fbpx

Anjakan Mindset Keusahawanan Pasca Covid-19

perniagaan-perniagaan Malaysia perlu memahami bagaimana kreativiti, inovasi & keusahawanan saling berkait

0 605

Kilang Berasaskan Robot, Kereta Tanpa Pemandu & ‘Artificial Intelligence’ menunjukkan bagaimana masa depan kita akan bertemakan automasi berteraskan teknologi. Apabila robot-robot & komputer yang tidak mengenal penat ini mengambil alih kerja manusia sebagai tenaga buruh, apakah kerja yang tinggal untuk kita para manusia?

Jawapannya, pekerjaan yang berkaitan dengan inovasi & memerlukan kreativiti. Walaupun, terdapatnya usaha menggunakan ‘artificial intelligence’ untuk menghasilkan lagu atau seni lukisan, ia tidak boleh mengalahkan kemampuan manusia untuk menyelesaikan masalah kompleks yang bersifat subjektif dengan cepat.

Advertisement

Contohnya, kerja yang melibatkan perkhidmatan pelanggan, ‘sales’, Perhubungan Awam, Pengurusan Sumber Manusia, Penciptaan Produk, Strategi Pemasaran dan sebagainya…

Berbanding Industri Revolusi sebelum ini yang ditentukan oleh siapa yang mempunyai modal & kelengkapan paling besar, Industri Revolusi 4.0 akan dimenangi oleh syarikat yang paling inovatif!

Untuk Malaysia mampu bersaing didalam medan perang baru ini, perniagaan-perniagaan Malaysia perlu memahami bagaimana kreativiti, inovasi & keusahawanan saling berkait dan bagaimana ia memberi kelebihan persaingan.

FORMULA KEUSAHAWANAN

Keusahawanan = Inovasi + Kemahiran Perniagaan

Salah satu bisnes pertama saya adalah mobile app android yang boleh membantu pemilik restoran mengesan pembaziran, penipuan & kecurian didalam restoran. Sebuah idea yang inovatif dan berjaya mendapat geran untuk membina prototaip. Namun begitu, produk yang inovatif tidak menjanjikan kejayaan perniagaan. Aspek perniagaan seperti pengurusan kewangan, strategi harga, rangkaian pemasaran perlu dititik beratkan juga.

Inilah punca kegagalan saya & bukan saya sahaja yang mengalami nasib ini. Di Malaysia, mereka yang inovatif tiada kemahiran perniagaan, dan mereka yang berkemahiran berbisnes pula, tidak begitu kreatif.

Untuk menjadi usahawan yang memberi impak pada negara, dua-dua kena ada. Hendak belajar kemahiran perniagaan, tak susah, ada banyak seminar perniagaan. Tetapi, bagaimana hendak menjadi seorang usahawan yang inovatif?

FORMULA INOVASI

Inovasi = Kreativiti + Kepimpinan

Pernahkah anda mempunyai idea yang bagus tapi gagal meyakinkan boss untuk menerima idea tersebut? Itulah beza kreativiti & inovasi. Matlamat kreativiti adalah menghasilkan idea. Matlamat inovasi adalah mengubah idea menjadi realiti.

Kreativiti akan kekal idea sehinggalah anda mempunyai kesungguhan & keyakinan untuk memperjuangkan idea tersebut habis-habisan.

Inilah yang dimaksudkan dengan inovasi memerlukan kepimpinan. Asas kepimpinan adalah untuk memimpin diri sendiri untuk memperjuangkan sesuatu yang anda percaya. Apabila anda menjadi boss kelak, pun sama sahaja. Anda perlu mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi untuk meyakinkan anak buah untuk berjuang & membantu syarikat mencapai objektif syarikat untuk berinovasi.

Bagaimana jika saya tidak kreatif?

Kreativiti boleh dipelajari & dipupuk!

Dan bukannya tertakhluk pada bakat sahaja.

FORMULA KREATIVITI

Kreativiti = Perspektif (Pengetahuan + Pengalaman)

Kreativiti bermaksud keupayaan menghasilkan idea.

Kesemua idea hanyalah gabungan dua perkara di dalam bentuk yang baru. Itulah yang dikatakan pakar kreativiti terkemuka, Frederik heren.

Untuk itu, seorang yang kreatif perlu mengumpul pengetahuan dan pengalaman yang banyak. Tetapi, itu sahaja tidak mencukupi.

Kreativiti anda, pasukan anda atau syarikat anda akan meningkat apabila perspektif berbeza diambil kira. Kenapa? Berbalik kepada kenyataan Frederik Heren. Lagi, banyak pertembungan idea, lagi banyak idea baru dihasilkan, dan lagi tinggi kualiti idea akhir yang dipilih.

Sebagai kesimpulan, setiap perniagaan pasca Covid-19 ini perlu berpaksikan inovasi dan bukannya berpaksikan jualan.

Kerana perniagaan berpaksikan inovasi akan mempunyai produk yang mampu bersaing & menarik peluang perniagaan, manakala perniagaan berpaksikan jualan tidak mempunyai kelebihan perniagaan lain selain menurunkan harga atau mengganggu pelanggan tanpa henti untuk mendapat jualan.

Sebelum saya akhiri, anda mungkin merasakan tahap perniagaan anda tidak memerlukan inovasi kerana syarikat anda masih kecil atau tidak mempunyai pekerja. Saya ingin mengubah persepsi tersebut dengan menjemput anda mengenali Persona Perniagaan anda.

Inovasi tidak perlu berteknologi tinggi dan tidak perlu dilakukan oleh syarikat besar sahaja. Anda juga perlu berinovasi sebagai seorang individu. Kenali Persona Perniagaan anda supaya ia dapat membantu anda menjayakan idea perniagaan anda.

Ingat, inovasi = kreativiti + kepimpinan. Bagaimana anda hendak memimpin diri sendiri jika anda tidak kenal diri sendiri. Persona Perniagaan memperjelaskan matlamat & sumber motivasi diri anda didalam konteks perniagaan.

Untuk mengubah hala tuju perniagaan anda supaya menjadi lebih inovatif, sila lawati Persona Perniagaan

Anda dijemput untuk hadirkan diri ke Webinar Strategi Termometer Perniagaan. Pendaftaran adalah Percuma

You might also like