaib adalah tindakan kerajaan dalam mengawal kebebasan pasaran.

 

Jika terlalu bergantung kepada pasaran bebas, sangat tidak baik kerana akan menenggelamkan golongan kurang. Tak dinafikan juga pasaran bebas juga penting dan kini terserah kepada kita untuk menyeimbangkannya.

Source Sharma. R. (2020, Febuari 16). Adam Smith: The father of economics. Investopedia. Blenman. J. (2020, Februari 6). Adam Smith and "The wealth of nations". Investopedia.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.