fbpx

Analisa Nisbah, Menilai Tahap Kesihatan Kewangan Syarikat

0 226

Lazimnya pelabur akan menggunakan analisa nisbah (ratio analysis) untuk menilai syarikat sebelum membuat pelaburan. Nisbah ini bukan sahaja membantu pelabur untuk menilai syarikat yang ingin dibeli, ia juga membantu untuk membuat perbandingan dengan syarikat lain dalam industri yang sama.

 

Analisa nisbah menggabungkan kesemua bahagian dalam laporan kewangan dan memberikan gambaran keseluruhan bagi sesebuah syarikat. Nak kira nisbah-nisbah tidaklah sukar mana jika anda sudah tahu formulanya dan nak ambil data daripada mana.

 

Advertisement

Apakah yang dimaksudkan dengan analisa nisbah?

Analisa nisbah merupakan kaedah kuantitatif bagi mendapatkan gambaran tahap kecairan syarikat, kecekapan operasi dan keuntungan dengan menggunakan data daripada laporan kewangan.

 

Baca:  2 Cara Analisa Saham

Kiranya nisbah ini seperti jalan pintas untuk kita menilai tahap kesihatan kewangan bagi sesebuah syarikat, nak tahu syarikat efisyen atau tidak, mampu bayar hutang ke tidak, margin untungnya berapa dan lain -lain.

 

Kegunaan Analisa Nisbah

Seperti mana telah diterangkan di atas, nisbah ini boleh digunakan untuk membuat perbandingan antara syarikat dalam industri yang sama, selain itu ia juga boleh digunakan untuk menilai prestasi syarikat dari semasa ke semasa (semakin baik atau semakin teruk)

 

Baca juga: Apa Perbezaan Analisa Teknikal & Analisa Fundamental?

Tetapi, pelabur tidak digalakkan untuk menggunakan nisbah untuk membuat perbandingan antara industri yang berbeza. Jangan pula bandingkan syarikat minyak dengan syarikat menjual kereta contohnya, sudah pasti margin keuntungannya berbeza, kadar hutangnya berbeza dan kosnya berbeza.

 

Nisbah ini juga boleh digunakan untuk membuat ramalan prestasi syarikat pada masa hadapan berdasarkan data lampau.

 

Yang paling utama adalah anda perlu faham apakah maksud setiap nisbah, dan apakah item yang disebalik nisbah tersebut. Secara amnya, nisbah-nisbah ini tidak digunakan secara sendirian, sebaliknya digunakan bersama nisbah lain bagi memberikan gambaran yang lebih jelas.

 

Kebiasaannya nisbah ini dipecahkan kepada 5 kategori iaitu nisbah kecairan (liquidity ratios), nisbah kesolvenan (solvency ratios), nisbah keuntungan (profitability ratios), nisbah kecekapan (efficiency ratios) dan nisbah pendapatan (earning ratios).

 

Nisbah ini akan diterangkan satu per satu dalam artikel seterusnya.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.