fbpx

Animasia Studio: Syarikat Animasi Antara Terpower Di Malaysia

0 826

Apabila bercakap tentang studio animasi paling power di Malaysia, pasti nama-nama seperti Les’ Copaque, Animonsta, Wau Animation dan Digital Durian menjadi sebutan ramai.

Tapi sebenarnya ramai yang lalai kerana kita juga miliki studio animasi hebat lain sebelum kehadiran 4 studio animasi disebutkan di atas.

Advertisement

Studio animasi itu adalah Animasia Studio yang ditubuhkan pada tahun 2005. Fokus utama Animasia Studio adalah penghasilan animasi 2D untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa.

Animasi 2D pertama yang dikeluarkan oleh Animasia Studio adalah pada tahun 2006 melalui siri Bola Kampung. Siri ini menemui penonton tempatan melalui saluran RTM sebelum berjaya ke peringkat antarabangsa melalui saluran Cartoon Network Asia dan Disney Channel Asia.

Animasia Studio benar-benar membawa aspirasi ke peringkat antarabangsa apabila, syarikat ini diberikan kepercayaan Strika Entertainment untuk mengadaptasi siri komik Supa Strikas ke dalam bentuk animasi 3D.

Buat pengetahuan semua, siri komik Supa Strikas berasal daripada Afrika Selatan dan turut popular di negara benua Afrika yang lain seperti Kenya, Botswana serta Uganda.

Malah siri komik ini turut negara-negara Eropah dan Asia sehingga mendapat sambutan agak luar biasa. Melihat akan fenomena ini, FIFA telah menjadikan Supa Strikas sebagai platform untuk mempromosi Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan.

Lebih membanggakan lagi, Supa Strikas merupakan projek animasi bertaraf dunia pertama yang dikendalikan oleh anak tempatan melalui Animasia Studio. Supa Srikas juga telah disiarkan di seluruh dunia. Boleh dikatakan bahawasanya, siri animasi Supa Strikas adalah milik Malaysia dan mendapat tempat di arena antarabangsa.

Animasia Studio tidak terhenti di situ sahaja apabila mula bekerjasama dengan Carton Network bagi menghasilkan animasi baru serta membawa produk syarikat itu ke saluran antarabangsa.

Selain itu sebelum kehadiran beberapa animasi yang berbentuk pendidikan seperti hari ini, Animasia Studio adalah antara yang terawal menghasilkan animasi sedemikian rupa. ABC Monster dihasilkan untuk mengajar kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris.

Kemuncaknya adalah Animasia Studio berjaya menghasilkan Chuck Chicken & Harry & Bunnie. Kita bermula dengan Chuck Chicken yang pada mulanya ditayangkan di TV9 sebelum dialih bahasa ke Inggeris, Kantonis, Indonesia dan Thai.

Hal ini telah membuatkan siri animasi Chuck Chicken telah disiarkan di beberapa saluran televisyen seluruh dunia seperti Kuwait TV, Junior Channel dan Toon-A-Vision.

Bagi Harry & Bunnie pula, siri animasi ini memulakan tayangan di saluran antarabangsa iaitu Disney Channel Asia. Secara tidak langsung, Harry & Bunnie mula dikenali di peringkat antarabangsa sejak awal lagi.

Kedua-dua animasi ini juga sudah boleh diakses di seluruh dunia apabila mula disiarkan melalui platform penstriman atas talian iaitu Netflix.

Selepas itu Animasia Studio banyak menghasilkan animasi 2D berkualiti tinggi seperti Balla Bowl, Ask Lara dan Magiki.

Kesimpulannya, apa yang dicapai oleh Animasia Studio seharusnya membuat kita bangga kerana studio animasi Malaysia juga mampu setaraf dengan antarabangsa. Mungkin ramai tidak tahu produk daripada studio animasi ini.

Tapi bila sudah ketahuinya, pasti terbit rasa kagum dengan kemampuan studio animasi ini.

RUJUKAN:

Adham Shadan. (2008, Disember 9). Komik melangkau sempadan. Kosmo. Dipetik daripada https://animasia-studio.com/komic-melangkau-sempadan/

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.